Thursday, September 22, 2011

Hari Bebas Kereta katanya..

Semalam tengok fb, ramai dok update status hari ni Hari Bebas Kereta Sedunia. Mula2 aku salah baca..ingatkan hari ni Hari Bebas Kenderaan Sedunia. Tapi sama je bebas kereta ke bebas kenderaan ke, sebab kereta je kenderaan aku >_<

Ok. Lantas terus membayangkan kalo tak bawak kereta macamana aku nak g keje (kiranya tak guna kete langsung) Harus bangun seawal 5.30am kot. (oh tidakkk!) Pastu ambik bas mini ke stesen komuter Rawang. Naik komuter dari rawang ke KLSentral. Sejam oooo. Tapi buleh cover tido. Dulu aku macam ni masa keje kat KLCC & Dayabumi. (Lagi skang nak eksyen xnak naik komuter kononnnnn…blah la aku!)

Ok sambung imaginasi. Sesudah tiba di KL Sentral, aku kena naik LRT ke stesen university atau apa ntah nama stesen depan Armcorp Mall tu. Pastu ambik teksi ke Jaya One. Tapi sumpah aku lupa nak ambik LRT yang hala mana. Putra ke Star ntah. Semua pun lupa. Dulu terer. Skang tak lagi. Suruh naik bas lagi la aku menangis. Sumpah xreti >_<

Amboihhh edvence nya. Dah macam Amazing Race. Pukul bape nak sampai ofis xtau la.
Makanya, pagi ni xkuasa aku nak meng amazing race kan diri. Lalu aku bawak je kete aku yang bernama Mestica Surie tu macam biasa. (Kete dulu Masayu Kirana tawww..aku dah plan kereta lepas ni akan diberi nama Ahmad Jeffry, letak nama laki pulak :D )

Ingatkan semua orang menyahut seruan Hari Bebas Kereta. Sekali, sampai kat Selayang hah hambik kawww jammed macam bewak. Inikah yang dikatakan yang dikatakan Hari Bebas Kereta Sedunia? Nampaknya orang lain pun xnak meng amazing racekan diri jugak. Igtkan aku sorang je hehe


2 comments:

Cik Bahgia a.k.a Zet said...

hahaha... kempen yg x berjaya... ingt sume ofis sebelah lrt ke?? ingt rumah depan komuter?? seb dia xkata, spa bwk kete, kene saman... hahaha....

G-A-D-I-E-Z said...

tu la pasal. cuak ai nk bwk kete semalam. sekali ha hambik kawww :D

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates