Tuesday, April 19, 2011

Baju = Langsir

Ketika berbual2 dengan kawan2 virtual saya kat 1 page rahsia, terkeluar la cite baju menyerupai langsir. Ohhh tidak..

Apa perasaan anda sekiranya sedang anda rasa anda cun gila dengan baju yg anda pakai, sekali baju anda tu seiras atau lebih kurang langsir kat rumah jiran anda…atau pun tudung meja dirumah opismate anda? Ya Rabbi..kalo saya rasa nak cari plastic hitam lalu bungkuskan muka buat sementara waktu.

Penah 1 ketika, masa tu saya keje di KLCCUH lagi. Lepas raya. Ada opismate ni buat makan-makan kat rumah dia. Ala2 open house kecil-kecilan la kan… kata pun openhouse..saya pun pakai la baju raya (yang saya kira cun yang amat…kaler merah, kain jarang yang memerlukan inner. Lalu saya pakai kaler putih. Wahhhhh kira cantik berseri2 la kununnya…)

Dah sampai..makan2 la tanpa segan silu. Apala nak disegankan..semua2 kawan2 1 depart je…dah biasa yang amat. Tapi saya perasaan, anak akak ni sorang dok pandang je…(ohhh mungkin saya kelihatan jelita theeeehheheeeee ) pas makan p la lepak-lepak tengok tv kat ruang tamu akak tu. Sekaliiii….Ya Allahhhh..langsir akak tu lebih kurang baju ai yuuuu…juga kaler merah..dia letak kain belakang kaler putih. Ya ampunnnn…semua orang gelak bertalu2. Akak tu pun nak cover kata…”tak la…baju Ana kain dia lain sikit…akak memang suka langsir lain dari orang lain” >_< ohhhhh (plastic hitam plsss)Disini dilampirkan rupa paras baju yang menyerupai langsir tu




Baru-baru ni pulak (tak dela baru sangat…tapi di alaf ni la) masa tu hari jumaat..saya rasa boring dok opis..lalu saya pun jalan-jalan ke Giant Batu Caves (yee..jauh yang amat dari PJ …serius -_- ) kata pun hari jumaat, saya pun pakai la baju kurung. Sekali Giant tu buat macam lelong2 kain perca la…hahhh hambek kauuu salah 1 kain perca tu ialah kain perca baju kurung yang ai pakai. (sungguh memalukannn) saya beli baju tu ready made punya..tapi tak beli kat giant la…
Saya pun ambik kain perca tu lalu sumbat-sumbat ke bawah. Biar orang tak nampak. Kalo orang nak nampak pun biarlah 2,3 hari lagi (ketika saya tak ada di tempat kejadian) tolonglah…




Jadi moral dari cerita ini …. Errrr…eerrr…. Pakai jubah je la..senang hehe

Monday, April 18, 2011

Tiba-tiba saya rasa jeles dengan Kate Middleton

Sapa Kate Middleton? Kate Middleton mana ni? Ala kate middleton tu la…bakal permaisuri kepada Prince William. Anak Prince Charles & Princess Diana. Bakal pewaris takhta Britain.

Kate Middleton ni nama sebenar dia Catherine Elizabeth Middleton. Nama pun dah ala2 klasik puteri2 omputih gitu…I laikeeee :D lahir 9Januari 1982 (tua setahun dari ai :D) Anak sulung kepada pasangan Michael Francis Middleton & Carole Elizabeth

Saya rasa jeles dengan beliau sebab beliau cantik, pandai, datang dari keluarga orang atasan gak dan bakal jadi Permaisuri kepada pewaris takhta Britain.
Saya suka tengok muka dan stail si Kate ni. Nanti mesti dia jadi Princess Kate kan. Wahhhh (sedang membayangkan Princess Siti) kehkehkehkehkeh. Macamana saya suka tengok muka dan gaya Princess Diana macam tu la saya suka tengok si Kate ni. Dulu masa kecik saya suka potong2 pic Diana kumpul dalam buku. (walopun saya tak berkenan dengan gaya rambutnya >_< ) Masa mendiang meninggal dunia, umo saya 14 tahun. Saya sedih tapi tak menangis la. Tapi sedih. Pastu saya kumpul semua pic pengkebumian mendiang. Masa tu William kecik lagi. Adik dia lagila..comey je masa tu (masa tu la)

Sekarang William dah besar dan nak kawin dah. Dengarnya 29 April ni. Katanya ada siaran langsung kat TV. (“errr…mr chew..saya ingat nak amik cuti la 29hb ni. reason – Prince William anak Princess Diana tu nak kawin ngan Catherine Elizabeth Middleton). Agak-agaknya apa jawapan beliau ye – “Dia mau kawin u ka dengan itu Kate Middleton?” atau “siti, baik u resign saja..p cari kerja di Istana Buckingham la..senang hari2 buleh tengok u punya Kate Middleton ”

-_-

Mari kita layan pic2 Kate Middleton :)














Tuesday, April 5, 2011

4/4/74 - 4/4/11 - 37thn suday :)

4/4/2011 - genap 37thn mak & abah aku kawin. silap plak aku p bagitau semua orang ni aberseri derang yg ke 35. salah. 37 sebenarnya. ces, jadahnya 35 sedangkan kakak aku yg tua (sulung la sedap skit) dah umo 36. motip sangat stement tu..buleh mengundang pitnah hahahahha.

jadi hari sabtu lepas, kami pun buatla celebration kecil-kecilan. walaupun hari sabtu tu baru 2/4. tapi apakan daya, desakan tugas anak-anak, maka terpaksala kami bawak ke depan 2 hari.

kami kumpul adik beradik je..ada 4 beradik (ramainya adik beradik aku)....kiranya setakat ni mak & abah ada 4 anak & 4 cucu SAHAJA. kami beli kek... ni rupa bentuk kek berkenaan :



pastu kami sediakan makanana ringan2 sikit buat makan anak beranak. bukannya ramai pun kan. makanan ni dipakejkan dengan air teh lemon (nasib baik ada adik aku si Nur tu...beliau la yg kami buli utk menyediakan air) Thanks God aku ada adik hahahahhaha



ni pulak hadiah yang aku sediakan utk mak & abah. Aja gigih nak bungkus siap bereben bagai. kalo ikut aku hah ambik seketol sorang :D



mak & abah (macam la depa baca blog ai yg indah menawan ni) walopun mak & abah ada gak gaduh2 manja (sedangkan lidah lagi tergigit kata orang, lainle kalo orang tu xde gigi) tapi mak & abah tetap bersama membesarkan kami (hingga begini BESAR) dengan penuh kasih sayang. terima kasih.



Dear Allah, terima kasih sebab jodohkan mak dengan abah. gabungan yang sangat baik lagi hebat lalu menghasilkan anak2 yang tidak kurang hebatnya (bakul aku suka hati la aku nak masuk khennn) Panjangkanlah umo mak dan abah saya. Berilah kekuatan kpd mereka berdua utk beribadat kepadaMu dan kasihanilah mereka berdua sepertimana mereka mengasihani saya ketika kecil (besar pun sama jugak)

Aminnnn.

Friday, April 1, 2011

Saya yang berjiwa seni dizaman muda remaja saya :D

Semalam, sedang aku gigih memunggah kotak2 barang dalam bilik tu..aku terjumpa 1 bungkusan yang agak (AGAK) cantik dibungkus. Aku pun bukak la…penat aku dok pikir..apa la yg aku bungkus beria-ria ni. Rupa-rupanya benda ni



Orang yang kenal aku sejak zaman sekolah, mesti tau aku ni agak glamer (AGAK je la) dengan karya-karya cerpen masa kat sekolah dulu. Bila aku belek satu persatu, aku sendiri pun tak pecaya semua tu aku tulis. Tapi kalo tengok dari segi tulisan memang tak syak lagi la (tulisan feeling doctor 4kali PHD tu mestilah tulisan aku)
Rasanya hobi menulis ni datang dari kakak aku – kakmiza. Beliau pun suka tulis cerpen dizaman remajanya. Hobi ini kendiannya merebak kat adik aku pulak. Beliau pernah menghasilkan cerpen yang bertajuk Ayam Yang Berkecil Hati (cerpen ni mengundang gelak tawa yang bertalu-talu dari kakak2 beliau terutamanya aku hahahahahahhahaha) rupa-rupanya abah aku pun giat menulis cerpen dan novel masa muda2 dulu (menurut beliau la- beliau hantar cerpen2 dia kat majalah2 zaman tu) mungkin time tu tahun 60an 70an kot.
Banyak rupanya cerpen2 aku…ada 32 semuanya. Start dari tahun 1996. Tingkatan 1 tu…heheehheheheh tajuk pulak memang stendet2 ahadiat akasyah…Harum Anggerik Untuk Maksu la, Airmata shasha, Biar Rindu Itu Berlagu, Andai Cinta Ini Milikku, Sepi Dibawah Purnama, Jejaka Disalji, yg tajuk omputih pun ada – When You Tell Me That You Love Me (baca tajuk je aku dah gelak kekek2) nama watak toksah cerita la..harus yang tahap tertinggi…tak main la nama Liza, Lina, Abu semua. Harus yang berbelit lidah - Fiona Arkila, Salwana Haryaty, Wan Amelia Ardila, Lisa Nor Mastura (Ya Allah Ya tuhanku…mana la aku dapat idea semua ni)



Tuuu tengok struktur bahasa tu…terkekek2 aku gelak sorang2 tengah malam buta ; malam mula melamar datang bagai menghalau senja yang kian beredar. Aku masih dirundung resah yang setia bersarang diminda. Hahahahhahahahhahahah gila la…kalo suruh aku tulis macam ni sekarang mau muntah darah aku 3 hari 3 malam.



Siap cover tu…ni muka Amy Mastura ni..aku lukis sendiri. Sungguh gigih. Tahun 1997, tingkatan 2.


Aku ingat cerpen ni. Ni masa tingkatan 1. Tp ni bukan cerpen pertama yg aku tulis. Seingat aku cerpen pertama aku siap ada peribahasa dan kata seerti bagai (terpengaruh dengan buku kanak-kanak di library sekolah) Ni cerita para hantu. Perkampungan hantu la. Cikgu Nasri mintak cerpen ni pastu beliau baca kat kelas sebelah. Hahahhaha gila riak ai tatkala itu.


Fefeeling penulis terkenal :D



Yg ni aku tulis skrip. Guna typewriter kakcaq tu…skrip ni untuk drama matapelajaran BM tgkatan 3
Aku igt lagi time tu ustaz Ibrahim kata , “Sharliana, 1 hari nanti tak mustahil kamu jadi penulis terkenal” heheheh (apa kabar la ustaz tu) tapi tekaan ustaz meleset la…saya jadi QS je…tu pun tak terkenal.
Igt kalau ada masa aku nak taip balik semua ni cantik-cantik. Tapi baca tajuk je aku dah geli geleman macamana nak taip sebijik2. Simpan saja la balik cerpen2 ni baik2. Esok tua-tua buleh aku tunjuk kat cucu aku sambil berkata – “tengok ni cu….tok sejak zaman kanak-kanak lagi dah pintar lagi berbakat besar tau..kepintaran tok ni membawak ke zaman remaja”
Mungkin cucu aku pulak akan muntah darah 3 hari 3 malam.

:D

Template by:

Free Blog Templates