Monday, January 30, 2012

Warna Warni Kehidupan

Keadaan persekitaran :- umpama berada di Pasar Borang Selayang.
Keadaan otak : - tepu akibat kebisingan yang melampau
Keadaan hati :- tidak ceria
Keadaan mata :- berair
Keadaan badan :- berlemak disana sini akibat tidak berupaya bersenam
Keadaan perut :- Lapar!


Hidup penuh warna warni. Jika semalam putih, hari ni hitam, esok mungkin kelabu moga-moga tulat jadi pink.

Tapi hari ni kalerpul diluar namun hitam pekat didalam.
Walo macamana aku try bergumbira bersukaria pun, 'dalam' aku tetapnya sedih. Mekap tebal hari ni kau. Eye shadow, kepit bulu mata, sapu mascara tebal segala semata-mata nak cover muka sedih. Tapi hati tetap tak buleh cover.

Takde sebab yang nyata sebenarnya. Cuma sedih mengenangkan dunia yang tak adil dengan aku.
(ok fine..airmata menitik kan..motip sangat airmata ni..sikit2 nak intepreme)

Betollah...Kita buleh tipu 40juta orang sekeliling kita..tapi tak buleh nak tipu diri kita sendiri.

*menangis sambil pefeeling wajah secomei ini*


Sunday, January 29, 2012

Hepi Besday Sistah!

Sistah! (gaya Morgana panggil Morguese) Hepi Besday.

Hari ni 28/1 genaplah usia Aja 33thn. Kami adik beradik selang 4tahun. Bijaknya mak pak kami hehehehe

Maka tengahari tadi ai pun kuar p beli kek serta 'masak' nasik ayam senyap-senyap. Balik je Adam terkam. "woww..kek..kek" Nasib baik buleh dibawak berbincang..maka kami pun sama-sama cover line. Sama-sama cocoh lilin,pacak lilin dan bawak ke meja makan.
(macam biasa dia jugak yang tiup lilin walopun bukan beday dia)


Tapi potong betol la...budak kedai kek ni harom tak reti menulis atas kek..buruk nau tulisannya.. tetiba seketol 'IBU' kat situ.
(aku tangankan jugak budak ni kang!)

Ok makan kek aaaa??? Dah la dah lama xg gym.... pe nak buat kesihatan tak mengizinkan...tapi minggu depan harus aku bertapa kat gym hari2..
http://www.emocutez.com

ai & Aja serta Adam & Anis. Muko kami sama kan. maklumla kami kan adik beradik seibu sebapa
hehehe


Kata-kata kaki yang harom tak de kena mengena :- Jangan gagalkan diri kita sendiri sebelum Allah sempat makbulkan doa kita - Kata Beto Kusyairi dalam cerekarama Aku Mahu Terbang
Aku - berfikir...mmmmmmmm

Wednesday, January 25, 2012

Pekerja Contoh di Tahun Naga

Sendirian di opis. Akulah tukang bukak pintu, tukang jawab call, tukang ambik surat, tukang itu dan tukang ini. Apa nak buat, semua orang masih bercuti bersuka ria. Aku yang tak beraya ni kena lah gigih bekerja.

Parking pun kosong je. Kau nak parking kereta melintang kat tempat bos pun takde sapa nak marah.

Tapi walopun sendirian di ofis, aku tetap bekerja.
Gigih pulak tu...


Gigih kan..? PC ada laptop ada...
http://www.emocutez.com

Friday, January 20, 2012

Suasana hari raya...

...Hari raya Cina

Dah keje company cina..kawan-kawan pulak semua cina, jadi bila dekat2 nak tahun baru ni, meriah la ofis. Minggu ni datang keje pun pakai merah je. Saja kasik sokongan moral.

Kad raya..harus dipamerkan kepada umum.


Hamper dan limau yang orang bagi. Seketika pas aku ambik pic ni, datang 4,5 hamper lagi. Tak kuasa aku nak ambik gambo lagi.
Tahun lepas aku 'bedah' 1 hamper semata-mata nak ambik tabung rabbit emas. Pastu aku gam balik elok-elok lepas tu tepek bunga kat tampalan tu. Bos tak tau.
hehehe
Tahun ni tak de naga menarik nak ambik.


Limau lagi. Bos beli untuk client & consultants


Yee sang. Makan ini bersama kawan-kawan. Ini Restoran Kinaree punya stail. Derang kata lain sikit dari yee sang biasa.
Ntah..bukannya aku tau pun
Harus lambung tinggi-tinggi sambil bagi ucapan yang baik-baik.
Ok semua orang ucapkan ucapan yang sama kat aku - semoga siti kawin tahun ni http://www.emocutez.com

Untuk ai. Walopun ai tak raya mehehehhhe


Ini paling best. Angpow. Ada lagi beberapa yang menyusul lepas pic ni diambik. Yeeehaaaa syukur alhamdulillah.
Tochee..tochee


//esok balik kampung...makan besar. Yeeehaaaaa lagi sekali

Wednesday, January 18, 2012

Spek raya

Impian berspek baru akhirnya terlaksana jua.
Tapi tak jadi ambik kaler pink. Bila try nampak buruk nau. Cam gedik pun ada gak. Tak sesuai ngan usia ai yang sudah menginjak senja. Jadi ambik hitam je.

Buat kat Focus Point Rawang je...kena plak sekarang Focus Point tengah sale. Potongan hingga 50%. Sesuai sangat la dengan rakyat marhaen seperti ai. Buat pukul 7pm, pukul 8pm dah buleh ambik. Lantas buleh pakai datang keje hari ni.
(sambil menayang spek baru kepada kawan-kawan)

Seperti jangkaan power mata naik. Mata plak macam problem sikit mungkin sebab hari-hari pakai contact lens. Kena gi check katanya. Nantilah.

Agak Makcik Semah disitu ye...
(ok cermin aku berdebu..dah lap dah -_- )

1 kehendak sudah tertunai. Ada lagi 4

Tuesday, January 17, 2012

Siri Menjaga Kecantikan

Untung orang yang meniaga barang kecantikan pomot barang kat aku. Senang nau aku terpengaruh. Terbaru terpengaruh betul aku dengan keberkesanan VCO. Virgin Coconut Oil. Kau gugel je..keluar macam-macam cerita kebaikan VCO ni.

Aku pun apa lagi..mau cuba jugak. Lagi-lagi orang yang jualnya aku dah biasa sangat. Walopun sekadar di internet. Senang la keje kan. Tak payah pikir panjang2..susah-susah hati segala.

Maka lebih kurang pukul 11am, bungkusan pun sampai.
yeeehaaaaa...terus makan lepas lunch. 2bijik katanya. Aku pun telan la 2 bijik. Kecik je butir dia rupanya. Aku ingat gabak macam EPO. Telan tak rasa pape pun. Senang keje aku.

Dengan fefeeling retis, aku pun turut memborong SeDo Collagen. Ini adalah akibat pengaruh yang tinggi terhadap Hanis Zalikha. Tengok dia makan collagen, ai pun nak try. Tapi beliau tak makan yang spesis ni. Maklum sajala, umo dah berganjak senja ni, kesihatan dan kecantikan perlu dijaga
(cantik ke? Pasai tak cantik la kena jaga, takut esok2 jadi nenek kebayan terus *Pingsan*)

Semalam start minum benda alah ni. Risau gak aku. Takut tak sedap. Dah katanya buat daripada tulang ikan, kang aku minum ada bau ikan ke. Kang pejam mata aku nak telan. Rupa-rupanya sangkaan aku meleset. Sedap kau benda ni. Rasa macam minum susu tepung penuh krim Dutch Lady je.

Ai gemar taw benda-benda kecantikan yang tak menyeksakan diri ni.
:)

Monday, January 16, 2012

Sudah Genap 3 Tahun

Pejam celik pejam celik pejam celik (sib baik tak pejam terus) dah 3tahun aku keja kat KRAMMD atau nama penuhnya....adalah..

Setakat ni, inilah kompeni yang paling lama aku keje. 3tahun. Lepas grad, keje dengan Eqajati Construction setahun. Sempat la dapat bonus sekali guna buat ambik lesen kete. Kendian tukar keje dengan KLCC Urusharta 2tahun. Pindah pulak gi Ekowood setahun dan akhirnya berkelana di KRAMMD. 3 tahun sudah. Dah 7 tahun aku keje rupanya...
ish ish ish

Mula-mula masuk KRAMMD keje kat site ofis yang ofisnya di basement. Gelap. Gila takut masa 1st time pak gat syakir tu tunjuk jalan ke opis. Dalam hati aku pikir "mana bangla ni nak bawak aku ni..gelap je"
Masa tu projek baru mula. Site Staff ada 5 orang je kau. Malcom, Steven, Khairi, Aimi & Aku. Ok fine aku sorang je pompuan.

Lama-lama baru yang lenlain masuk. Tapi semua pun jantanz
Kendian masuk site clerk pompuan. Yeahh ada kawan. Tak lama pas tu budak tu resign masuk plak kawan dia. Yang ni aku lebih rapat berbanding yang dulu. Walaupun budak tu baru 18thn tapi buleh la masuk ngan dia. Sekarang budak tu pun dah resign g sambung study. Bagusla tu.

Staff silih beganti tinggal aku je yang masih setia di sini. Keadaan kerja, keadaan sekeliling, sikap bos dan gaji antara faktor aku masih bertahan disini. Walopun kadang-kadang rasa macam nak bunuh org, tapi 2,3 hari lepas tu aku ok balik. Kerja dengan normalnya.

Tak tau la selama mana. Setakat mana aku buleh bertahan, insyallah aku bertahan. Tak tahan kalu...haruslah aku berkelana ke tempat lain pulak kan.
http://www.emocutez.com
Rezeki di mana2 uols...

Friday, January 13, 2012

Senarai Kehendak Saya

wahhhhh tinggi betul hawa napsu aku haa....
Rasa nak beli itu nak beli ini. Tapi apakan daya aku bukan seorang datin atau anak jutawan. Aku hanyalah seorang rakyat marhaen yang berpendapatan sederhana.
Bersyukur sajalah... nak tak nak kena la menabung nak beli satu-satu.
Sedey!

Mula2 sekali aku nak yang ni
Akan cuba dapatkannya secepat mungkin. Skechers Shape-Up Shoes. Mau feeling Kim Kardashian gitu. Kasut ni hari tu aku tengok kat kedai cam kasut gaban pun ada. Buruk nau nampak. Tapi sekarang bekenan pulak. Nak beli la...


Seterusnya ini
Spek mata haku dah longgar. (muka mengurus mungkin muahahaha)
Jadi aku berhajat nak tukar spek baru. Selain longgar, aku rasa power mata aku dah bertambah. Pakai spek ngan tak pakai lebih kurang je. Kalo malam, menangis aku tengok signboard. Buto sangat kekdahnya. Jadi aku nak buat spek dengan frame macam ni. Kaler ini. Kalo buleh nak cari yang ni. Yang ni brand Guess. Kalo tak dapat yang ni, yang Cap Mataku pun buleh la..asal bentuknya macam ni. Penat uols tepek kontek lens hari2.


Lagi aku inginkan ini

Macam Makcik Salbiah sangat perangai...gemar rantai gelang segala. Tapi sebagai seorang wanita (wahhh!!!) tak banyak, sikit mesti teringin jugak barang-barang emas ni kan. Tapi tak payah la besar2.. aku nak kecik cam ni je.... dan rupa macam ni. Menarik uols... ai tertawan dengannya.


Seterusnya ini


Nak gantikan henpon yang sedia ada ni. Boring la pulak pakai yang ni dah setahun. Yang guna sekarang ni beli guna bonus tahun lepas. hehehehhehe. Bonus tahun ni (insyallah) aku tak sediakan bajet nak beli yang ni. Kasut Skechers dan spek mata baru lebih diberi keutamaan. Walopun dah beli Cik Santalia, namun yang ini pun aku nak jugak.


Dan akhir sekali (buat masa ni) ialah ini

Bukan tak sayangkan Mestica Surie..tapi ai nak yang baru. Tetiba terbekenan dengan yang ini... Walopun pada dasarnya aku bukanlah penggemar Myvi. Tapi Cik Surie baru masuk 4tahun dah nak cari lain..ish ish ish



Inilah antara senarai 'saya mau!saya mau!saya mau!' ku. Buat masa ni. Diulang buat masa ni.
Nak beli semua sekaligus tak mampu ai.. :( kena la beli satu-satu. Harus tabah menabung. Semoga iouls dapat kesemuanya secepat mungkin.
Membuak-buak sangat keinginan ni.

Kan bagus kalo pejam mata 2 saat, bukak mata je semua ada depan mata.
(pengaruh cite dongeng indon)


nota kaki yang berbaur kegumbiraan : aku baru dapat angpow dari bos busar... beliau bagi RM500 yeeehaaaaa suka suka suka
Syukur alhamdulillah...
semoga 2 adiknya bagi aku angpow jugak. Tapi kalo tak de..aku redho, bukannya aku yang raya pun...
hehhehehhee

Thursday, January 12, 2012

titik titik titik (edisi 2)



Namun ku percaya hati meyakini
semua akan indah pada akhirnya

Pada Akhirnya

Tuesday, January 10, 2012

Jangan Tayang Beg Dalam Kereta Walaupun Ia Cuma Berisi Sepotong Belacan

Ok itu peringatan untuk diri sendiri dan kepada sesapa yang baca. Sebelum ni pun orang selalu pesan macam tu, tapi kadang-kadang aku ingat...kadang-kadang aku lupa. Kadang-kadang aku buat mudah je sambil berkata "ala...beg belacan je kot sapa nak curi"

Contoh je la tu.. Tidak la penah aku bawak belacan dan tinggalkan dalam kete.
Tadi lebih kurang pukul 5.30pm macam tu, management ofis Jaya One call bagitau kereta bernombor BFX **** kena pecah. Oo em ji...oo em ji itu kereta Mei Mei. Disebabkan company ambik season pass untuk semua staff, maka derang ada rekod pemilik kenderan.

Dengan penuh rasa prihatin dan kepohnya, aku pun sibuk berlari ke parking bersama Mei Mei dan Won.

oh kasihan amoi itu...dah la nak raya tak lama lagi
(ai menyelami hati nurani kawan-kawan uols)

Cermin kete depan bahagian co-pilot berderai. Aku tengok ada beg gym dia atas seat depan. Jadi aku bajet penjenayah bozo, jahat, menyusahkan orang dan kecik-kecik taknak mati itu ingat laptop. Maka derang pecahkan cermin. Bila angkat ringan, derang letak balik.
(pandai tak aiouls speku? ala2 detektif conan kan?)
Bozo sangat kau penjenayah, kalo laptop takkan orang nak tunjuk terang-terang kat kau.

kualiti gambo kurang memuaskan maklumla..kamera henpon cap ayam bergabung pula dengan suasana agak suram di parking.

Aku pun kadang-kadang leka buat macam ni jugak. Letak beg gym kat seat. Sebab aku pikir beg gym je...ada baju je kot. Ooo lupa ada la towel dan beberapa pakaian yang boleh kau bomohkan. Tapi bila dah kena pecah mcm si Mei Mei ni..lecehnya lahai. Benda yang hilang takde, tapi 1 hal kena hantar repair, kuar duit pulak tu. Lagi kena drive balik Puchong dengan takde cermin dihari yang kelihatan nak hujan ni.
(betul-betul la kau menyusahkan orang, penjenayah - hambik kau aku letak nama samaran kau penjenayah)

Tapi penjenayah silap besar pegi pecahkan cermin kete Mei Mei sebabnya si amoi ni parking kete betul-betul bawah cctv. Sekarang management ofis tengah check, esok derang bagitau katanya.

Sebenarnya aku sendiri pun tak tengok lagi keadaan kereta aku sendiri. Harap-harap semuanya selamat Insyallah. Semalam aku simpan beg gym dalam bonet. Lepas ni memang kena simpan semua barang dalam bonet. Kalo benda berharga memang akan ku usung la kulu kilir. Kenapala ramai sangat orang jahat dalam dunia ni..kalo kau hidup baik-baik tak kacau orang tak buleh ke?

nasib kawan2 cik chiti



inilah nasib mereka apabila mereka masuk kedunia cik chiti. hambik semua aku gantung kartun segala. yang hitam ber butterfly tu ialah cover si santalia. semalam aku letak baju kaler pink, hari ni napak huduh pulak. jadi aku hiasa baru berkonsepkan kotak hantaran gitu hohoho

lagi 2 tel bimbit cap ayam yang turut diberi sentuhan eric leong. supriseeeeeee
^-^

siri kenyataan hidup :(


ok pestime taip blog menggunakan cik santalia.
hehehe

tengahari tadi lepas habih bermeeting dengan consultant, ai pun pegi Giant beli barang sikit. Biasalah tempat camtu tak sah kalo takde promoter pomot ntah apa2 menda. Dan sumpah aku benci gila bila tengah jalan tengok barang ada org tahan cerita itu ini. Lagi2 yang jenis ikut kita sampai hujung alam. apakah?

kalo angin aku bagus aku senyum kalo sebaliknya.....ehehehe
Hari ni angin aku baik. jadi ada promoter yang tahan aku senyum smbl geleng2 pala. Derang paham selalunya sampailah tiba di depan segerombolan budak2 promoter yang aku bajet umo paling kurang 18tahun.
"makcik,makcik ambik ni mug free ni makcik..free ni tak payah byr"
apakah? apakah?apakah? makcik???

menangis uols....menangis... ai umo 28 baru menjengah 29 tau...korang mungkin 18. beza 10thn mana buleh guna pangkat mak lagi...takkan aku nak beranak umo 10thn kot? mentang2 aku berbaju kurung bertudung litup segala , kau kata aku makcik ye... panggil la kakak. sedih ai taw camni
Disebabkan angin aku bagus hari ni maka aku berlalu mcm biasa je tapi ini spesis ikut ke hujung alam. tapi aku buat derk gak.

masuk dalam kete aku tengok je cermin smbl bermuhasabah dan sarawak dan brunie sekali. ok...aku dah tua harus terima kenyataan itu walopun xbest huhuhuhu


tapi rasa putus asa dengan segala usaha selama ni. beli itu ini pegi gym segala tapi mmmmmmm :(
jadi ptgnya terus xde motivasi nak p gym lalu aku blk shopping
hehehe

Monday, January 9, 2012

Kisah Cik Chiti dan Cik-Cik yang lain

Cik Cyentia berwajah baru. Bertahun dah tengok cover hitam putih dia tu..bosan uols... harus tukar wajah sempena tahun baru.

Wajah lama Cik Cyentia


Lepas cabut. Huduh nak mampoih. Kesan keterlanjuran masa lalu
(gatai tempek sticker sgt dulu)


Wajah baru Cik Cyentia. Feeling somel gitu.


Dan kenalkan kawan baru Cik Chiti... Cik SantaLia.
Yeeeaahhh buleh berblog dengan lebih jayanya dimana2 jua bila2 masa.
Cover dia hitam. Huduh uols...sakit mata ai tengok. Tak gemar tau hitam-hitam ni..lalu ai menggunakan lebihan kain yang ai guna buat sarung kusyen dulu dan jadikan baju baru Cik SantaLia.

Tadaaaaa Cik SantaLia dan baju pink ilebiu nya.

Cik SantaLia....Selamat datang ke dunia kami!

Friday, January 6, 2012

siti sawan in d house!!!

Sebaik saja aku bukak yahoo mail macam biasa tiba-tiba aku dapati senarai online contact tu ada nama aku sendiri. Apakah??

Aku pun check laptop - laptop off. semalam pun aku off ym tu
check henpon - dah bertahun henpon aku kena block. Lantak. malas aku nak bayar. Jadi haruslah tak bleh guna internet. Macamana ym nak on kat situ pulak.

Aku pun try chat dengan diri aku sendiri. Begini jadinya.



Muahahahhahaa kagum Mei Mei uolss... dia try buat tapi tak boleh.

Sekali sekala jadi orang sawan cakap dengan diri sendiri apa salahnya kan..

Wednesday, January 4, 2012

Mengimbau kenangan bersama si Cyentia

"Hai...selamat berkenalan..nama saya Cyentia" kata laptop aku dengan penuh bergaya.

Rasanya dah bertahun kot aku tak guna dia. Mungkin mencapai 2tahun. Hari ni aku guna kembali walopun sekarang orang ramai termasuk kanak-kanak sudah menggunakan Ipad,tab dan segala mak nenek lagi. (maklumla orang miskin..) Sedih mengenangkan kesah hidup benda alah ni.

Aku beli si Cyentia ni dengan harga RM1800 kat Lowyat hujung tahun 2008. Beli di zaman kegelapan, namun teringin nak bergaya hidup IT. Lalu aku pinjam duit Kacaq. Gila sedih sifat. Miskin pun gigih nak berbeli.
Tapi ai bayar balik uols...

Masuk keje dengan MMD, Ivan bagi aku laptop company sebab keje kat site takde komputer masa tu. Sejak tu aku dah jarang-jarang berdampingan dengan Cyentia. Sebab dah semua benda dalam laptop company, maka aku lebih senang berdampingan dengan laptop company. Bila ditukar keje kat ofis, lagilah aku jarang mengadap dia sebab kat ofis guna PC. Guna laptop sekali sekala dua kali dua kala je.

Tapi bila balik kampung aku masih usung si Cyentia. Tak best la nak bawak laptop company kulu kilir. Hinggalah pada 1 hari terjadi perkara hitam lagi bangang. Sebaik sampai KL dari kampung, aku letak beg berisi Cyentia ni di tepi tayar belakang kereta dan aku lupa nak ambik! Hambik kau harusla hilang kan. Tak kan orang sekeliling nak tengok saja. Dengan penuh kesedihan aku pun call mak call Kacaq dan sebarkan berita sedih kepada rakan-rakan yang lain. Sebagai seorang yang kepoh, segala berita harus disebarkan.
Maka mak pun bertemu dengan sorang makcik ni. Makcik ni tolong 'tengokkan'. Dia kata yang ambik tu orang dekat-dekat rumah je. Harus la makcik oi, ai tertinggal kat tempat parking umah je. Lalu dia pun bagi mak beras dan mak kena goreng tiap-tiap malam. Menurut beliau, apabila ia digoreng, orang yang ambik tu akan rasa panas lalu dia tak tahan dan pulangkan balik barang yang dia ambik tu. Syaratnya kita mesti bagi sesuatu dengan ikhlas kepada orang yang pulangkan tu.
(lepas goreng tu aku tak tau apa mak buat dengan beras tu..mungkin dia buat sagon -_- )

Dalam beg laptop tu selain berisi Cyentia, ia juga turut mengandungi buku pink Adam anak si Aja. (ala buku yang kena bawak setiap kali p check baby tu..tidak la aku tau orang panggil buku apa) Dalam kes ni, aku kurang pasti kenapakah wanita ini membawa pulang buku pink anaknya. Tapi syukur jugak ada buku pink tu sebab disitu ada no tel dia.

Dengan kuasa Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang lagi Mendengar lagi Mengerti, 2,3 hari kemudian sorang pompuan call Aja tanya ada hilang barang tak. Pompuan tu sorang nurse. Katanya dia jumpa beg hitam tepi kereta lalu tolong simpankan. (Ye la kakak nurse, aku terpaksa percaya walaupun kau 'simpan' lebih seminggu) Dan seperti syarat-syarat si Makcik, aku pun bagilah sesuatu dengan ikhlas. Tapi aku rasa aku tak ikhlas sangat kot sebab time tu aku xde duit. Ye keji sekali sifat itu ye.

Akhirnya Cyentia kembali ke pangkuan aku. Tapi kebahagian kami tak berkekalan. Satu hari Adam masuk bilik aku. Dia confius antara penimbang dengan laptop. Dengan penuh yakinnya dia naik pijak atas Cyentia sebab dia ingat itu penimbang.
(pakej pijak sekali dengan lompat-lompat)
>_<
Sebagai menjiwai watak Makndak penyayang, aku tak marah dia.
Terus jammed, stuck, out terus. Tak buleh on. Rosak terus otak dia. Maka tersadailah ia dibawah meja komputer abg sharin. Tak repair tak apa pun. Disebabkan aku ada laptop company maka aku abaikan je dia. Kejam...

Baru-baru ni Abg Sharin repair si Cyentia ni. Dan ianya berfungsi dan sempurna sekali. Dia pun guna dengan penuh yakinnya. Namun kebahagiaan mereka tak kekal lama jugak. Di satu petang yang permai, aku mintak tolong dia format laptop ofis aku yang lembab tahap langit ke tujuh. Tapi menurut beliau laptop tu dah tak blh diselamatkan lagi..bagi balik kat Ivan je. Dengan itu bermakna aku tak ada laptop lagi. Dah tu aku nak bawak apa p meeting? Lalu dengan penuh rasa ihsan dan belas kasihannya dia pun menyerahkan kembali Cyentia kepada aku. Hahaahhahahahhaha - gelak jahat disitu

Maka hari ini dengan penuh eksyennya aku umumkan, aku update blog dengan menggunakan Cyentia, si laptop gemilang.


hehehe

Sunday, January 1, 2012

2012,jangan kecewakan aku

Tarikh : 1/1/12
Waktu : 1.18pm
Aktiviti : Sedang makan bihun tomyam + air nescafe sambil update blog sementara tunggu siri Merlin siap di download sambil sekali sekala menjenguk ketibaan pengantin di parking bawah.

Semalam aku tido awal. Tak sempat nak tengok bunga api. hissshhh. Sedar-sedar dah 12.30am..itu pun sebab dapat mesej tahun baru.
Terima kasih apek dengan ucapan ringkas itu...hampun henpon ai kena block, lagi 1 kredit tarak tak buleh reply. Mamposla kena tahan telinga nanti.



Sedikit Doa : Semoga sedikit sinar cahaya muncul di tahun 2012. Dah penat bergelap di tahun 2011
Aminnn

Template by:

Free Blog Templates