Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka kedekut
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api…
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
3 comments:
salam siti..artikel yang awak kongsikan ni sangat baik dan ada kebenaranannya..di zaman ni, memang ramai orang yang suka bersangka-sangka..lebih2 lagi orang yang kita gelar sahabat..bukan senang nak cari sahabat yang baik pada ketika ini..apapon, saya dh jadik follower blog awak, nanti sudi-sudikanlah menjenguk blog saya yer.. :)
wsalam..oo puan hanie..saya baru jenguk hehehehe sudah pollow pun. terima kasih. peringatan ini lebih utk diri sendiri sebenarnya hehehehhehe
Gud sharing cik tp ku sayam.. i loikee
Post a Comment