Friday, October 28, 2011

Perasaan yang datang setiap hujung bulan

Perasaan nak berenti keje!
serius..itu lah perasaan yang selalu ada time hujung bulan membawak ke awal bulan. Tapi percayalah bila sampai tengah bulan perasaan tu akan hilang dan aku akan keje seperti biasa.

Aku benci site valuation day! Aku benci keje aku! Aku benci kompeni ni! Bukan sebab bebanan keje yang melampau tapi disebabkan orang sekeliling.
(ok...nanti sampai tengah bulan mesti hilang dah rasa benci tu)
>_<

//tak muleh tulih panjang-panjang...kan ada yang tersentap..jiwa mereka lembut-lembut belaka kekdahnya
(muntah darah)

Tuesday, October 25, 2011

Tekad 2012- akan membenci tingkap dan pintu wad kardiologi

Melampau betul tekad dan azam aku tahun 2012. huh
Salah 1 projek yang sedang giat dijalankan oleh company aku (sila baca sebagai company bos aku) ialah membina wad Kardiologi PPUM. 13 tingkat.

Yang aku tensennya, asik la nak ubah dinding, ubah pintu, ubah tingkap. Sib baik bumbung tak ubah sekali. kalo tidak pingsan berdabel aku. Dah 4,5 kali aku kira balik segala kos kuantiti tingkap pintu bangunan ni. Asik la lagi nak mengubah. Hadoi sampai abad ke 40 pun tak siap macam ni.

Menatang ni jugak buat aku tak tido selama beberapa hari. Bukan la tak tido langsung. kau gila tak tido langsung. Tido la sejam dua jam. Pastu bangun sambung buat keje balik. Masuk opis buat keje lagi..pegi bersenam, dan balik sambung buat keje lagi.

pastu anta kena reject buat balik lagi. pastu kena reject dengan bos aku pulak. Pastu buat lagi pastu design tukar lagi. Dinding tukar lagi. buat balik blablablabla
oh malangnya nasib seorang kuli.

Bos, kau tau tak aku keje bersungguh-sungguh. Oi bos besar! kau kenal aku ke? tak kan??
*ok fine aku bengong*
/floor

Jadi aku menanam tekad dan azam untuk membenci tingkap dan pintu wad berkenaan. Bila siap nanti aku nak tendang2 tingkap dan pintu (tapi tak sampai pecah la...mampoih aku kalo pecah)

Sambil buat keje kena makan coklat. Menurut kajian coklat buleh mengurangkan tekanan (alasan orang gemok tak sedar diri ni) >_<

//ok kembali kira tingkap lepas beberapa hari tak tido
/blur

Monday, October 24, 2011

Tuhanku, bantu aku turun ke bumi segera

Mana aku nak meroyan ni?? sini pun buleh la..
ok..semalam amboihhhhh tinggi kemain aku 'terbang'. Dah sampai ke awan dah. Siap jalan2 atas pelangi. Petik2 bintang segala. Lepas tu bila sedar aku dah terlalu tinggi, terus aku tempik diri aku sendiri 'hoi liana!!! tinggi sangat ni! hang tak takut jatuh ke?'

Lepas kena tempik dengan aku, maka aku pun tersedar lalu cuba terbang turun. mmm payah nak mampos rupanya. Turun sekerat aku terbang ke atas balik...turun sekerat aku terbang ke atas balik. Nak nangih rasanya ni... puas dah tampar2 pipi ni supaya tak leka sangat..tapi kejap je pastu alamak...terterbang balik..
>__<
motip apakah? bencilah!bencilah!bencilah!
mungkin sebab banyak sangat dengar lagu Fiona Fung, Proud of you kot....
asik2 dok I can fly,i'm proud that i can fly, to give the best of mine, till the end of the time believe me I can fly, i'm proud that I can fly, to give the best of mine, the heaven in the sky
(ni lah hasilnya...ishhh)

Ya Allah Ya Rabbi tolong la aku
/please
bantula aku terbang turun ke bumi sebelum sayap aku patah...sebelum aku terhempas ke tanah..
(walaupun memang aku dah bersedia untuk terhempas)


//hambik aku sorang je paham entry ni kehkehkeh

Friday, October 21, 2011

Today is Friday...


Ye hari ni hari jumaat. (pakai baju kurung khenn) Esok sabtu lusa ahad dah boleh membongkang kat umah
*xsabarnya*

Pagi2 jumaat nan mulia ni dah tertekan. nape? sebab jammed macam nak gila. (yeee semua org pun jem kann..tp blog aku, sukati aku la nak meroyan kat sini /wahaha )Perjalanan dari rawang ke PJ mengambik masa 3jam. haa hambik kaw. Dah buleh sampai Ipoh tu. Bertahan lagi sejam lebih dah buleh sampai Sg Petani. Lagi 1/2 jam dah buleh sampai Merbok. Balik rumah tidoq lagi baguih.

Keluar dari rumah dah stuck sejam. Hari-hari lain 5 minit pun tak sampai nak keluar ke jalan besar. hari ni sejam
*menangih*
kereta aku manual tawww...

Sebabnya kontraktor bodo bangang mana korek jalan..hambik kau belubang macam taik bintang jatuh lepas tu letak kon keliling dengan tanda AWAS dan tinggalkan macam tu ja. Apake bodoh ketamnya depa ni. Tak tau la apa motifnya. Dah banyak hari aku tengok terbengkalai macam tu je kerja tu. Jalan dari 2 lane jadi 1 lane. Sekarang ni aku tengok lubang tu macam makin membesar je. Agaknya sebab tu hari ni super duper jammed. Agaknya la.

Lepas tu biasa la hari jumaat, start dari Selayang sampai la ke PJ memang jammed tahap pahlawan. Pagi dan petang. Lagi-lagi kalau hujan memang menangih la dalam jammed.

Selalu aku harap opis aku istihar cuti pada hari jumaat. Jadi aku tak payah datang keje hari jumaat. mehehehehe
Dulu masa kecik-kecik, aku selalu berharap Kedah cuti hari ahad. Boring la cuti hari jumaat, kartun tak banyak. Kartun banyak hari ahad je. Bila besar skit, tensen tak buleh tengok melodi sebab melodi hari ahad.
(sekarang ni buleh tengok pun aku tak tengok /dig nose )
Jadi nakkkk sangat cuti pada hari ahad.

Dan sekarang ni Allah dah makbulkan doa aku untuk bercuti pada hari Ahad.
(kadang-kadang aku lajak sampai isnin..feeling company bapak sendiri)

Wednesday, October 19, 2011

Aku Saja Yang Tau...












Aminnnn......
/please

Tuesday, October 18, 2011

Pengawal Peribadi Bersenjata

Bz la sekarang ni. Nak bersosial dengan dunia luar pun kena curi-curi masa. Nak conteng dalam blog pun tak sempat. Apa nak buat. Bakal menteri memang mcm ni.

Betul. Bakal menteri. Sebab tu sekarang aku dah ada pengawal peribadi bersenjata. 2 orang lagi tau. Gaji bulanan tak perlu. Cuma pastikan balik keje kena bawak balik la keropok ke..tora ke..dengdang ke..atau paling cikai buah pisang setiap hari.

Dengan moto - 'Tempat Biasye..Batu Lime" mereka menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

Kenalkan ini pengawal peribadi aku.

Ketua pengawal - ADAM THE MASTER. Lebih selesa dipanggil Adam sahaja. Kadang-kadang dia menyamar jd Ahmad.

Pembantu pengawal - ANIS THE BIBI. Lebih senang dipanggil adik atau bibi atau baby. Binatang peliharaannya ialah seekor anak kambing yang diberi nama Bebe. Kanan bawak pistol..kiri dokong bebe
/blur


Aksi ketika menjalankan tugas. Pistol harus selit kat seluar macam cerita-cerita dalam tv. kalo tak pakai seluar, selit kat pampers je.


Gaya harus ada. Penempak tepat gitu.


/hmm

Monday, October 10, 2011

Berangan itu buat saya rasa seperti terbang ke awan

Dengan penuh rasa rendah hati, aku mengaku aku suka berangan. Kamu tau? berangan itu buat aku rasa seperti sedang terbang di langit tinggi.. berjalan di pelangi, bergayut di bintang dan berlepak sambil goyang kaki di bulan sabit.
Macam ni

Pengaruh media massa lagi >_____<


Berangan tentang sapa?? Mestilah dengan tuttttt...dan tuttt..dan tutttt tuuutttt
gila kau nak bagitau kat sini...mau muka depan The Star nanti
/no

Tapi bila aku sedar aku sedang berangan mengingati org yg tak pernah igtkan aku...malah tak terlintas langsung tentang aku..bedebabbbbb aku jatuh dengan sakitnya dari tempat yang amat tinggi. Kau bayangkan kau jatuh dari pokok?sakit oooo (aku tau sebab aku penah jatuh pokok ketika bermain hantu-hantu masa darjah 2)
Ini kan pulak jatuh dari bulan sabit. berangan lagi... mehehe


Menurut Dr HM Tuah Iskandar dalam bukunya yang bertajuk Membina Imaginasi Cemerlang, kita kena tau perbezaan antara imaginasi dan angan-angan. Sebab berangan selalunya kosong tapi berimaginasi itu ber arti menggerakkan minda kita untuk mencapai apa yang kita imagine tu.
hmmm...tapi aku tak tau aku berangan ke berimaginasi ntah.

Semua orang ada angan-angan dan pernah berangan. Bezanya cuma cara seseorang tu mengawal angan2nya.
Jadi bila aku start berangan, aku akan pastikan aku tak 'terbang' terlalu tinggi. Paras-paras pokok pinang sudah. (anak pokok pinang) Sekurang-kurangnya kalau jatuh tak la sakit sangat.

tapi...
kau ingat senang?

Kopi Putih di Hari Dingin



ok. hari sabtu ahad lepas aku g cameron highland. Jalan-jalan. Taktau la ni kali ke berapa rabat cameron. Tak ingat. Percutian kali ini diberi nama Percutian Terkejut Tergempaq. Antara Genting dan Cameron, aku sangat suka dengan cameron highland. Sangat-sangat. Ramai orang anggap cameron membosankan. Tapi bagi orang berjiwa seni cam aku ni (muahahahhahahaha) tempat ini sangat mententeramkan.Sebab Cameron ada semua yang aku suka. Dingin, tenang,sejuk,pink roses,strawberi dan cendawan.
Kombinasi kesemuanya = heven!
:)



Walopun kami cuma 5 individu, tapi kami tetap gigih nak menetapkan kat apartment 3 bilik. Luas..best..buleh berlari ke hulu kehilir (motip aku nak berlari??)

Ini bilik aku. Aku dok sorang je dalam bilik ni. Gila selesa.
(tapi aku tak tido sini..takut. Itulah pengaruh negatif cite-cite hantu kat tv)

Malamnya hujan sangat lebat. Nak kuar mana-mana dah malas sebab hujan + cuaca sejuk yang amat. jadi lepak saja di rumah menikmati suasana indah itu sambil makan megi tomyam dan air kopi putih panas.

Kamu tau? Menikmati kopi putih panas di hari yang dingin sangat menenangkan aku. Situasi itu boleh membuatkan aku lupa kpd masalah dunia. ye!

Indah nak mampos dapat berselimut gini sambil makan megi cawan perisa tomyam

Dan apabila aku buka mata dipagi hari. keadaannya sangatlah segar dan dingin. Nampak ladang kaktus dari kejauhan. Bila aku bukak glass sliding door, angin dingin masuk sepoi-sepoi bahasa. ohhh...betapa aku sangat sukakan tempat ini. Sangat sangat sangat suka. Mau cari kerje disini. Mau sangat! mau sangat!
(Keadaan macam tu takkan dapat rasa di KL maupun di Merbok, Kedah)

Satu yang aku tak paham. Ketika semua orang sejuk gila, budak ni relax je pakai suar tido xnak pakai baju. Kulit dinasor ke wahai anak?

>___<

1 yang aku akan buat di sini ialah minum minuman feberet aku Big Red Strawberry.

Ini dia.


Aku beli payung ni. Ia kelihatan sungguh sweet sekali. Bila guna, kau akan rasa kau macam Nasha Aziz dalam filem Buli. (tak jumpa plak cari pic tu) kehkehkeh

Dan pastinya beli red & pink roses. Bangun tido je, bukak mata nampak je nampak bunga ros sedang berkembang. Feeling princess sangat tau...

/wahaha

Friday, October 7, 2011

Tolong ajarin aku cara berdepan dgn org gila vavi!

Dalam company tempat aku keje ni, ada sekor mamat yang kena sakit gila vavi.

Borhan Darus,33 thn (bukan nama sebenar) ialah orang kanan bos. Tempat dia di HQ manakala aku hanyalah kuli kerdil yang tempat keje aku di opis cawangan dan site2 di sekitar Lembah Klang (bunyi mcm byk site je)

Perangai si Borhan ni hamatlah mengjengkelkan. Banyak kali aku sakit hati tahap nak pecah jantung ngan dia. Sampai aku rasa nak upah pembunuh upahan bunuh dia. Dulu sekali dia guna pc aku time aku takde kat opis. Selongkar semua benda hambik ko. Memang %&^&&@^@^ la.

Dia jugak selalu merosakkan status2 aku di fesbuk. Dulu aku remove dia sekali. Pastu dia add balik. tak sampai hati plak nak rejek, aku pun accept balik. pastu dia porak perandakan lagi. Asal dia komen je mesti menyakitkan hati dan buat hari aku jadi MERAH selama beberapa hari. sekarang aku dah block dia. g mampos sgt2!

Apa saja hal berkaitan dengan dia, tak penahnya berjaya diselesaikan. Cakap macam menteri. berkobar2 walopun gagap. Tapi keje macam sampah!

Hari ni buat perangai sial lagi. Ambik hp aku taip ntah apa2 then send kat sesapa ntah. Lepas tu gelak tekinja-kinja macam tingkah laku dia tu lawak tahap abadi punya. Awat cam haram sgt perangai hang???? Ya Allahhhh bagi la kekuatan nak hadapi semua ni. Aku tak penah jumpa orang sakit gila babi cam ni. Macamana la bini hang boleh berkenan wehhh???

Aku tak tau la apa ayat maki hamun lagi aku nak bagi. Dia tak paham2 ke aku benci nak mampos ngan dia. Tapi masih nak bergurau senda ngan aku. Apa jadahnya?? Aku tak perlu kot nak gurau2 senda ngan kau.

ketahuilah wahai bos, kalo aku resign satu hari nanti, salah 1 sebabnya adalah kerana si Borhan ni. Tolong la..aku memang tak blh nak berurusan dan respek orang perangai terencat macam ni. Kau tak pegi, aku yang pegi. Rezeki Allah kat mana2.

Allah, tolonglah hambaMu.. /please

Persamaan antara saya dengan Steve Jobs

Satu dunia tau si pengasas Apple, Steve Jobs dah meninggal dunia semalam.
Terima kasih Encik Jobs kerana memberi 'sesuatu' kepada dunia

Bila baca berita kematian dia semalam, aku perasan antara kami ada persamaan. (waaahh)
Kami mempunyai masalah di bahagian pankreas. Dia meninggal sebab kanser pankreas kan. Pankreas dia rosak la tu..hhaaa kan sama ngan aku. (itu je le sama...harta kekayaan dan tahap ketereran harom tak sama /blush )

Aku penah masuk spital akibat menghidap radang kanser atau nama yang lebih dgr kritikal-pankreatitis. Tapi Encik Jobs ni kena kanser pankreas. Lagi teruk. Aku dah search kanser pankreas dengan pankreatitis tak sama. kanser pankreas lagi teruk. Syukurlah...Cuma sama kat pankreas je (nak jugak cari persamaan tu muahhhaaa)

Antara tanda-tanda kita sakit pankreatitis ialah demam yang teruk dengan tiba-tiba. Panasnya melampau2. Selera makan menurun secara mendadak. Aku ingat malam aku demam teruk tu, 1 famili tengah makan durian (peberet chek tuuu) tapi aku tak de selera langsung nak makan. Sentuh pun tak. 2,3 hari kendian, mula muntah-muntah. Masuk makanan kuar balik. Dan perut kita jadi sakit yang amat. Pas masuk hospital baru tau kena pankreatitis. Kira kat hospital tu aku la pesakit paling kronik sekali. Doktor yang paling besar pun turun memantau. Hebat ai cam artis taw.. -_-

Time tu sakit sampai tahap abah baca yassin tepi telinga. Wayar sana sini.Aku rasa tok imam, tok penghulu, tok gali kubur semua tunggu signal je nak jalankan tugas.

Tapi itu cerita 14 tahun yang lalu. Alhamdulillah, berkat doa mak abah & famili, aku sembuh akhirnya lepas giat bertarung dengan maut. Dapat la hidup lagi sampai sekarang. Tapi menurut kata doktor yang rawat aku tu, sakit ni boleh ulang balik 10, 15 atau sekaliganda umo pesakit tu. gitu pulakk (doktor tu bernama Doktor Razali, asal terserempak kakak aku yg 1st tu je mesti masing2 tertunduk malu...ceh! )

kiranya time aku sakit tu umo aku 14, alhamdulillah 10 thn kendian iaitu ketika umo aku 24 thn, tak jadi apa-apa. Tapi harus diingat, sekarang umo aku 28 iaitu sekali ganda umo ketika sakit.
Ada yang jadi geng Steve Jobs gak kangg /no

Gambo muda-muda harus dimasukkan sekali supaya lebih sedap mata memandang hehe
Encik Jobs, Berehatlah Dengan Tenang.

Wednesday, October 5, 2011

Eksperimen 1 & 2 - Siri 1

Angin gila aku mai dahhhh...
Semalam, habih je meeting terus balik cepat-cepat p Guardian lagi. (aku rasa jualan Guardian mesti meningkat sejak 2,3 hari ni -_- )

Beli ini...
dan ini...

Gila lah. Habih duit aku bulan ni. Nak melawa punya pasal. Apa nak buat. Kau ingat senang jadi orang tak cun??macam-macam kena buat nak meningkatkan keyakinan diri tau
hehe

Yang aku beli tu ialah Arbutin Whitening Essence (RM59.90) dan Arbutin Whitening Milk (RM53.60) dan Mederma Cream (Rm39.90) -pebenda ntah nama penuh dia untuk hilangkan parut.

Gigih kan...?

Set Safi Rania yang aku beli dulu tu aku dermakan kat Aja. Aku nak buat eksperimen gitu. Tengok mana lagi berkesan. Safi Rania ke Hada Labo (sapo cun dulu dia menang hohoho)
Itu aku namakan Eksperimen 1. Bermula dari tarikh semalam 4/10/11

Eksperimen 2 pulak nak tengok keberkesanan Mederma Cream tu. Katanya bagus sangat nak hilangkan parut. Jadi aku nak tengok parut kat kaki aku (yg terjadi akibat pelbagai kejadian tragis) ni buleh hilang ke tak. Berapa lama masa yang di ambik kalo buleh hilang. Bermula dari tarikh semalam jugak 4/10/11.

Cekal kan...?




p/s : pic muka dan kaki yang berparut tak buleh dipaparkan. Bimbang ada yang mengingau dan meracau 4 hari 4 malam akibat tekanan perasaan yang melampau. kategori 18SG sangat

Tuesday, October 4, 2011

Gadis Lembik in d house!

Ok. aku penat,sakit, lemah, sedih, kecewa dan semua perasaan dan keadaan yang negatif. Lalu aku menangis.

aku = bengong, lembik dan penggagal.

benci aku!

Monday, October 3, 2011

Bertukar menjadi ayam sejak beberapa hari lalu

Sangat sangat sangat sangatlah bz sejak jumaat lepas. semuanya untuk valuation esok. Sejak jumaat lepas jugak tido aku ala-ala ayam je. 2 jam, 3 jam. Malam ni pun tak tau la boleh tido ke tak. cari duit untuk bos

-_-

Training hari ni di bawak ke esok hari. Aku dah tukar awal2. sebab dah tau mesti bz tahap gaban menentang resaksa planet Zorgon. Malangnya dah sudah demam pulak. Sejak malam ahad. Mungkin akibat kesihatan yang diabaikan. Harap-harap aku sembuh segera. Kalo tak betempek2 la lemak ni tak buleh p eksesais.
(demam2 pun kena kerja dengan tekun. Gigih khennn)

Walopun bz bekerja, sempat jugak meluangkan masa menghias bilik dan memasak. Sedang hias bilik, tengok2 tabung dah penuh..tak muat dah nak buh duit lagi. Nak beli baru..malas nak keluar. Lagipun duit untuk beli tabung buleh disimpan di dalam tabung. sebagai seorang QS yang sedang mencipta nama, kos mestilah dititik beratkan dalam kehidupan seharian haha (cam artis la pulok mencipta nama)

Jadi..inilah dia

Balang biskut yang ditransformasikan sebagai....
"Tabung Berbunga..." (sila buat suara Doraemon)
Siap dalam masa 10minit hahha
kau ado?? tak do kan??

Ini pulak sessi penayangan masakan petang yakni triffle. Jangan tak tau aku terer buat mendalah ni sejak aku keje KLCCUH. Tak caya tanya sanak sedara dan jiran tetangga.
(cam bagus je hohohoho)
Terima kasih kepada Kak Is yang memberi tunjuk ajar :D


Huagghhhhhh mengantuk dan penatnya lahai...aku dah bertekad esok malam aku nak tido selama-lamanya (selama-lamanya???) nak qado balik tido aku selama beberapa hari ni. Untuk menjaga kecantikan tido mesti kena cukup

hehehe


Saturday, October 1, 2011

Tak Buleh jadi datin lagi ni...

Semalam ada stock clearance sales kat Jaya One Event Hall ni, jadi aku ngan mei mei pun apa lagi serang la.kena pulak gaji dah masuk kan hehe sebagai seorang atlet.........

benda pertama yang kami usha ialah barang-barang sukan. Dan sebagai menjiwai watak mak-mak sedara penyayang, kami jugak turut usha barang-barang baby. Tapi tak sempat beli sebab masa mencemburui kami (hambik mcm ucapan PIBG pulak)

Balik dari aktivit menyoping, kami perasan ada satu kereta mewah cantik kat parking depan lif opis. Ish tak penah tengok pun kereta tu sebelum ni. Apalagi, p dekat sikit la belek. Sumpah tak kenal tu logo apa. Kami pun tawaf kereta tu dengan penuh rasa kejakunan sambil mengomel2 dan berangan. Antara dialog2 yang keluar ialah : kalau la kita kaya...kan bagusss >_<
aku cakap mungkin ni kereta Why Hoong atau Ivan (kedua-duanya adalah bos aku, depa 2 beradik)

Sedang gigih membelek, hambik tuan dia datang dengan bos aku. kan betul aku cakap, kereta derang. kan aku dah kata aku ada sixth sense huahuahuaha...kami pun berlalu sambil tersengeh. Kembali ke alam nyata iaitu bekerja dengan gigih.

tapi tak la gigih mana pun, perasaan nak tau nama kereta tu masih berbekas lagi. Aku ingat sikit2 logo dia ada sayap-sayap.Aku pun search la.. 'luxury car logos'....dan keluar...
Lincoln pun ada kau...tambah sikit Selvakumar jadi Linconl Selvakumar, Project Manager aku kihkihkih
haaaa ni dia jumpak dah....


oooo Bentley nama dia. Barula aku tau. Sumpah naif tahap tertinggi. Nampak sangat jiwa rakyat marhaen. Apa ni..kata datin wannabe, jumpa kereta lain sikit dah jakun xkenal. Kenal setakat Toyota je..ceh! Nak jadi datin kena la kenal barang mewah. Kena giat berusaha lagi ni :D
(tak buleh sebut nak jadi datin depan mak aku..nanti dia mengamuk 3 hari 3 malam..kenapa?akan dinyatakan di entry lain)

Bestkan jadi orang kaya...beli kereta macam beli kangkung kat pasar borong selayang je. Takpela..bersyukurla at least aku ada Mestica Surie. Walopun dia kerdil dan kadang-kadang mengeluarkan bunyi tikus, cicak dan katak..tapi bila hujan aku tak basah. Balik kampung tak payah naik bas..g keje tak payah berhimpit naik public transport. Syukur alhamdulillah...

Aku penah tengok dulu masa bulan posa, ada 1 famili ni, mak apak lebih kurang 30an. Jalan turun dari taman rumah aku ke jalan besar. Jalannya naik bukit tau. Ayah galas beg besar kiri kanan...beg belakang lagi (aku bajet nak balik kampung raya) sambil pegang tangan anak lelaki umo lebih kurang 4thn, lebih kurang adam >_< menangis tau kalo tengok budak-budak baya Adam/Anis/Amirul/Alia dalam kesusahan. (semua tu anak sedara aku..aku kan makndak penyayang ) *sila jangan muntah darah disini*

Mak dia pulak dokong adik lebih kurang umo setahun. Mungkin kenderaan rasmi derang cuma motor, jadi nak balik kampung kena naik bas. Dan kena naik bas metro ke stesen bas. susahnyaaaa... aku tak de pun nak macam tu..tu pun lagi gigih merungut.

*nak muhasabah dan sarawak diri jap

Lebih kurang macam ni la rupa bentuk kereta yang buat kami jadi jakun sementara waktu *memalukan*

titik titik titik (edisi 1)




Sorry..i'm still loving u :((

Template by:

Free Blog Templates