Saturday, December 31, 2011

2011 yang pahit,payau,masam dan kelat

Hari terakhir 2011.
(narik napas lepas.Tarik napas lepas)

Kejapnya. Macam baru je sambut tahun baru 2011.
Angpow Raya Cina tahun 2011 pun aku simpan lagi.
(Harap2 dapat angpow yang banyak tahun 2012 nanti. Buleh aku simpan sampai 2013 pulak)

Aku cuba cari apa yang bestnya tahun ni. Tapi setakat ni tak nampak apa pun. Yang ada cuma yang hitam,gelap,pahit,payau blablabla
Mungkin peratusan perkara buruk lebih tinggi dari perkara baik, maka perkara baik itu tenggelam begitu saja.

Jadi dengan penuh losernya dimaklumkan aku tak de azam tahun depan. Lantak la. nak jadi apa pun jadi la. Aku cuma akan hidup seperti biasa, berdoa seperti biasa dan mengikut takdir sahaja tanpa ada sebarang harapan lagi.
(kejikan sifat itu. hah lantakkan saja)

Babai 2011. Pegila kamu dengan semua kegelapan kamu tu.
Selamat datang 2012. Selamat datang jugak angka 29.
Yee aku sudah tua. Harus lebih bertabah dan berhati lebih tebal untuk menepis segala henaan, tohmahan dan soalan bentuk soalan maut.
Semoga aku berjaya menghadapinya.




0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates