Monday, July 30, 2012

Kecewa di pagi sabtu

ooo kali terakhir aku tulis blog ialah pada 1 hari sebelum puasa. Hari ni hari ke 10. Wah agak berabuk blog.

Hari sabtu dan ahad lepas adalah hari soping sedunia. Tapi punyalah ramai umat manusia dimana-mana jua lokasi pusat membeli belah. adehhhh..redho ajalah.Abeh?kau ingat kau sorang je nak raya??org lain pun nak raya jugak.. :D
Apa???sabtu keje? ye la..memang la sabtu aku keje, tapi syukurlah aku ada kawan-kawan yang memahami. Tolong cover gitu.
"tak pe..kita paham u puasa..takpela u xpayah dtg, kitarang bleh cover" kata mereka.
yeeehaaaaaaa tq pren. nanti raya cina aku keja sampai malam ye.

Pagi sabtu ari tu kan ke ada pembukaan Sukan Olimpik kan. Aku pun gigih la menonton sambil makan sahur. Sampai dah azan, kontinjen Malaysia tak keluar-keluar lagi. Mata ni dah berat semacam je. Tau-tau je hari cuti kan. nak membongkang balik la..apa lagi. Tapi disebabkan geng Malaysia tak keluar lagi, aku tahan dulu. Semata-mata nak tengok Pandelela Rinong bawak bendera. gituww...gigih.

Jam dah pukul 6 lebih kurang, tapi baru negara 'K'. Aku pun pikir sempat la ni aku ambik air semayang dulu...nanti lepas lalu je Kontinjen Malaysia, bleh terus semayang dan tidor. hehehhehe

Kuar je bilik air, pengacara sukan olimpik tu pun jerit "MALI..." . Pengacara RTM pulak - "ye mari kita berehat sebentar selepas menyaksikan kontinjen Malaysia blablabla..."

Aku = http://www.emocutez.com
Dalam hati = kalo la aku cepat seminit...

Penat je aku gigih bersengkang mata lepas sahur last-last terlepas jugak nak tengok kontinjen Malaysia. kecewa!

Tengok gambar je la....

Tapi kekecewaan terubat lepas pegi soping heh heh heh

Friday, July 20, 2012

Selamat Berpuasa

Esok dah start puasa. Bestnya..bestnyaaaa...Alhamdulillah sempat lagi aku jumpa Ramadan tahun ni (xtau la kalo tiba2 aku mati malam ni :D) Syawal tak tau la sempat ke tak.

Kejap je rasanya. macam baru je aku tulis entry Ramadan 2011...
Tahun ni macam biasa je..macam tahun2 lain. Sahur makan oat. Bukak posa tak menentu tempat. Ikut mana sempat je.

Harap2 aku boleh berposa dengan jayanya. Sebab 3,4 hari ni aku asyik fenin je. Ini mesti tekanan darah aku turun lagi. Haiii...warga tua memang gitu. macam-macam penyakit menyerang. Bergelombang je semua objek kat depan mata. Kepala pulak rasa pusin2..goyang gerudi gitu kepala aku. Badan lemah rasa nak muntah. Dari duduk nak bangun pening..dah bangun nak duduk pulak pening lagi. Dah macam ibu-ibu mengandung pulak -_-

Drive pun slow je skang..tak buleh laju2. Pening tengok jalan. Bosan betul. Aiols dah la berjiwa pelumba..sekarang kena bawak kete ala-ala bawak backhoe. huh.

kat gym pun tak bleh dok lama2 sebab aku pening. kang ada yang tergolek ketika sedang berbodycombat. Hah sapa nak jawab tu. konpem setahun aku tak g gym, malu.
heh heh heh

Dah malas nak mengarut lagi. Aku pun pening, korang pun pening.
Kepada sesapa yang baca, Selamat berpuasa. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan doa kita semua dimakbulkan.
Amin.

Tuesday, July 17, 2012

Yang dinamakan gelabah bewak...

VO punya pasal, sejak hari jumaat lepas, aku dapat tido beberapa jam je sehari. Hari ni masuk ofis mata sekali tengok macam panda ada, macam tenuk pun ada, macam burung kasawari pun ada.

Siapkan apa yang perlu dan submit. settle. yeeehaaaa aman seketika.
Bukak tenet, cite orang kena bunuh.
Bukak blog, cite orang kena rompak.
Bukak forum, mayat pompuan seluar terlondeh.
Mei Mei pulak cerita ada orang kena rompak lagi kat parking area. Kali ni kat One Utama.
Ya Allahhhh takutnya aku. Semoga Allah lindungi aku, keluarga aku, kawan2 aku dan semua orang.

12.30pm - dah mata berat semacam je. Nak balik rumah la. Keje 1/2 day la hari ni. Tak tahan sangat ni.
(feeling company bapak sendiri kannn)

Aku pun kuar. Jalan kat menuju ke kereta dengan mata melilau sana sini. Kepit beg kuat-kuat (Takut sangat rasanya... macam la ada 4juta dalam beg tu). Sampai kete dan2 rasa lega.

Teringat ada barang dapur xde, singgah Giant Batu Caves kejap la. Dah la nescafe yang tak de tu..kalo benda lain aku tolak ansur lagi, tapi nescafe tak de kalu harus ada yang rasa nak bakar 1 flat nanti.

Mungkin sebab lunch hour, parking Giant penuh. Jadi aku parking agak jauh dari pintu masuk.
Dah soping itu ini..bayar..round2 kejap..beli nasik, aku pun kuar nak balik. Dah la barang berat, dengan nescafe gold sebotol, vitagen anak-anak lagi itu lagi ini lagi, kete pulak jauh manahala. Sedang aku gigih jinjing barang jalan nak pegi kete, tiba-tiba aku perasan ada lelaki sorang belakang aku. dup dap dup dap

konon xnak bagi dia nampak, aku jalan celah2 kete, dia jalan ikut laluan aku jugak
dup dap dup dap
dan2 teringat macam-macam kes aku baca tadi
dup dap dup dap
dan2 teringat 2,3 hari lepas ada rompakan bersenjata kat Giant ni
dup dap dup dap
dan2 jugak teringat 2,3 tahun lepas ada pompuan mati kena tembak dengan perompak kat parking Giant ni. sumpah aku ingat kes tu sebabnya : 1 - Giant tu tempat kitarang beli barang dapur sebelum kewujudan Tesco Rawang. 2- arwah pompuan tu nama Shamiza (bih kurang nama Aja), kete yang perompak tu rampas pulak kancil plat KBD (masa tu Aja bawak Kancil plat KBG) Jadi mak aku kat kampung menggelabah. Telefon sana sini risau.

Lama nau aku teringat ni..pusing blakang. ada lagiii!!!! Kali ni dah xbleh pikir apa-apa lagi. Berdebar macam nak luruh jantung, hati, limpa,pankreas dan buah pinggang. Dah la muka dia macam samseng Kampung Dusun.

Apa lagi..aku pun..
kepukkk kepakk kepukkk kepakkkk
Berlari uols. Berlari bersungguh2 dengan kasut tumit tinggi 2 1/2 inci dan barang yang berat. Tak pikir apa dah....sampai kete terus gigil2 bukak pintu, masuk gear, undur dan jalan.

melalui cermin pandang belakang, aku nampak lelaki tu cekak pinggang kat tengah jalan, pandang je....pastu bukak pintu 1 kete wira dan masuk.

Ya rabbi...dia nak pegi ambik kete dia rupanya. Aku je yang perasan mcm orang tu konon2 nak culik/rompak/bunuh aku semua. ohhh malunya...semoga dia lupa no kete aku.
(rasa macam nak masuk kepala dalam plastik hitam je)
Menggelabah sangat aku ni kekdahnya...dah tahap biawak punya gelabah dah ni.
>_<

Dengan kaki tangan badan masih gigil2, aku drive balik ofis. Pastu aku terpikir "motip apakah aku drive blk opis???kan ke aku berhajat nak blk umah tadi?"

berderau darah bila bukak inbox fb tadi. Terkejut katak jadinya. sebab apa? sebab dapat msg dr orang tak diundang. tapi dah lama. hari ni baru aku tgk.

kepada yang berkenaan.. (aku tau kau baca!)
ko nak apa lagi ha? xpyh nak baca2 blog aku ni la. orang yang baca ni pun xde tau nya kau tu sapa. bknnya aku ada tepek gambo ko kat sini pun. bknnya aku sebut nama ko terang2 kat sini pun. xde sapa kenal ko. xpyh nak tgk2 fesbuk aku. xpyh nak baca2 blog aku. tak payah nak anta2 mesej segala. xpyh semua! xpyh! xpyh!
sila buat blog sendiri.

best la kan dapat gelak pusing2 kat aku. gelak la gelak byk2. yela ko menang. aku yg bengong. dah tu ko nak apa lagi? nak 1 dunia pulak gelakkan aku? baru puas hati?

Hidup ke aku mati ke aku itu bukan urusan ko. bkn hal ko. tak payah ko tau dan ambik tau.

Memang aku xkan lupakan ko. xkan lupakan apa2 pun. tapi ko xpyh sibuk2 nak tau apa yang aku rasa. xpyh nak ambik tau apa2 tentang aku. jaga je la bini ko tu baik2. aku benci kau. aku benci keturunan ko. aku harap keturunan aku xkan jumpa keturunan ko dimasa depan. di alam mana sekalipun aku akan tetap benci ko.

Titik.

Thursday, July 12, 2012

ubat henti nangis

Lokasi : Rumah
Jam : 8pm +-

Anis : huwaaaaaaa huuuwaaaaaa (melalak)
aku : kenapa adik?
Anis : Abam buat huuuwaaaaaaa (masih melalak)
Aku : dah dah diam..jangan menangis. nah bebe
Anis : huwaaaaa (campak bebe dan sambung meraung sepenuh perasaan)
Aku : dah2 nah angry bird
Anis : huwaaaaaa (campak angry bird)
Aku : ok...ok..nah hello tengok ABC ok (bg henpon aku)
Anis : xnak! (tendang henpon aku)
Aku : haaaa nah ni...syantik. (sambil hulur bedak compact & blusher)
Anis : hehehe (benti menangis, lap airmata, sengeh dan mengadap cermin)
Aku : http://www.emocutez.com


Wednesday, July 11, 2012

saya rasa stress dengan orang di keliling saya
saya rasa stress dengan orang di alam nyata dan di alam tidak nyata
pandang kiri pandang kanan pandang depan pandang belakang pandang atas pandang bawah segala-galanya menyetresskan saya.
mendengar, membaca, melihat semuanya pun buat saya rasa stress
rasa nak lari jauh-jauh dari semua orang dari semua benda
(tp xbleh lari jauh sgt tkt xsempat blk raya -_- )

Kepala saya sakit. Lidah saya sakit. Mulut saya sakit. rasa nak ganti baru semua.
Terpaksa pulak mendengar/melihat/membaca benda menjengkelkan saban hari buat ianya lebih sakit.
Tapi itulah kehidupan. Bukan yang indah-indah saja yang kita akan lalui. Ada ketikanya kita kena berhadapan dengan situasi dan manusia jelek dan jengkel. Yang buat otak tak boleh berfikir dan hati rasa nak jerit kuat-kuat.
*tapi jangan risau, saya takkan mengamuk bawak pedang. percayalah*

Wednesday, July 4, 2012

titik titik titik (edisi 6)

Template by:

Free Blog Templates