Sunday, April 29, 2012

Senarai Harapan Ketiga Si Orang Miskin Ini...

Sengeh dulu. Eheehhehehehheh
Setelah menyempurnakan senarai kehendak pertama dan kedua, maka tibalah detik dan ketikanya untuk kita menunaikan impian ketiga pula. Yeahhh dah buleh remove dah gambo kat tepi tu.

Hoh ini dia....kasut Sketchers Shape-ups Liv kaler pink. Yeeehaaaaa akhirnya dapat beli jugak setelah berbagai halangan dan cabaran ditempuhi dibulan-bulan sebelum ni. Maklum lah orang miskin, beginilah gayanya. Kena beli/bayar apa yang penting dulu. Bulan ni ada rezeki sikit, buleh la beli...hehehehe

Tadi lepas je aku hantar Nur balik kolej, sempatlah aku pusing ke Sunway Piramid kejap. Hajat dihati nak pegi Empire Gallery, tapi ntah apa yang kepala otak aku ni pikir, tiba-tiba aku sampai ke Subang Parade. Apakah??aku tak nak g Subang Parade...lalu aku meneruskan perjalanan ke Sunway Piramid je la. Situ pun ada Sketchers.

Angkat letak angkat letak last-last aku ambik yang ini....
Pandangan tepi....ini gambo google je tapi sama jeee...

Sebelum ni dok pikir nak ambik yang ini sebab tengok Kim Kardashian pakai macam cun je...
Tapi bila dikedai rasa berkenan yang lain pulak sebab aku tengok paten yang aku beli tu sesuai dibawak jalan jugak selain untuk senaman. Kira 2,3,4 dalam 1. Sesuai dengan rakyat marhaen sepertiku. Kang pegi site pun aku taram yang itu jugak.

Masa nak bayar tu hambik kau merah-merah muka aku sebab gumbira nau dapat beli. Sampai budak kedai tu tanya "panas ke kak? merah muka.." aku sengih je la..sambil jawab eh tak dela..
takkan aku nak jawab " ehh tak de la dik..akak gumbira sangat ni.."
-_-

Balik rumah cepat-cepat try.Tapi awat cam ketat sikit je ni...tadi ok je aiols try berlari-lari kat kedai tu. Dia kasik tali putih dan pink...sebagai peminat pink tegar, haruslah aku guna tali pink. Tali putih time angin suci morni je pakai.


Ini lah hasilnya bila berada di kaki aku. Hoh! pakai kain batik dengan kasut sepot..kau ado??
(sila abaikan cara ikatan sebab perasaan teruja yang teramat menghalang saya dari buat kerja elok-elok)

Dalam hati sekarang..ish tak sabaqnya nak p senaman esok....keciwi sangat ni meheheheheheh

ucapan diangin lalu yang ada kena mengena sikit dengan tajuk diatas : Alhamdulillah. Terima kasih bos...takut pulak aku tengok.

Friday, April 27, 2012

Fatwa dari Pakcik Kuno yang Hipokrit!

Makcik Kepoh ialah kerani ofis
Pakcik Kuno ialah drebar bos

makcik kepoh : mana bos?

pakcik kuno : pegi fitness (gym la tu...dia sebut fitness)

Makcik Kepoh : kenapa u tak ikut?

Pakcik Kuno : hah? saya mau ikut pegi fitness?? dalam tu semua setan-setan tu... orang melayu pergi situ semua saja tempah tiket pergi neraka

Makcik Kepoh : yeke? memang semua setan pergi situ...
(ketawa sambil jeling aku sebab dia tau aku selalu ke situ jugak)

Pakcik Kuno : ye la..yang pompuan pakai seksi-seksi..yang lelaki tengok pompuan seksi tak senang duduk.. dosa mata..dosa hati..saja tempah tiket ke neraka. haram tu.

aku : cakap macam bagus...bulan posa beli nasik kedai cina makan kat pantry. hari jumaat sembunyi dalam stor

Pakcik Kuno terus bangun dan keluar dari ofis.

Aku panas secara tiba-tiba walopun aku tak pakai seksi kat gym. Apa ke XXXXX sangat orang tua berdua ni...aku bajet mungkin derang tak tau apa orang buat kat dalam gym. Mungkin dia ingat ada tiger show kat dalam tu. Lepas tu main lepas cakap macam konpem kau ahli sorgawi kelas pertama. Buat fatwa sendiri. Kalau kau warak gila tak pe jugak. Ini sepanjang 3 tahun aku keje kat sini, tiap-tiap hari jumaat tengahari kau tido dalam stor. Pastu bulan posa kau beli nasik bawak makan kat ofis tanpa sebarang perasaan malu dan bersalah. Nak cakap ada penyakit la tu... bulan lain elok pulak kau sihat walafiat.

Kau tak payah pegi gym pun tengok gambar lucah jugak. Gigih search tenet cari gambar pompuan vogel. Dan2 terer guna komputer. Pastu save kat komputer company, aku delete buat muka. Mungkin itu bagi dia tak masuk neraka la sebab buat kat ofis. Kalo buat kat gym baru masuk neraka. http://www.emocutez.com
Lagi satu, kau je kot pakcik tengok pompuan pakai seluar senaman je dah tak senang duduk. orang lain aku tengok cool je.


Motip aku meroyan disini : sebab Pakcik Kuno dah keluar sebelum sempat aku meroyan kat dia hehehehe

Thursday, April 26, 2012

10 jenis pekerja

kopi pes dari email sajork...


1. Taichi
Asyik passing kerja kepada orang lain. Konsepnya menepis segala kerja yang datang kepada orang lain. Asal ada unsur-unsur sales, terus forwardkan email ke ketua Sales and Marketing, ada cerita pasal pekerja je… terus passing memo tu kepada HR department…etc.
(kalo kat opis ni aku tau sapa lalallalalalla)

2. Boxing
Single tasking (ada ke phrase ni?). Mana pernah peninju berlawan pakai kaki, siku, lutut, kepala. Mereka cuma reti genggam tangan dan tumbuk lawan. Pekerja-pekerja sebegini selalunya akan jadi kucing hilang anak bila dapat bebanan kerja lebih sikit. Kalau minta tolong print document sambil jawap telefon pun dia akan melatah.

3. Silat Pulut
Before start any works, dia punya bunga-bunga punyalah lama. Macam-macam gaya , macam-macam persediaan. Nampak cantik tapi buahnya takde. Kalau nak showcase boleh lah.

4. Samurai dan Cowboy
Apa persamaan samurai dan cowboy? Kedua-duanya pandai main senjata… actually both terlalu bergantung kepada senjata. Golongan pekerja sebeginilah yang akan mati kutu kalau equipment rosak atau internet line down. Mereka terlalu mengharapkan machine to do their works.

5. Kungfu Bruce Lee
Hampir sama seperti silat pulut, cuma kalau kita familiar dengan filem-filem Bruce Lee, before and after dia menyerang lawan mulut dia tak reti duduk diam. Wataaa…! Wachaaaa….! Dan macam-macam bunyi lagi. Ramai juga pekerja yang macam ni, sebelum start satu-satu projek dia punya sembang melangit… dah siap project pun dia still let everybody knows dia punya contribution.

6. Ninja
Betul-betul berlawanan dengan Kungfu Bruce Lee, pekerja-pekerja bersifat ninja ni low profile. Kadang-kadang tu terlalu low profile sehingga kita nak cari dia pun susah. 9 pagi still breakfast, datang kejap lepas tu… then …Zasss.. ilang pergi lunch. Datang semula office, pastu dah menyelinap pergi minum petang… arrange meeting kat luar, terus balik rumah. Senang cerita, kaki ngular.

7. Rambo
Berlagak hero. Semua benda dia nak buat. Kononnya dunia ni berputar disekeliling dia sahaja. Kalau berjaya takpe juga, kadang-kadang tu berlagak hero… tapi bila last minutes, kelam kabut minta pertolongan kawan-kawan.

8. Kungfu Jackie Chan
Setiap filem Jackie Chan akan ada satu persamaan. Tak kira macam-mana jalan cerita, di mana kejadian tu, siapa pelakonnya… scene gaduh mesti tak serious. Mesti banyak adegan-adegan lucu yang diselitkan. Ramai juga pekerja yang bersifat sebegini. Kononnya taknak tension, so semua pekerjaan tak ambil serious.

9. Street Fighter
Ini pekerja yang tidak tahu ikut procedure. Maybe kerja akan beres, semua setel, tapi bila suruh prepare handover document contohnya, dia akan pening kepala. Suruh submit borang claim, hantar progress report, follow SOP, ikut method statement…etc, semuanya dia tak suka buat. Dia nak buat kerja mengikut cara dia sahaja.

10. WWE Wrestling
Bukan wrestling yang dipertandingkan di Sukan Olimpik tapi referring to wrestling yang diletakkan di bawah Entertaiment TV Guide, bukan kategori Sport. Pekerja yang ada sifat WWE Wrestling ni kita tengok mereka memang rajin kerja. Datang awal, balik tengah malam, kerja bertimbun atas meja, nampak macam busy gila. Tapi… as we all know, semuanya lakonan semata-mata.

aku yakin aku spesis no 4. Bila tak de tenet je, dan2 rasa macam nak ambik EL balik rumah.
http://www.emocutez.com

Tuesday, April 24, 2012

Mati Itu Pasti

Susulan dari kematian bapa Mei Mei, maka hari ni aku pun mengekor Won dengan Soo pergi melawat sambil membawa pak kau. Ambik kau aku taram ejaan tu, duit derma tu derang dok sebut pak kau..pak kau..aku pun sebut la pak kau - contoh ayat yang aku gunakan "pak kau kita ada RMxxx , orang site punya tak tau la". Derang buat muka paham je...betul la gamaknya.

Semalam derang dah plan nak pegi hari ni, jadi aku terpaksa ubah rancangan pemakaian di hari selasa. Aku ni dah ada susunan baju yang nak dipakai dari isnin - sabtu termasuk baju senaman. Sepatutnya hari ni aku nak pakai bj pink, tapi ish apa ke pelik nak pakai baju pink ceria p tengok orang mati. Aku pun taram je la baju hitam campur coklat. Tidaklah aku tau adat derang, mungkin ada kaler-kaler yang derang pantang.

ok..1st time aku g ziarah orang cina meninggal dunia. Sebelum ni aku tengok dari jalan je. Masa kitarang sampai, sunyi je tak de orang. Mei Mei pun tak de. Pegi tokong. Takde rezeki kami nak jumpa dia. Kakak ipar dia, mak dia & mak sedara dia je layan. Mungkin malam atau lepas kerja orang ramai. Nasib baik jugak xde orang..kalo tak sumpah aku malu-malu.
(merenyam nau nak malu-malu kat rumah orang mati)

Keadaan rumah masa kami sampai

Soo tengah berdoa. Ai tengok je... tengok lilin, tengok kad, tengok bunga, tengok Ryan (anak buah Mei Mei). Abih aku tak tau nak buat apa..

Masa on d way balik, aku teringat suara Mei Mei yang tersangkut-sangkut masa aku call dia cakap aku kat rumah dia. Tak buleh nak bayangkan turn aku nanti. Turn aku kehilangan orang tersayang. Tak nak pikir..tak nak pikir...tapi kenyataannya nak ke tak nak ke, itulah yang aku terpaksa hadapi suatu hari nanti sebab mati itu pasti.

Monday, April 23, 2012

Berita Sedih di Pagi Isnin

Pagi ni aku aman-aman saja memandu di Jalan Kuching. Tapi tiba-tiba sorang pak aji memandu proton saga lama membuat onar dijalan raya hingga memaksa aku menge race dengan beliau....kuang ajo pak aji ni, aku ikut belakang dia, bawak slow nak mampos, 40km/j cam gitu... bila aku pegi lane kedua ala-ala nak memotong, dia pecut kete dia tak kasik aku potong...pastu slow balik..pastu pecut balik bila aku nak potong dia, ini sudah bikin panas...iols pun lantas menunjukkan skill Micheal Schumacher lalu meninggalkan pak aji jauh dibelakang. Muahahhahaha padan muka beliau. Tak habis disitu rupanya... bila aku naik ke MRR2 dan terus memandu dengan aman semula, tiba-tiba melalui cermin pandang belakang, kelihatan 1 kereta memecut laju sambil main-main lampu. Ooooo pak aji berkenaan la...dia kejar aku. Apakah???? Tidak membuang masa aku pun memecut jugak dan yeehaaaaa aku berjaya meninggalkan dia lagi.  (sebab berjaya la tulis kat blog..cer kalah, konpem aku diam2 kan je mehehehhehehe) Sampai aku masuk ke susur Duke, aku tak nampak kelibat kereta beliau.Mungkin dah terbarai tengah jalan. Spesis ni konpem jenis memandang rendah kepada kaum wanita dan tak buleh pompuan lebih dari dia ni. Mintak dijauhi sangat-sangat. Lagipun bukannya aku cari pasal ngan kau, yang kau buat jalan lane kanan macam bapak kau punya tu kenapa??

Ok...memandu dengan aman semula, tiba-tiba hati aku terdetik..ala..boring la hari ni, Mei Mei cuti bapa dia meninggalkan..kena la aku mengadap makcik kepoh sorang-sorang. Lepas tu aku tersedar..cehh apa aku merepek ni???bila masa bapa dia meninggal? Mentang-mentang la orang tu dah lama sakit. Asyik kuar masuk hospital je...meninggal terus aku kasik. choy sangat.

Sampai di ofis amoi tu dah lepak depan pc dia. 
"syukur...kau tak cuti" kata aku kepada diri aku sendiri.
Tapi lebih kurang pukul 9.30am.. hospital call cakap bapa dia kritikal dan ada problem.Dan lebih kurang pukul 10.30am dia sms aku bagitau -  Bapa saya passed away.

Aku = telan air liur. 
Betul-betul meninggal. ok aku ada deria ke enam... (ceh!poyo!)
Aku pun sebarkan sana-sini berita sedih itu. Semua orang tanya aku bila nak pegi ziarah dia..aku memang nak pegi...masalahnya tidaklah aku tahu prosedur serta adat istiadat kematian orang cina. Kalo orang Islam konpem-konpem aku dah pegi Hosp. Selayang time tu jugak. Baca Yassin ke apa ke...

Uncle ni dah lama sakit. Sejak dia eksiden lepas Chinese New Year lepas, asyik keluar masuk hospital je. Mula-mula kaki kena potong, lepas tu tekanan darah kejap naik kejap turun, lepas tu dah paru-paru berair pulak. Kesian pulak tengok Mei Mei asyik berulang ke hospital 3 kali sehari sampai tak sempat nak p gym. Terpaksala aiouls bersenam sorang-sorang.

Setelah berbincang dengan kawan-kawan yang lain, maka aku ditugaskan untuk mengumpul duit derma. Selalunya benda ni Makcik Kepoh yang buat, tapi sejak Makcik Kepoh gaduh dengan semua orang, kitarang malas nak suruh dia lagi. Aku pun tak inform dia tentang berita kematian ni. Malas duhhh nak cakap dengan dia. 

Derang ni akan pegi melawat esok sebab funeral hari rabu. Mengikut adat orang Cina, donation kena sampai sebelum upacara pengebumian. Derang ajak aku join sekali esok...ish ai pulak berdebor-debor....tak penah pegi ziarah orang cina meninggal sebelum ni. Lalu depan rumah je selalu..

Tak pela... cekalkan hati je la. Mei Mei pun kawan keje yang rapat serta kawan umpat saya...lagipun kita kan 1Malaysia...



//Ya Allah..panjangkan umo abah saya...dan tentunya emak saya sekali. 
umo saya pendek takpe..

Friday, April 20, 2012

Cik Liana Gadis Tabah - siri 2

Makanan sepanjang minggu. Tengok orang post gamba makanan itu ini kat fb. Berkata dalam hati...takpela korang tak de masalah cam aku. Aku lain...kena la bertabah sikit. Janji dapat makan, syukur alhamdulillah...

Ini lunch hari isnin. Nasik 1/2 senduk dan sayur bayam masak dengan fishcake 2,3 ketul beserta tempe sebagai sumber protein
ewahhhh sumber protein gitu

Ini pulak sajian hari rabu. Sayur fucuk + soun + ubi kentang menggantikan nasik. Serius kena hati-hati tulis nama sayur ni, salah eja keji nau bunyinya.

Hari rabu. Bihun singapore.

Hari khamis lupa nak ambik gambo. Tapi menunya sayur fucuk tu jugak tapi makan dengan nasik 1 senduk sebab kononnya lepas keje aku nak pegi senaman masuk kelas bodycombat kendian disusuli bodypump (rancangnyela...)
Malangnya pukul 6.00pm aku kuar ofis dengan tidak semena-mena rasa mengantuk datang, jd aku malas nak kona masuk gym sebaliknya terus balik rawang. Dah la hujan lebat + jammed yang melampaui batas. macam nak tido je sambil drive. Tapi takut kang, sedar-sedar dok dalam liang lahad.

Hari ni (jumaat) pun lupa nak ambik gambo. Ish ish lapar sangat la tu. Semalam aku malas masak jadi hari ni aku tak bawak bekal. Terpaksa beli nasik kat kedai bawah pokok. 2,3 kali aku pusing tengok tak tau nak makan apa. Akhirnya aku ambik nasik 1 senduk, ikan bakar sekor (derang tak jual sekerat), kerabu mangga dan sayur kangkung. Tapi semuanya sangatlah pedas yahamat...
Hari ni pun cadang nak p gym tapi tak tau la kalo tiba-tiba rasa malas datang menyerang.

Esok tak tau lagi nak makan apa. Tapi ahad ni aku nak makan sedap-sedap. Ahad adalah hari tipu sedunia kehkehkeh
Dan hari itu sajalah aku akan feeling badan laksana Taylor Swift.

//malas sungguh nak melayan orang qe-pho-chi yang berselindung disebalik perkataan 'ambil berat'...ambik berat khununn...telesemia aku dengar
http://www.emocutez.com

Wednesday, April 18, 2012

1 jari sakit = kecoh 1 dunia

Kisahnya semalam aku buat bihun goreng singapore untuk makan hari ni. Gigih aku masukkan sayur banyak-banyak. Pejam mata nak makan sayur sebab aku adalah manusia yang tak makan sayur hijau...tapi syukurlah dah dapat syafaat untuk makan walaopun kena paksa.

Pinggan yang aku isi sayur sawi tu, aku letak rapat je dengan api dapur. Ada la dalam 30minit pinggan tu bersauna kat situ. Tiba saat dan ketikanya, aku pun nak masukkan sayur dalam bihun goreng tu, terus angkat pinggan. Tak terpikir pinggan tu panas...yakin je aku pegang. Hah hambik kau..panas nak mampos.. maka melecurla jari telunjuk kanan aku.

Sikit ni je...takdela sampai kena masuk ICU pun..hehehe ni lepas aku sapu minyak kelapa dara dan lumur dengan bedak sejuk Tabloq sebelum tido.

Pedihnya la yahamat. Nak kupas ikan bilis pun guna 4 jari. Nak angkat gayung cedok air mandi pun kena guna 2 tangan, sebab kudrat 4 jari tak mampu nak angkat. Pegang sudu nak makan pun susah sebab kena guna 4 jari. Haa baru kau tau macamana rasanya jadi orang kurang upaya. Tu baru kurang 1 jari (temporary saja) Kalau kurang 1 tangan macamana la agaknya. Erk...taknak fikir. Syukur alhamdulillah aku diduga seperti itu.

Macamana la orang-orang special yang tak de kedua-dua tangan buat semua benda tu. Memang mereka betul-betul special!

Ini. Muhammad Zhariff. Berenang sejauh 6.5km dari Pulau Kapas ke Pantai Peranginan Kelulut, Marang, Terengganu (sumpah aku tak tau kat mana pantai kelulut tu)
Aku yang ada 2 tangan ni pun tak tau berenang. Kau campak aku dalam laut memang aku mengucap 2 kalimah syahadah je la.

Pakcik ni pulak. Relax je bawak kete. Aku hari ni jari telunjuk 1 sakit pun rasa seksa nau nak pusing stereng. Sib baik bawak kereta kat Malaysia...kalo bawak kat Amerika macamana nak tarik gear.

Makcik ni pulak kerjanya menjahit. macamana makcik buat, makcik?? sumpah makcik terer!

Dan ramai lagi kat luar sana yang terer-terer belaka. Buleh melukis, menulis, menganyam walopun tak de tangan. Aku 1jari melecur dah kecoh kat blog. Ni dalam kepala tengah pikir macamana aku nak buat Bodypump esok dengan jari telunjuk sakit. Lahaiiii macam kritikal nau je....hehehhehe
(aku penah tengok lelaki tak de 1 kaki dok workout kat gym. Orang ada 2kaki pun malas senaman...dia 1 kaki je rajin dan kuat. Aiols kagum rasanya..nak je pegi berkenalan..buleh ambik gambar buh kat blog kekekkekeke)

Terima Kasih Ya Allah..aku manusia sempurna. Syukur Alhamdulillah.

Monday, April 16, 2012

Cik Liana Gadis Tabah - siri 1

Pejam celik pejam celik dah 10 bulan aku masuk gym. Dulu aku masuk gym lepas mengalami kejatuhan hidup yang sangat teruk dalam sejarah hidup aku. Yang memberi kesan buruk kepada mental dan fizikal. Bila aku tengok Liyana Jasmay dalam 3 Janji, aku teringat keadaan aku masa bulan 6 2011. (itu persamaan antara aku dan Liyana jasmay selain nama kami sama-sama Liana kekekkeke) Bezanya aku hadapi semuanya sendiri. Tuhan saja yang tau macamana aku gagah bangkit semula. Aku tak boleh fikir dengan betul. Aku mudah terpengaruh dengan orang. Aku rasa di awan awangan. Kadang-kadang aku tak tau mana satu betul mana satu salah. Jadi lemah dan sensitive. Orang tak balas senyum aku pun aku boleh menangis malam-malam. (ok..selangkah ke alam gila)

http://www.emocutez.com

Walopun dah 10 bulan, tapi bila tengok cermin tak dela perubahan sangat pun. Dah rasa membazir segala benda. Membazir duit, masa dan tenaga. Masa mula-mula dulu memang turun. 2minggu aku join berat aku dah turun 5kg. Jakun sangat rasanya. Mana-mana pegi orang akan tegur dah kurus..dah kurus… (tenggelam di dalam pujian rasanya) tapi pastu, terus dia menten macam tu. Turun tak..naik pun tak.. ok aku dah kena plateau haa…aku ingat inilah perkataan yang cikgu senaman suruh aku cari masa aku mula-mula sign contract dengan dia, tapi harom aku tak jumpa sebab aku tak tau eja macamana… sekarang berkat pembacaan yang mendalam, aku dah jumpa perkataan ni dan maksudnya malangnya aku tak ingat macamana cara sebutannya pulak. kehkehkehkeh

Dah aku jadi putus asa, lama aku tak g gym, macam menyampah tengok orang dan alat-alat kat gym tu. (motip sangat nak rasa begitu) Aku makan suka-suka hati sampailah satu hari aku jatuh sakit dan masa tu tak de orang pun pedulikan aku. (memang la pahit yang amat, tp itulah realitinya) kau tergolek kat tengah rumah pun, orang langkah je sambil jerit makanla ubat..makan la ubat… masalahnya aku nak p beli ubat pun tak daya. Masa tu aku terfikir, aku tak boleh sakit dan aku kena sihat sentiasa. Harapnya begitulah. Sihat sentiasa. Masa tu berat kembali naik. Dan dari itu, aku bertekad nak buat balik semuanya untuk diri sendiri. Kalo dulu aku buat semuanya dengan harapan bila aku kurus nanti, En Non akan kembali semula. Tapi sekarang aku kena berpijak di bumi yang nyata.Tak payah nak terbang-terbang di awan biru lagi.
sekarang aku mau buat semuanya untuk diri aku sendiri. supaya aku sihat dan kurus supaya aku dapat pakai baju yang aku suka, selain senang bergerak dan rasa yakin di khalayak ramai. (yakin bukan berarti perasan comey mehehehe)

Bukan untuk cun sebab kau dah memang dilahirkan tak cun, kau kurus ke gemok ke tetap huduh. Dan bukan untuk mencari bopren baru, sebab kau dah tuo pun, kalo ada orang nak, adala…tak de sudah. Mahu bersyukur aja dengan apa yang ada sekarang supaya hidup lebih gembira gitu.

10 hari pertama lepas aku ‘terjaga’ . Aku baca itu dan ini sampai aku kenal apa itu BRM dan DCR. Fine…bozo sangat kekdahnya (haa gelak la…gelak ) Aku kira BRM dan DCR aku dan tulis satu satu apa yang aku makan. Aku search satu-satu jumlah kalori dalam setiap makanan (kalo derang tipu, maka teraniaya lah aku kehkehkehkeh) dan makan dengan berjadual. Ewah macam sekolah asrama pulak..ada jadual waktu makan.

Kelihatan tabah sangat kan, makan tengahari macam ni. Sayur dan ikan rebus. Aku bukanlah pemakan sayur tapi kena paksa diri. Sayur baik untuk kesihatan.

Aku beli supplemen itu dan ini. Dan disiplinkan diri 4 hari ke gym. Mau 2 kali angkat berat, tapi segan pulak rasanya nak angkat-angkat berat ditengah orang ramai. Lalu aku ambik inisiatif masuk kelas. 2kali latihan beban dan 3kali cardio (2x kelas body combat dan 1 kali buat sendiri). Taknak la over sangat..sian kat badan ni ha..nanti sakit sebab senaman pulak. Hasilnya hari ahad lepas aku timbang, ada kurang sikit 2kg. Takpolah slow sikit, tak de apa nak dikejarkan pun.

Bukti kegigihan

Minggu ni sambung buat lagi…nak usaha lagi dan lagi dan lagi. Selagi terdaya aku nak usaha gak sampai berjaya kurus. Walopun kejayaan tu ketika usia aku 64tahun.

Hehehe

Thursday, April 12, 2012

Bila rumah bergoyang...

Semalam kan cuti umum, jadi apa aku buat, lepak dirumah saja. Tak de perasaan aku nak kuar. Makan tengahari (petang lah!) pada pukul 3.30pm. Pas makan dah mengantok pulak rasa (amboii mata ni tau2 je..kalo kat opis tak de pulak nak mengantok-mengantok)

Hajat dihati nak tido kejap je la..masa tu pukul 4.20pm jadi aku set nak bangun pukul 5.00pm. Terlelap je, sedar-sedar aku rasa pening. Aku bangun duduk kat katil. Kepasal pening semacam je ni. Time tu dah rasa goyang-goyang. Tapi takde lah aku heran sangat sebab hari-hari pun aku rasa begoyang-goyang sampai orang kat rumah tu pun dah boring bila aku kata - ada gempa bumi la... (padahal takde pape pun, aku je yang pening tehoyong hayang sorang-sorang)
motip selalu pening???

Bangun dari katil, berdiri..aku nampak cermin aku bergoyang-goyang. Gigih aku pandang..cermin bergoyang ke aku yang fening. Keluar bilik tengok mesin basuh bergoyang-goyang jugak macam tengah on. Kipas angin kat siling pun bergoyang. ooo sah sah...bukan aku yang pening. Aku ketuk pintu bilik Aja (derang pun tengah merehatkan diri di hari cuti kan)

Tengok kat bawah orang ramai dah bekumpul kat bawah dah...tapi aku sangatlah rasa nak ke toilet. tapi takut..tapi nak...tapi takut...ahh masuk gak lah. Dalam toilet aku dok imagine rumah ni runtuh, habislah aku terbenam dalam kumbahan ni. Oh tidakkk...cepat..cepat..

Selesai jua akhirnya. Bila Aja bangun kami pun dok berkira-kira nak turun ke tak..nak turun ke tak. Bomba kat bawah dok jerit-jerit suruh turun. Tapi malas nau aku nak turun..guna tangga pulak tu. Last-last dok terintai-intai kat tingkap tengok orang ramai. (kalo runtuh memang kamilah mangsa yang hilang)

Bila gegaran dah berhenti, Bomba masih gigih jerit suruh penghuni semua turun. Aja kata tak pe..sikit je ni...dulu masa Tsunami 2004 lagi teruk gegar. Lega sikit rasa tapi kecut perut gak la..dalam kecut2 tu pun gigih bukak laptop nak tengok apa berlaku.

Pukul 6++ sedang aku gigih bertenet, dah goyang lagi. Kali ni rasa takut sangat. Rasa macam nak nangis (motip emo??) Rasa macam ada bencana alam yang besar nak jadi. Tu baru goyang-goyang manja kesan gempa 8.9 kat Acheh, aku dah begitu punya takut. Tak boleh bayangkan kalo betul-betul berada di Acheh.
Tengok kat intenet pun amaran Tsunami dah keluar. katanya kalo Tsunami terjadi, ombak besar akan sampai kat Malaysia lebih kurang 2am.
Dalam otak dok fikir..Rawang jauh dari laut kot...bagaimana dengan kampung halaman. Mak abah ada dikampung. Rasanya jauh kot dari laut. Mana laut terdekat?? Singkir Laut. Rasanya jauh lagi kot.Tanjung Dawai lagi berbatu rasanya.

Aku online sampai ke malam..sampai pukul 1am. Nak tau perkembangan terkini. Tapi orang kata kalo yang kita takutkan tu memang tak kan berlaku. Tengok amaran Tsunami pun dah ditarik balik. Alhamdulillah...tapi kuasa Tuhan siapa yang tau. Lagi-lagi bila gambar paras air laut menurun. Air laut dah kering sampai ke tengah.

Syukurlah tak de apa-apa berlaku sampai ke pagi. Tapi sampai sekarang pun aku risau-risau takut-takut lagi. kuasa Allah kita tak tau. Semoga kita semua dilindungi dari bala bencana. Aminnn...

Tuesday, April 10, 2012

Facebook Timeline & Duit Syiling Baru

Sakit hati nau aku dengan 2 benda alah ni.

Bukak facebook je...rasa lemas perut semacam je. Gila semak. Terganggu medula oblongata aku. Page aku tak de la berubah wajah lagi, tapi bila aku bukak page-page yang lain semuanya dah guna timeline (maksudku fb kedai-kedai, nak tengok-tengok barang sambil ber soping..yeayyyy, kalo fb individu ai tak kisah sangat). Kalo page sendiri senang, aku tukar balik je..tapi dah kedai orang kan...redho sajalah dengan pilihan tuannya itu.

Tapi makcik penin tengok. dengan gambar gedabak kat atas..pastu mana pulak aku cari photo ni..oooo kat sini..pastu mana pulak nak tengok profilenya..belek-belek...oooo kat sini.
(mungkin sudah tiba masanya berundur diri dari dunia anak-anak muda ni)

Satu lagi yang menggangu jiwa ialah duit syiling baru. Sumpah aku tensen bila tengok dan dapat duit syiling baru. Tapi apakan daya...saya hanyalah insan yang lemah...'mentimun' gitu. redho sajalah. 'mereka durian'.

Duit syiling rm0.50 dia kecik nau macam rm0.20, Pastu duit rm0.05 besar pulak macam RM0.10, Konpius aku. Pastu nak guna bayar parking Jaya 33 tak buleh, nak bayar parking nasik bawah pokok tak buleh, parking ikea tak buleh, nak guna ambik troli kat carrefour tak buleh. Nak bayar tol pun susah, dulu raba-raba je.. ooo kalo saiz ni kena 5 keping..kalo saiz ni kena 2 keping. sekarang, lepas raba-raba kena check dulu. kang tak pasal-pasal aku bagi rm0.20 2 keping.

Jadinya simpan je dalam beg duit. Selalunya aku masuk tabung je. Tak senang hati nak guna. Tapi yang positifnya...tak lama lagi penuh la tabung aku tu..buleh p Mekah.
Hehehhehehe


mood terkini : malas nak layan semua perkara (benda dan manusia). Sindrom penghujung usia mungkin.

Monday, April 9, 2012

2 buku yang sentiasa bersama saya (buat masa ini)

Tayang sikit buku baru beli tu. Ada dalam beg sentiasa 2 buku ni. Kalo ada masa lapang buleh baca. Selalunya aku lipat buku bila dikhalayak ramai. Sogan nanti orang tau aku baca buku apa. lagi pulak masyarakat di Malaysia ni bukan ramai yang gemar membaca. Kalo kita baca buku, orang pandang atas bawah. Apakah..

Tengok tajuk. Amboi - 'Jangan Bersedih, Kebahagian Pasti Bersamamu'
Ewahh...
Baru baca 5 topik je pun

Motivasi la sangat. Hajat dihati nak beli buku Dr HM Tuah Iskandar- Belailah Jiwa, tapi setelah dibelek di rak, terjumpa pulak buku ni.Jiwa tamak ini ingin membeli kedua-duanya sekali tapi kau rajin ke nak khatamkan kedua-duanya sekali semah oi??
Takpe..jangan tamak, orang tamak selalu rugi. Baca satu-satu. Habih yang ni beli yang lain pulak. Takkan lari buku dikejar.


Buku ni difikirkan lebih sesuai buat masa ni.

Lagi satu buku buatan sendiri yang diberi nama Saya Musti Tulis. Ya memang saya mesti tulis setiap malam. Ala-ala macam diari (diari dibulan april???? heh heh heh)

Apa ada dalam? tunjuk sikit-sikit sudahlah. Sogan aih nak tunjuk semua. Dibawah siap ada keputusan Berjaya ke Hampeh. kalo Berjaya tulis dengan pen purple kalo Hampeh tulis dengan pen pink/merah. Berjaya apa? hampeh apa?
kalo berjaya sepenuhnya dipengakhiran nanti akan iols cerita..tapi kalo gagal..iols buat-buat lupa je. hehehhe
(feeling artis la sangat .....)

Tapi selalunya aku ni hangat-hangat najis ayam je. Nanti dah boring, aku lantakkan je la buku diari segala ni.

Thursday, April 5, 2012

Dilema wanita....

Rimas pulak rasanya dengan rambut sekarang ni. Rasa serba tak kena je.... nak buat rambut baru la. Tapi tak tau nak potong pesen bagaimana.

Hajat dihati nak buat begini
(feeling Taylor Swift le kununnn hehe)
Dah lama dah teringin nak buat gini. Tapi dulu kawan aku cakap, aku tak reti bersyukur. Dah ada rambut lurus nak kenteng-kenteng kan. "Orang lain berhabih duit g buat rebonding...kau dah straight gini nak g kenteng-kenteng apahal??? "kata beliau
Bukan begitu. Bukan.Bukan.Bukan. Ai nak try ja..nak tengok huduh ka idak.. nanti lama-lama dia kembali ke bentuk asal la. Bukan iols nak kalerkan. Tak..tak..tak...iols nak kasik kenteng je.
hehehe

Tapi ntah la mengapa...sejak aku potong rambut lebih kurang 5 bulan yang lalu, rambut seolah-olah merajuk. Tak mau panjang-panjang sampai sekarang. Dok takat bahu tu laaa dari dulu.

Masa tu aku potong pesen topi keledar..ada orang tu..orang tu la..tuuuuu..tuuuu (sambil memoncongkan mulut ke arah Aja) kata muka aku dah macam Jaiko adik Giant Doraemon akibat menggayakan rambut sebegitu.

>_<

Tak nak buat lagila.

Nak buat gini pulak..macam cantik je..

(nak tiru rambut ye..bukan baju..kalo aku pakai baju cenggini, harus keluar lemak disini sana)

Tengok-tengok cantik gak pesen cam ni. Tapi mungkin cantik ngan Paris Hilton je kot. Iols ni muka bulat umpama bola.
http://www.emocutez.com

susah-susah sangat buat macam ni je la...
Senang. Lepas mandi lap lap kepala pakai tudung. Abih cite.

Monday, April 2, 2012

Sedikit cerita Anniversary mak&abah ke38 untuk kenangan dimasa hadapan


Seperti yang dirancangkan, pagi-pagi buta sesudah subuh hari sabtu kami pun berangkat pulang ke Kedah untuk sambut ulangtahun perkahwinan mak & abah yang ke-38.
(jangan ditanya tentang keje..ye, aku ponteng keje dihari berkenaan)
Sebenarnya tarikh 4/4. Tapi apakah daya 4/4 tu jatuh pada hari rabu...anak-anak mak ni semuanya berkerjaya. Jadi kami meng awal kan acara berkenaan.

Renyehan orang ponteng keje nak balik kampung

Sampai Kedah lebih kurang pukul 11 gitu. Lepak-lepak dulu, petang sikit baru kami start sediakan makanan.

Tunggu geng ni sampai dulu bersama ibu bapa mereka. Baru balik ujian taekwondo kekdahnya (sumpah sakit bila kena tumbuk dengan si alia tu)

Lepas semayang maghrib semua, kami pun memulakan acara. Picnic kat luar rumah (saja seronok + menjayakan Earth Hour).


Siri hidangan penambah lemak yang kami sediakan


Kek. Lilin tu saja je bagi kanak-kanak hepi. Derang yang lebih-lebih tiup lilin

Amak Apak potong kek togeder geder. Sambil potong mak membebel "ish hampa ni merapu aih..dok potong-potong kek apa aih"
mak malu letewwwwwww http://www.emocutez.com

Berbagi kek kepada cucu-cucu. Anak menantu sila cedok sendiri ye..jangan nak mengada

cucu-cucu makan kek dengan bersungguh-sungguh. Sila abaikan si lemak dibelakang itu
http://www.emocutez.com

Tengah makan udang sotong segala, upacara penyerahan hadiah pun dilakukan. Lihatlah mereka sedang tekun mengoyak kertas pembalut. Tapi usah tertipu, kejap je ni.. lepas tu masing-masing putus asa lalu menyerahkan tugas ini kepada cik alia kita.

Ya...inilah si pembuka hadiah yang menjadi sebutan ramai itu. Dah mahir sangat dah dia dengan buka-buka koyak-koyak ni. Tahun lepas pun dia yang settlekan. Abah terus sambung makan...

Seperti yang kujangka...mereka akan letakkan di soda depan TV. Letak la mana pun..asal bahagia udah leee...

Tapi kejap je lepak kampung. Hari ahad dah kena balik. Tak boleh balik lambat-lambat sebab si Nur pun balik dengan bersama 1 kete. Beliau ada kelas di awal pagi Isnin (terpaksalah kakak mithali ini hantarkan sampai Kolej Mawar dipagi-pagi isnin nan hening dan sejuk ini http://www.emocutez.com )

Kejap je rasa..rasanya macam baru je aku tulis entry anniversary ke 37.. sekarang dah 38. Tahun depan insyallah panjang umo, aku tulis lagi yang ke 39 pulak.

Tepek sikit gambar semasa dalam perjalanan pulang. Iols kan penumpang...takde masalah le nak snap gambar. Tengok langit berlapis, Aku nampak macam nak runtuh je langit hitam tu.
http://www.emocutez.com

Perjalanan pulang kami diiringi hujan lebat dan jammed yang melampau-lampau. Pukul 6++ keluar, pukul 2am baru sampai rumah.
Disamping itu kami jugak turut mengalami peristiwa menyeramkan di R&R Simpang Pulai. Sampai sekarang aku rasa seram-seram bewak lagi. Esok-esok la aku tulis, sekarang kena sambung buat progress claim dulu.
hehheheheheheh

Template by:

Free Blog Templates