...Harimau Mati Meninggalkan Belang, Saya Mati Meninggalkan Belog...
Sekarang ni dah pandai order barang. Hari tu aku nak kuar g keje, dia cakap “makndak, kalau kedai bukak, beli kete polis tau. Kaler putih ok. ada lampu-lampu, ada munyi-munyi”
Aku – “yela…”
Dia sambung lagi – “kete polis dan kete kecik-kecik jugak ye..”
Apa dia pikir makndak dia gaji 20juta sebulan agaknya. Pesan itu pesan ini.
“popok sekali tauuuu”
Ada lagi tuuu
Gigih la aku pusing sana sini cari kete polis kaler putih ada lampu ada bunyi.
Hari-hari, aku balik keje je, derang akan selongkar beg, tengok apa aku beli.kadang-kadang aku beli mainan, kadang-kadang kopok ke coklat ke. Kadang-kadang aku tak singgah mana2 lalu tak beli pape, aku tipu cakap, kedai tutup la hari ni….
Heh heh heh
Selalunya lepas gym, aku dah malas nak singgah kedai sebab dah lewat..jadi aku beli buah je kat Jaya Grocer tu. Nanti aku tipu lagi – kedai lain semua tutup, kedai buah je bukak
Heh heh heh
Buleh gituw….redho je budak-budak tu dengar. Masing-masing tarik muka patblas. Tapi kalo aku beli pisang ke anggur ke, bedal jugak.
Malam tadi, ibu dia belikan mamee dapat free puzzle gambor doraemon. Kecik cinonet je la. Tekun susun sampai siap. Pastu aku tanya dia – “adam suka buat puzzle ye”
Adam – “suka. Esok makndak beli lagi ye…yang besar. Kecik xmau. Nak besar. Gambar taman ke..gambar angry bird ke…ok?makndak beli 2 lah, adam satu adik satu, beli 3 pun boleh”
>_<
Aku tanya 5 patah je…berpatah2 dia jawab.
buat menunaikan impian anak-anak. Nak puzzle besar katanya. hambik kau 2. susun sampai siap. Tak siap jangan makan nasik. buleh gitu?? mak tiri sangat perangaikan.
Dah beli untuk Adam, kena la beli untuk cik Anis kita sekali. kang sayu pulak tengok muka dia tak dapat pape. Tapi aku rasa kalo aku bagi dia main puzzle tu alamatnya punah habis la. kang 1 cebisan kat bawah karpet, 1 cebisan dalam mesin basuh, 1 cebisan bawah katil. Jadi aku beli yang lain, tapi konsepnya harus kena sama dengan apa yang abang dapat.
konsep susun-susun jugak.Tapi kang ini kena cabut dari kotak. kalo tak, abang pulak jeles, yang dia punya tak de kotak.
>_<
anak 'kembar'..gitu laaaa
Alang-alang terjumpa kek ini. beli je la sekali. Comei je... kang makndak yang telan ni
LAGU Perancis, Je Ne Veux Pas Travailler dendangan Pink Martini kedengaran berkumandang mengisi ruang dewan pernikahan yang sangat indah pada pagi itu, berhiaskan fabrik, bunga-bungaan dan chandelier yang bergantungan.
Semuanya berona cerah - kombinasi putih, krim dan coklat cair. Ia jelas membangkitkan ‘mood’ perkahwinan ala Eropah seperti mana yang dibayangkan pasangan romantika d’amour, Nurul Huda Abdul Wahab, 35, dan suaminya, Eric Daniel Depp, 47Bukan itu saja, pengacara majlis, Shah Shamsiri turut menyempurnakan majlis yang berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang itu dalam bahasa Perancis dan Inggeris, bergandingan dengan Eida Moin yang berbahasa Melayu.
Majlis perkahwinan cetusan idea Zaha Wedding Planner itu hanya dihadiri kira-kira 200 tetamu khas saja kerana Nurul memang mahukan suasana yang lebih intim dan nampak eksklusif. Walaupun majlis itu meminjam aura Paris, segala yang beradat dan perlu mengikut tuntutan agama tetap tidak dipinggirkan. Malah, tetamu dijamu dengan hidangan nasi beriani yang lazat.
Lebih bermakna, perkahwinan itu dihadiri oleh anak dara sunti Nurul sendiri, Ayu Nazirah, 14, serta adik-beradik Nurul termasuk abang kandungnya, Mohamad Rizal Abdul Wahab yang menjadi wali kepada pernikahan keduanya itu.