Wednesday, July 27, 2011

Semua Orang Berpotensi Untuk Menjadi Cacat

Semalam despatch tempat kakak aku keja kena simbah asid oleh perompak. Dia pegi cashkan check 17k. On the way balik, singgah stesen minyak. Time tu dia kena rompak. Dah rompak sudah la..binatang bongok tu terus simpah asid ke muka dia. Jahat gila nak mampos. Vavi pun tak sejahat tu. Kesian org tu...abih rosak muka dia. Semoga dia cepat sembuh dan blh kembali kerja macam biasa. Kesian anak-anak dia. Hari tu baca paper, nurse kena simbah asid oleh orang jahat yang nak larikan kereta dia. Dulu kawan gegel aku kena simbah asid kat depan The Mall. Itu lagilah. Tak pasal2 kena. Xtau pape tetiba splasshhhhh kena simbah. Apa derang dapat dengan buat macam tu tak tau la. Tak tau la apa nak jadi dengan dunia sekarang. orang jahat ada di mana2. Takutnya lahaiiiii >_< Mintak dijauhi sangat2 benda-benda macam ni dari aku,keluarga aku, keturunan aku, kawan2 aku, keluarga kawan2 aku dan keturunan kawan2 aku. Mohon sangat. Tak buleh bayangkan kalo aku jadi mangsa. Macamana agaknya aku nak berdepan dengan dunia. Macamana aku nak datang keje. Macamana aku nak p site. Macamana aku nak p gym. Erkkkkkk Dulu aku ada tengok Nona ke Majalah 3. Ada sorang lelaki india ni eksiden kat tempat keje..putus kaki. Dia kata - "Semua orang berpotensi untuk menjadi cacat" Aku ingat kata2 tu sampai sekarang. Tak kiralah cacat macamana pun tapi semua orang berpotensi untuk dapat. *takut* Bila ingat kata-kata uncle ni terus terpikir...walaupun aku tak cantik tapi at least aku tak cacat. Walaupun aku selalu merungut muka aku tak balance, tp sekurang2nya aku ada mata, idung dan mulut. Walaupun aku pendek, at least aku ada kaki. Walopun aku gumuk tapi aku ada tangan. Syukur Alhamdulillah. Jadi kalo anda berwajah cantik, bersyukur sajalah. Tak payah la nak hena-hena orang (atau hena aku) sebab wajah anda pun berpotensi untuk menjadi buruk.

Tuesday, July 26, 2011

Nota dari Makcik Tua

sakit betul pinggang aku ketika dan saat ini. Dah macam makcik halimah yg meniaga goreng pisang tu pulak rasanya. Duduk pun kejap straight kejap bengkok kejap berdiri kejap rasa nak melompat2. Begitu penderitaan yg ditanggung akibat sakit pinggang ini.

Mungkin semalam angkat berat sgt kot (yg aku gigih sgt apehal??kan dah padan muko) Mungkin jugak sebab buat sit up.mungkin...mungkin..dan mungkin. Tapi dah lama kot aku pinggang ni. Kadang2 sakitnya sampai menitiskan airmata (begitu serius sekali)Tak tau la kenapa. Malas aku nak ambik tau.

Panaflex tu dah memang ada stok kat rumah. Sakit je tepek. Tapi tak dela berkesan sangat pun. Buleh la buat redakan kesakitan. kadang2 sakit melampau hingga ke bahu. Kadang2 rasa macam cite2 dalam tv tu pulak, sakit2 bahu rupanya sedang mendokong bebanan selalunya budak cam cite2 korea..jepun (pengaruh media massa)

Sekarang aku dah ada kawan baru - Counterpain (sila rujuk gambarajah disebelah) Baguih budaknya..berkesan menghilangkan sakit2 badan. Sila lah dapatkannya dipasaran sekarang.

Yang benar,
Makcik Tua

Friday, July 22, 2011

N3 yg ditaip dengan penuh rasa tulus ikhlas :D

Semalam (21/7/11) jugak g jumpak ita (yg pegi check perut dia kat ppum) makan2 ngan ita. Excited plak aku tgk kebuncitan ita. (terpikir nak beli baju kaler apa kat baby dia nanti) Teringat aku dulu kitarang sama-sama single mingle..kadang-kadang kuar makan kuar soping sesama. Tapi skang dah susah nak jumpa.Yela dia pun dah bersomi. tak lama lagi ber baby. Mesti la bizi. Masa ita kawin, aku dah mula sedar semua tu. tapi aku hepi untuk dia (mata berkaca2)SUMPAH!

Dulu masa kami part 6, kami ada 5 orang (geng la bajet) aku, ita,ida,tina & adik. Aku pun tak sedar masa mana kitarang jadi rapat. Lepas habih dip, kami masih kontek2 tapi dah kurang rapat dari dulu la. Tapi aku ngan ita still rapat. Semua aku nak share ngan dia. Cite itu cite ini. Aku rasa ita banyak simpan rahsia aku. Kalo aku mati cer try tanya dia..byk benda aku cite ngan dia hahahaha (tapi aku rasa mak dia pun turut simpan rahsia aku -_- )

Skang dalam geng kami 5 orang tu tinggal aku ngan tina je xkawin lagi. Tapi tina ada Eddie dia..anytime je dapat kad tu. maka tinggal lah aku sorang terkulat2 disini kihkihkih

Seingat aku hanya kenduri kawin ita je aku pegi. kenduri kawin kawan2 lain tak. Aku g sorang je umah ita. Sebab aku betul2 nak tgk detik2 manis kawan kesayangan aku tu. Dan yes...air mata aku jatuh bila nizam siap lafazkan akad. (motip aku terlebih emo) hahahahhaha

Ita..tima kasih sebab jadi kawan aku.Tima kasih sebab sudi dengar, baca & layan masalah aku yg xhabih2. Tima kasih sebab sudi borak ngan mak ko pasal aku. Sangat2 menghargainya. Aku sentiasa doakan ko di dunia dan di akhirat (juga tidak ketinggalan mak ko, asben ko n baby ko):D


masa ni ita tak kawin lagi. Ni pic semasa beryoya dengan kelisa ita. skang beliau dah xbawak kelisa. dah bawak Vios.


masa ita kawin ni. Gigih aku ikut sampai ke masjid dan ke taman untuk ambik gambar (sungguh menyibuk kehkehkeh)

Wednesday, July 20, 2011

Tidak Mahu Letak Tajuk

haishhh benci betul la bila perasaan ni datang. Tengah2 elok tetiba rasa nak menangis. Rasa sunyiiiiii sangat dalam hati padahal derang ni potpetpotpetpot bising kat sekeliling..tapi tak memberi kesan pun pada aku. Benci aih rasa macam ni..

Kadang-kadang bila bukak mata pagi-pagi buta pun rasa mcm ni datang. Dan2 rasa xsemangat nak meneruskan hari. Kadang2 pikir aku ni sakit jiwa ke..tengah2 hepi boleh menangis. Tengah2 menangis boleh hepi. tengok org gila dalam TV mcm tu..kejap gelak kejap nangis..kejap hepi kejap tak.. aku pun cam gitu ke?

Dear rasa bodo ni,
mohon cepatla kamu pergi jauh2 dari aku. aku benci kamu paham!


*menangis seketika*


(sungguh berharap 'seseorang' membaca luahan ini walopun mustahil )


>_<

Monday, July 18, 2011

song of the day

aku tak tau la org lain pernah alami ke tak. Bila bukak mata setiap pagi, ada 1 lagu akan terngiang-ngiang di ujung telinga. Macam pagi ni, bukak je mata ada lagu ni...



Motip apakah? tak pulak aku dengar lagu ni dalam masa terdekat ni. mmm tiada motip apa2..mungkin roh aku ada terdengar kot.

kihkihkih pagi semalam lagu lagu Francissa peter - sekadar di pinggiran. Kiranya lagu tema untuk hari tu. maka sepanjang 1 hari (kadang-kadang berlanjutan sehingga beberapa hari) lagu tu akan berkumandang di otak aku.

Tapi penah gak sekali tu bukak je mata lagu Keranamu Malaysia keluar. Jadi tema jiwa pada hari tu ialah patriotik kihkihkih

ok ini tidak berkaitan dengan buatan org mahupun buatan hantu2 hehhehehe

Friday, July 8, 2011

Sapa kata sepi itu indah?



Sepi itu indah? manusia mana la yang cipta ungkapan tu. Rasa sakit ati plak aku dengar. (tetiba nak marah org tu kehkehkehkeh)

Lama sangat sepi dah xde yang indahnya dah. Sepi itu sakit. Sepi itu perit. Sepi itu umpama kanser. Membunuh aku dalam diam dan slow2. tak kisah la apa orang nak kata pun sebab mereka tak rasa apa yang aku rasa.

Malam tadi rasa rindu sangat kat N. Rasa tu betul2 memberi tekanan perasaan pada aku. terbawak-bawak sampai ke hari ni. Mungkin dah terlalu lama N dok bersarang dalam kepala hotak aku ni. Dah bertahun-tahun. Umpama orang yang terlalu lama menetap dalam 1 rumah. Bila dia pindah, sisa-sisa barang dia tetap ada disitu lagi. kalo tak lama pun sekejap mesti ada. Paling ayam bau-bau badan dia masih menerawang kat situ lagi.

macam tu jugak la aku. Dulu boleh katakan tiap-tiap malam kami borak2..kami gelak2. Tapi sekelip mata semuanya hilang. Macam mimpi je rasa. Sampai sekarang aku masih berharap semua tu mimpi. Dan aku rasa sangat rindu. Rindu kenangan-kenangan dulu. Mungkin dia dah tak ingat aku sekarang, tapi susahnya aku lupakan dia.

Aku join gym supaya masa aku terisi. supaya aku tak ingat dia sangat. Memang masa aku sangat ketat sekarang. Nak g shopping pun kena cari masa. Plan betol2. Tapi semuanya tak semudah tu. Bila hati kita sepi, semuanya tak bermakna. Sambil jalan-jalan lari-lari kat treadmill pun boleh jatuh airmata. Orang sebelah pandang je. ntah apa dia pikir. "ish orang ni bersenam sampai begitu sekali"

Naik beskal kayuh kayuh kayuh kayuh...ketat je rasa dada. tap tap air mata jatuh. Time dengan trainer ok la..sebab tak sempat nak menangis. Dok dengar dia membebel je..lagipun takkan aku nak menangis depan dia. Hilang la kemachoan aku. Nak buat apa lagi ni. Reg wad gila pulak la. Buleh gitu. Bencinya rasa macam ni.Benci sangat.


Wednesday, July 6, 2011

Kenapa para hantu selalu tak puas hati dengan saya?

Semalam aku g site. Ada meeting valuation. Sekarang ni site ofis dah pindah. Dari Basement ke Aras 3.Kena naik tangga .Ni kali ke 3 aku g ofis baru tu. Sebelum ni ok je..tak de pape. Tapi ada sesuatu berlaku pada pemergian kali ketiga semalam yang mungkin akan menyebabkan aku sedikit cuak untuk g kali ke 4 (sedikit saja)

Abih meeting pukul 5, jammed yang amat kat ppum, maka aku lengah2 dan balik lebih kurang pukul 7.semuanya macam biasa. Tapi malam tadi aku kena tindih dengan hantu site kehkehkehkeh. Dalam keadaan separuh sedar tu, aku dengar bunyi bising macam orang ketuk2 batu..kuat nak mampos tepi telinga aku. Nampak pulak persekitaran tangga yang aku guna untuk naik ke tingkat 3 tu.

Pastu dengar suara pompuan cakap "aku tau kau nampak aku tadi. kenapa kau datang?kenapa kau datang?sapa suruh kau datang" Bongoknya aku tak mampu nak jawab. kalo tak aku nak kata..bila masa aku nmpk ko..bos aku la suruh datang. ceh! ini tidak adilll!

Setelah dengan penuh kegigihan aku baca segala ayat akhirnya aku sedar. Bila sedar aku bangun dan pandang sekeliling. seram sejuk je rasa. Pastu aku pikir, bila masanya aku nampak sapa2 kat tangga tadi.Pastu tak de pun aku terpikir2 pasal site sampai ke atas katil. Aku pun baca lagi ayat kursi byk2 kali dan sambung tido. Sukur..semuanya ok sampai ke pagi.

Pelik gak aku, apasal la para hantu ni selalu tak puas hati dengan aku. kalo aku balik kampung, malam pertama tido kat kampung mesti kena tindih dan dengar suara pompuan kata - "ooo balik dah nooo..balik dah nooo" kadang2 marah "berani hang balik lagi!" (hantu kedah cakap kedah hantu kl cakap kl, ceh)

Ada sekali tu kat kampung, macam biasa kena tindih. Aku pun baca la ayat-ayat Quran. sekali suara tu kata "hang baca apa aih...aku pun reti baca la.." Bewak betul la hantu ni. Ada gak sekali tu, ada suara kata "tok tau..cucu ada sini" (hantu warga tua mungkin) -_-

Mungkin aku kena duduk berbincang dengan hantu2 ni. kenal pasti apa yg derang tak puas hati sangat dengan aku. Kalo buleh settle, kita settle cara baik ye hantu. kehkehkehkehkeh

Tuesday, July 5, 2011

si macaroon



dah lama aku dok usya2 si macaroon ni. cantik je kalerpul..comel je..teringin plak aku. malangnya aku tak tau mana nak beli. sekali g site, si Nand tu pun teringin nak mkn macaroon. dia search2 tenet, katanya ada 1 kedai kat Bangsar Village ada jual.

maka aku dengan penuh kegigihan balik je keje terus g Bangsar Village dan dengan tekunnya membelek satu demi satu alamat kedai semata nak cari kedai yang kononnya menjual macaroon tu. akhirnya aku pun jumpa..malangnya derang xde jual pun. nipu je taww derang ni...

esoknya, yakni hari sabtu, aku dah plan baik2 lepas keje nak g gym. awalnya memang ada appoinment dengan si trainer tu, malangnya dia mengancelkan diri plak. aku pun pikir2 tak pe la..aku eksesais sendiri je. wahh begitu tekad aku.

tengah2 keje sementara nak tunggu time g gym, tetiba terpandang page Cupcake Chic. waaaaa derang ada menjual macaroon. oh bagaikan mimpi. tapi cuma available kat The Curve je. ala Jaya One dengan The Curve tu cuma sekangkang kera je..terus aku off pc dan bergerak ke sana dengan jayanya.

punya la susah nak cari kedai Cupcake Chic tu. tak penah pulak perasaan kat mana kedai tu. (oohh agak ketinggalan aku disitu)
Rupa-rupanya ceh tepi mcD je..tidaklah aku tau mcD tu alamatnya GZF-5. punyalah gigih aku mencari cupcake chic kat GZF-4.

akhirnya tercapailah hasrat aku nak beli macaroon. aku beli sedozen, 12 bijik kan = RM39.60



ambik gambo dulu. dalam kete je ni..tak nyempat ambik gambo..maklum la jakun..



teringat kat Nand pulak. terus call Nand kot2 dia nak separuh. buleh share ngan dia. kalo setakat nak rasa sebijik hambik je..aku sedekah kehkehkehkeh
Nand setuju nak kongsi. ok la, kami pun ambik sorang 6 bijik.



Bawak balik rumah letak dalam piring..mula2 aku tengok ish 6 bijik je...cukup ke ni...sekali hah hambik kau hingga ke saat ini masih (5/7/11) masih ada berbaki lagi 2 bijik. ish ish ish tamak haloba betoi aku ni.

secara kesimpulannya, bagi aku macaroon ni sedap jugak la. tapi ada gak yang tak sedap (mungkin aku salah ambik perasa kot) tak pe la..nak try je. nanti kalo teringin buleh p beli lagi.

Saturday, July 2, 2011

Siapa Aung??

Anak buah aku ada 4 org. 2 orang dah besar 2 masih kecik. Tapi kesemua mereka sangat menggeruni Aung. Bila nakal, mak ata abah derang atau mak atau abah aku atau aku sendiri (hambik penggunaan ‘atau’ sepenuhnya) akan takutkan derang dengan Aung. Contoh ayat – “aunggggg..ambik adam aunggg” “aungggg ambik adik aungggg” maka akan terkedek2 la mereka berlari menyelamatkan diri dari Aung.

Penah 1 ketika, anak buah aku yg kecik (nama beliau Anis) main dalam bilik aku (sila baca sebagai memporak perandakan bilik aku) dalam gelap. Aku pun agah dia – “aungggg ambik adik aunggg” menjerit2 dia merangkak keluar (padahal dia dah besar buleh jalan lari, tapi dia merangkak sebab dia lupa dia buleh jalan, kehkehkehke punyala takut)

Aung ni sebenar-benarnya kucing. Budak2 ni bukan takut ke kucing tapi takut dengan perkataan Aung tu sendiri. Tapi sekarang maksud Aung dah berkembang. Bukan kucing saja, malah hantu kat TV pun derang panggil Aung.

Sejarah Aung – cewahhhhh….pada zaman dahulu, ketika aku dan kakak2 aku masih kecik, kami ada bela kucing. Sekor je. Jiran selang beberapa buah rumah (nama beliau Tok Arup) pun ada kucing. Kucing jantan. Kucing kami betina. Putih ka apa nama dia. Kucing jantan tu selalu sangat datang rumah dan bunyi aung…aung…aung…aung…. Bukan bunyi meow…meow…meow… aneh betul kucing ni. Mana planet dia datang pun xtau la. Nak kata bunyi musim mengawan pun tak jugak..sepanjang masa je bunyi macam tu.
Tak lama kendian, Putih pun peknen. Kemungkinan besar si Aung tu la ‘laki’ dia. Aung pun selalu datang lagi sambil berbunyi Aung…Aung…Aung… Aung ni muka dia garang, dan dia pun garang.

Akhirnya Putih pun beranak. Ada 4 ekor. cumil mereka semua (masa ni aku tak takut kucing lagi..skang aku takut ngan kucing..nanti ada masa aku tulis sebab2 ketakutan tersebut). Aung dah jarang kelihatan. Playboy betul la kucing tu. Tak padan ngan kucing.

Sampai la pada 1 malam dengar bunyi aung..aung…aung…ooo dia datang dah. Nak ziarah anak2 kot. Putih dan anak2 dok kat luar umah. Bawah bumbung la. Kami pun tak tau apa yang berlaku hinggalah pagi esoknya kami tengok anak2 kucing tu mati dalam keadaan sungguh tragis. Tak de kepala.kaki xde..luka sana luka sini. Putih pun luka tang mana. Tak tau apa yang berlaku. Tapi kami syak Aung yang makan anak-anak dia sendiri.

Sejak tu Putih sedih je..tengok muka pun tau. Bila Aung datang dia lari takut. Itu menguatkan laki spekulasi kami tentang Aung. Sejak tu jugak dengar je sayup2 bunyi aung..aung..aung…aung.. bapak aku dah siap bukak pintu dengan penyapu halau Aung balik. Datang lagi halau lagi. Sampailah sudahnya mak tak bela lagi Putih. Sejak tu Aung xdatang rumah lagi namun nama Aung tetap abadi di ingatan kami sebagai satu makhluk yang jahat. Buweeeeekkkk utk Aung. (emo plak)


“ini anak u Aung..anak u” kata Putih
“aaaahhh..kau jangan pandai2 nak kaitkan nama aku, ntah dengan siapa kau tido, sekarang kau tuduh ini anak aku” marah Aung pada Putih sambil merenung tajam bayi mereka ber4 itu.
“tidak Aung..tidak..i cuma setia dengan u..huhuhuhuuhuhuhuh”
“aku tak percaya..hah ambik ni aku makan semua anak kau”
“jangan Aung..jangan….kau kejam Aung..tidakkkkkkkk”
PERBUALAN DI ATAS HANYALAH IMAGINASI PENULIS SAHAJA AKIBAT TERLALU BANYAK MENONTON DRAMA MELAYU -_-


ini bukan wajah Aung..ini cuma pic kucin dari pakcik google kehkehkehkehkehkeh

Template by:

Free Blog Templates