Wednesday, October 24, 2012

Salam Aidil Adha

//semoga aku, mak & abah aku berada di sini jugak satu hari nanti. Harap sangat. Amin.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha @ Raya Haji @ Raya Korban
Kawan aku tanya apa beza raya aidil adha, raya haji & raya korban. Semuanya sama je moi...kekekkeke penin beliau...
Kampung kami tumbangkan 14 ekor lembu. Tak dapat bayangkan tangan tok imam lenguh menyembelih. Tak pe la tok..setahun sekali ye dakk...

Kepada yang memandu pulang ke kampung halaman, mohon berhati-hati dijalan raya. Kalo mengantuk sila tido, kalo tido sila berhati-hati jugak, penyamun penyangak banyak sungguh sekarang ni. Kalau aku ada kuasa sakti aku sumpah derang jadi tenuk.Jadi unta la bagus..blh buat korban unta. (aku tak penah makan unta...) Aku pun memandu pulang ke Merbok yu ols...semoga aku selamat sampai dan selamat kembali ke KL dengan jayanya nanti. Amin.
*sila senyum semua*
:)))

Mereka-mereka yang kesepian... :D

Akibat dilanda masalah keboringan ditahap yang melampau, lalu aku mengambil keputusan untuk mengonline yahoo chat. Oh sungguh memori yahamat. Dah bertahun kot tak chat mengechat ni. Sampai aku pun lupa camana nak masuk situ. Godek sana sini akhirnya berjaya masuk. Tapi aku online guna email lain le kan..takkan nak online guna email rasmi. ceh abihla...
Sapa yang aku jumpa? suami-suami yang kesepian..kehkehkehkeh kesiannn.. (kesian la sangat-montah!)
bininya kat Perth katanya... iyolah tu..kalo kau cakap bini kau kat Uganda pun aku cayakan je.. kihkihkh



ni lokel sikit..bini kat Kedah je...
dia kat Jakarta laaahh!! lenkali cakap la kat Amerika selatan ke..jauh sikit -_-
namanya Hafiz tapi perangainya Hampeh..penat je mak kau letak nama Hafiz

cari teman for fun katanya... Allah kasik anak bini pun tak cukup fun..esok-esok Dia ambik kesemuanya baru nak nangih leleh leleh
 Penat gelak kuk kik kuk kik sorang-sorang depan laptop, mengantuk pulak..kalo tak aku nak interbiu lagi derang ni. Esok-esok ingat nak jadi lelaki pulak, nak interbiu para gegel pulak. kot-kot ada terjumpa bini orang yang lakinya kat Jakarta ke..
//marilah kita berdoa supaya laki kita tak sebegini 
(kita?????)

Thursday, October 18, 2012

Titik Titik Titik (Edisi 9)

http://www.emocutez.com

Saturday, October 13, 2012

Masa Kecik-Kecik...

Teringin nak pakai kasut tumit tinggi = Jalan jinjat jinjat kulu kilir sambil buat bunyi 'tok..tak..tok..tak..' ala-ala orang pakai heels

Teringin nak pandu kereta = Duduk atas mesin jahit bahagian bawah (tempat pijak tu) sambil pusing-pusing benda bulat yang macam stereng tu. ala-ala memandu kereta gitu

Teringin nak pakai lipstik = taram lipstik mak..kalo mak simpan dalam laci, guna asam boi kalerkan bibir kasik merah (gilo!

Teringin nak pakai mekap = kalo berjaya taram lipstik mak, guna je tu buat eye shadow & blusher. Kalo tak, asah pensel warna,kat mata tu asah bagi jadi serbuk, tenyeh2 dan tepek kat mata
*pengsan*

Teringin berambut panjang = guna bahagian kain baju kurung, cari yang ada getah lebih senang..sarung kat kepala..haaa jadila rambut panjang.

Teringin kuku kilat-kilat = masa makan cucur goreng-goreng tu, minyak-minyak kat tangan tu jangan basuh, sapu kat kuku..cantik oooo :p

Teringin nak pakai cermin mata = paw cermin mata abah atau pun buat cermin mata guna lidi & daun kelapa
kretip sangat -_-
//dah tua sekarang, hambik kau kena pakai spek betul, tak pakai,buta la jawabnya.

 
lahai...rindu la pulak zaman kanak-kanak aku..kalo lah ada mesin masa....
>_< 
http://www.emocutez.com

Thursday, October 11, 2012

Kisah RM10

Kisahnya semalam MeiMei pegi pasaraya bawah ofis ni. Beli barang sikit. Lebih kurang setengah jam dia masuk ofis balik.

"siti" dia tegur aku sambil kelam kabut buka beg duit dia

"nape?"

"u pernah tengok duit macam ni tak.. i mean u kenal tak duit ni?" sambil tunjuk sekeping not RM10 macam ni......
"RM10. kenapa? tapi dah lama tak tengok duit ni..ini lama punya version ni" Aku jawab dengan penuh yakin.

"u tau budak cashier tu kata pada i - kak, ada duit lain tak? tak tau la duit ni laku ke tak..saya tak pernah tengok duit macam ni..ingatkan bukan duit Malaysia tadi"

Aku - "apakah???"

"nasib baik u kenal, tak de la nampak macam i tua sangat" kata MeiMei sambil tersengih

"tua sangat ke kita??"

-kami berpandangan sesama sendiri-
>_<

Wednesday, October 10, 2012

Titik Titik Titik (edisi 8)

























Tuesday, October 9, 2012

Hormat Menghormati Sesama Jemaah itu Amalan Yang Mulia. serius mulia.

Rasa nak marah je. tapi tak tau nak marah kat sapa. puncanya tadi tengah aku besembahyang zohor kat surau Jaya 1 yang kat ujung kampung tu, tiba-tiba masuk sekumpulan wanita (harusla wanita, dah nama pun surau wanita) berborak macam kat pasar malam. Ayyyyooo abih lari kekusyukan aku. Ntah ke mana-mana dah bacaan. Kalo aku ni warak tahap tertinggi tak pe jugak. Ni aku punnn.... >_<

Aku baca kuat-kuat untuk maintainkan tahap kusyuk yang tadi namun hampa. segala-galanya tenggelam dalam suara derang. 
Gelak pulak macam pontianak masing-masing. Ya ampun. 

Tak paham aku. nape sesetengah orang macam pentingkan diri sangat. Apa salahnya respect orang lain sikit. Tak banyak. sikit je. Banyak tempat lain boleh borak..tak payah la kat surau pun nak cerita segala benda luar dalam kain baju segala. kisah anak dia. cite apa dia masak semalam. apa dia buat semalam. apakah?? Mungkin dia tak kisah orang bising-bising time dia semayang..tapi ada orang tak boleh. (aku le tu). Bukan semua orang 'warak' macam dia -_-

Ada jugak sesetengah orang, kat dalam surau tu la kau nak buat call lepas tu cakap kuat-kuat. Kalo surau sebesar alam tak pe jugak. Ini surau cenonet...bergema-gema suara.
Tolongla hai manusia...bukan kau sorang saja hidup kat atas muka bumi ni...timbang rasa la jugak dengan orang lain >_<

Sudahnya aku keluar surau dengan rasa yang bercampur tolak bahagi tambah. Rasa macam ntah pape je semayang aku..ntah pape je yang aku baca..ntah pape je dalam hati aku. Pendek kata ntah pape ntah yang aku buat tadi.
*pengsan*

Monday, October 8, 2012

Siri Gian Nak Mandi Laut - Edisi Gambar Sahaja

Lokasi - Pengkalan Balak, Melaka 

Sengeh didalam kereta. maklumla penumpang...dapatla bersengeh sengehan
Langkah pertama - bermesra dengan air
 Langkah kedua bila dah rasa-rasa serasi dengan laut
Langkah seterusnya bila dah mesra gila dengan laut



Main pasir sepuas hati
Kaki dompok berbasah basahan
sesekali jumpa laut..jakunlah mereka
run..run...run for your life
Mek Anis lari bersungguh-sungguh bagaikan dikejar mak lampir
Saya ada pelampung...tapi saya tak berani masuk dalam air

dinner...set asam pedas melaka (memang pedas)
celik celik mata terus turun laut. dah macam nelayan pulak. gambar diambil pada pukul 6.55am

Friday, October 5, 2012

'Bergurau Senda' dengan Merc Hitam

Sejak menggunakan Sarajane, aku dah tak gaduh dengan orang kat jalan raya lagi...bawak pun sopan santun je..(haaa tak caya kan....) orang cucuk aku ketepi tanpa ada perkataan kurang enak..orang slow, aku potong je kiri diam-diam. Ntahla malas nak stress2.Aura kete baru gamaknya.Tengok orang asik post status kat fesbuk tentang 'ketereran' mereka di jalan raya, aku senyum je.yela..depa pandai bawak kete lah!
muahahaha..aku dulu pun asik nak begaduh dengan orang je..sampai dengan lori treler & bas metro pun aku belumba sampai driver bas tu angkat jari amaran kakakakkaka hada haku kesah. Tapi pikir balik, gila bahaya, kalo dia nekad langgar aku memang konpem dok bawah bas la aku.

Sekarang tak lagi...tenang je bawak kete.

Tapi malang tetap menimpa. >_<
Petang semalam masa balik keje, aku pun bawak kete tenang macam biasa. Dari PJ kalo kita lalu Abu Bakar segala, kita akan jumpa satu susur untuk ke jalan Mont Kiara-Hartamas. Kalo terus kita sampai Pusat Bandar Damansara. Susur tu kecik je. Kete sebaris je lalu. Tiba-tiba ada Merc hitam belakang aku dok bagi lampu tinggi. Zap zap. Nak memotong la tu. Masalahnya celah mana aku nak ketepi nak bagi dia memotong? Kalo aku ketepi, sama ada aku langgar divider besi atau masuk longkang. Jadi dia terus zap zap zap sampai hujung susur. 
Dah sampai hujung susur, aku pun ketepi nak bagi jalan dia memotong. (yela..ai sedar ai bawak maibi je, uols bawak Merc) Aku ingat dia nak zasss potong sambil jeling-jeling kambing je. Rupa-rupanya dia himpit aku dan blok kete aku ala-ala drama dalam TV. Sampai aku kena break mengejut. Sama-sama berhenti. Aku check kunci pintu. Aku tunggu je dia turun. Tangan dah siap pegang hp..dah siap tekan 999 tunggu nak tekan call je. Tunggu punya tunggu dia tak turun ke apa ke.Last-last aku hon panjang panjanggggggggg bukak tingkap dan jerit tolonggggggg!!!!!! (aiols kadang-kadang memang muka xmalu sikit) Ada orang motor 2,3 bijik slow nak benti tapi Merc tu terus jalan.

Tapi tak habih kat situ je, dia jalan tapi dia slow, bila aku nak potong, dia himpit, bila aku ikut blakang dia break2 mengejut. apakah??kau sakit otak ke?
Aku angkat telefon nak ambik gambar (tapi sebenarnya tak,sebab kamera henpon aku gila lembab tahap tertinggi-alasan nak tukar henpon baru). Dia pecut ke depan tapi sampai didepan dia slow balik. tunggu aku la tu. nak bekenalan cakap je la terus terang -_-

Dah la xkose aku nak layan semua ni. Aku ni dahla demam, perut sebu, nak muntah, badan sakit segala..jumpa pulak dengan orang gila. Apakah aku tak kacau orang tapi orang nak kacau aku? aku pun bagi signal masuk Hartamas. Kat depan True Fitness tu. Lantaklah..asalkan terpisah dari kereta orang sakit jiwa. Merc tu berada di lorong ke Jalan Kuching tiba-tiba zass masuk ke susur Hartamas pulak. Dah tengok camtu, aku kuar balik ke Jalan Kuching. Dia dah xboleh keluar semula sebab kat depan tu ada divider. 

Allah tolong aku. Alhamdulillah. Syukurlah aku terpisah jugak dengan dia. Kalo tak agaknya sampai ke Rawang dia buli aku. Agaknya dia rancang nak bunuh aku terus kot hanya sebab xdapat potong tadi. Kenapalah orang macam ni wujud kat dunia ni? 

Sudahnya aku memandu pulang dengan perasaan kurang tenang. Takut pun ada gak, plat kete aku dah la senang nak ingat. Kang ada yang masuk muka depan Metro kang. Aku terfikir nape aku yang kena? aku tak kacau orang pun. P la cabar orang yang 'terer2' bawak kete tu. Balasan dosa-dosa lampau gaknya hehehehe

Jadi ingatlah semua orang, janganlah suka cabar mencabar dijalan raya, kang tersalah cabar, terkena ketua gangster padah jawabnya. Aku yang tak mencabar sapa-sapa ni pun kena. Sampai sekarang aku risau nak drive, apakah ini yang dinamakan trauma?

//kalo tengok dari kesamsengannya,ntah-ntah mamat ni yang DJ best 104 tu reject sampai nak berbunuhan segala tu...kakakakaka

Thursday, October 4, 2012

kesian derang


Selalu aku rasa hidup aku ni teruk tau. Rasa ada masalah je manjang. Tapi sejak aku menge add sorang Hamba Allah ni kat Facebook, aku dapati ada lagi rupanya orang yang bermasalah dari aku.
Aku ni takde twitter, aku Cuma ada facebook
(blum menerima syafaat untuk register twitter buat masa ni)
Dulu hari-harilah aku update status. Tapi sekarang sejak meningkat dewasa ni (baca sebagai tua) aku dah jarang letak status dah. Segan pulak rasa.
-_-
Si Hamba Allah ni satu hari tak tau la berapa kali dia update status. Setiap setengah jam mungkin. Dalam setiap status mesti nak ada perkataan maki hamun yang tidak wajar kiranya dikormesialkan.
Hahahaha
Kalau sekali sekala ok la, paham la semua orang ada waktu gembira, waktu marah,waktu sedih,waktu down. Tapi kalo sepanjang masa nak marah je? Mencarut maki hamun sepanjang hari… Mcmana tu….
>_<
Kesian derang. (tesyian bak kata anis) Terpikir gak aku, tak ada waktu gembira riang ria ke derang ni. Teruk sangat ke hidup derang asik berdepan dengan orang yang tak menyenangkan hati derang je...
Takde kawan nak mengadu rasa mungkin. Syukurlah, walaupun aku tak ramai kawan,tapi aku masih ada tempat mengadu, bergosip dan berbincang. Betul la orang kata kualiti lebih penting dari kuantiti. Hehe
Mungkin jugak sebab derang ni budak-budak lagi kot. Tapi perasan diri sudah cukup matang lalu merendah-rendahkan orang lain. Mungkin jugak sebab derang rasa derang kerja dalam bidang professional. (yela..orang lain keje tea lady je kot hehehhe)
Dalam kes yang lain (sila baca ala-ala pengacara 999)
Ada juga anak-anak dara (belum kawin kan..ai assume anak dara la hehehhe) suka nor mencarut kat laman sosial malah di tempat awam juga. Mencarut perkataan yang berunsurkan 18sx. Ai pulak yang malu kadang-kadang. Motip malu???? Mungkin sebab ai orang kampong yang tak urban gitu. Malu tau sebut ‘ benda-benda’ sendiri di khalayak ramai.
Terpikir lagi, budak-budak ni tak rasa malu ke…makcik ni malu benar rasanya dengar… mohon sangat anak-anak aku nanti, anak-anak buah aku nanti tak berperangai mcm tu.
Mak tumpang malu nakkkk.

Wednesday, October 3, 2012

Layan Budak-Budak Bertuah Buat Puzzle

Disebabkan ibu derang balik lambat, maka aku kena jaga budak-budak ni buat sementara waktu. Kena cari sesuatu supaya derang tak buat hal. Kalo tak pengsan aku. Dapat 1 akal.
aku : Adam, adik meh kita main puzzle
Adam : puzzle??yeahhh jom main puzzle
Adik : pajel?? nak main pajel nak main pajel

Ayat tak menahan lepas pasang kepingan pertama.
Adam : yeahhh adam pandai. senang kan makndak??
Aku : senang...buat lagi
Adik : Adik pun pandai
 
Dapat pasang kepingan kedua.
Adam : yeaahhhhh kita pandaiii. 
Adik : kita semua pandai kann makndak.
Aku : betol..kita semua pandai

Dapat pasang kepingan ketiga/keempat/kelima
Adam : yeahhhhhhh
Adik : yeahhhh
Aku : *malas nak layan lagi*

Berikutnya dah xreti...
muka mintak simpati..dah xreti buat
last-last aku yang buat. Derang tengok je sambil tepuk tangan.
Hasilnya...

Ambik gambo muncung-muncung mulut pengaruh retis korea. feeling derang yang buat puzzle. Si anak gadis tu nangis cakap badan gatal, taknak pakai baju nak pakai pempes je.. aku pun layan je la..dari melalak maghrib-maghrib ni.

Template by:

Free Blog Templates