Friday, December 9, 2011

Kisah sedih 4.20pm

Semalam aku tak keje. Ambik cuti uols. Asalnya aku nak MC atau nak EL je. Malangnya ketika meeting dengan mr chew & encik consultant pada hari isnin, consultant aku bagi cadangan yang begitu bijak dan bernas.
"errr...banyak item lagi ni..kita sambung hari khamis je la ye"
http://www.emocutez.com
macamana aku nak tuang pada hari khamis kalo sudah bertemu janji begini. jadi nak tak nak, aku pun mengumumkan... "encik..saya cuti hari khamis" Dah umumkan begitu di depan bos, maka terpaksa la aku isi borang.

Aktiviti di hari cuti. Bawak mestica surie g servis dan berpoya-poya bersama teman sebaya.

Pagi-pagi buta aku dah bawak cik mestica surie ke kedai kete. Tunggu kedai bukak kau. Giat dan gigih kan aku. Sebab aku takut kalo lambat nanti orang ramai, lambat pulak nak siap. Dah la ada plan baik punya dengan mak buyung a.k.a Ita.

lengchai tengah servis cik surie. Pastu buat aligment tayar sikit. Aku 1st customer di pagi yang murni itu. hehehehehe
Hasilnya pemanduan yang memuaskan

Abih servis kete, terus ke ppum, jumpa Ita yang baru abih buat check up. Kami plan nak tengok Ombak Rindu togeder geder di Sunway Pyramid. (tiba - tiba beroleh syafaat untuk menonton Ombak Rindu hehe) Padahal usia kandungan si mak buyung ni dah mencapai 9bulan 14hari. Aku pulak yang risau. Kang ada yang terbesalin dalam panggung. Bak kata Ida, haruslah namakan anak itu Aaron Aziz. (hampun ita)

Enjoy dengan teman sebaya di hari semua orang bekerja memang gembira. Kami sampai di Sunway Pyramid pukul 1pm lebih kurang. Terus g check waktu tayangan Ombak Rindu.
1.45pm. Malangnya dah penuh. Tayangan seterusnya 4.20pm.

Kami pun pikir, lambat tu 4.20pm. Pusing sana pusing sini pikir..takpela makan dulu. kang kita pikir sambil makan. (Ada orang tu berkenan betul dengan stroller baby kepunyaan pelanggan meja depan kami hehehheh)
Akhirnya kami buat keputusan untuk tengok jugak yang pukul 4.20pm tu.
Dah makan & semayang, lebih kurang 2.30pm cam tu kami pun naik balik nak beli tiket.

Dah abih.
http://www.emocutez.com
Sedih taw...kecewa rasanya. Ingatkan hari keje orang tak ramai. Agaknya orang lain pun ambik cuti macam aku jugak kot. Tayangan seterusnya pukul 6.55pm. mmm tak dapat la aku nak gigih tunggu sampai begitu sekali.
Beli popcorn je la..makan kat jalan.

Terpaksala kami turun dengan perasaan yang kiciwa amat. Pusing-pusing je la tengok barang. Dah tengok tu tau je la..ada je barang aku nak beli. Apa nak buat. Memang haku spesis begitu.

Balik, terus hantar Ita sampai Shah Alam. Tengok jam 4.20pm. Sepatutnya time tu aku sedang berombak la.
>____<
tak de rezeki apa nak buat. Malas dah nak p tengok hari lain.
Tunggu keluar Astro 1st je la.

2 comments:

hanie said...

hehe..cerita yang menyedihkan.. ;P

ChitiSaliana said...

hahahha menitik air mata kan :D

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates