Thursday, August 30, 2012

29 tahun bernafas...

Birthday aku hari ni..
1983-2012
(cara tulis macam dah kembali ke rahmatullah pulak kehkehkeh)

Alhamdulillah...dah 29tahun diberi kesampatan bernafas dimuka bumi ni.
aku hari ini pada usia 29tahun.. (tiba-tiba macam terdengar lagu warga tua di hujung2 telinga hehe)

Ini hadiah untuk diri sendiri (sadiskan bunyinya..) baru beli malam tadi kat Pet Safari IPC. Tiba-tiba rasa nak bela ikan lalu aku beli ikan 6 ekor (sumpah aku tak tau nama apa..beli asal comei je), set akuarium (dalam tu lengkap dengan pump,filter,anti klorin,anti stress,batu2 dan hiasan ikan duyung segala), makanan dia dan sikit hiasan pokok-pokok hijau tu. Sebab hari ni besday aku, maka aku dapat diskaun 10%.

ikan duyung ni dapat sekali dengan akuarium. Adam & Anis panggil kakak.


ini rumah ikan bak kata Anis. beli sendiri bersama pokok-pokok rumpai.

ikan sedang berenang-renang ke tepian.



Pak gat & Mak gat jaga ikan sampai tak mau tidur. Inilah manusia paling gembira ria sekali tengok aku beli ikan. Melompat-lompat terjerit-jerit sampai ikan pun saspen tengok. Kelam kabut derang berenang kulu kilir bimbangkan ancaman budak berdua ni.

Jadi kenalkan ikan-ikan saya...
Wan, Tu,Tiyi,Po,Pai & Syiq.
(Anis bagi nama...)
*pengsan*

Tuesday, August 28, 2012

Mari buat tapai pulut bersama Ahkak Siti :D

Mula-mula kukus pulut. Pastu masukkan dalam talam saiz sebegini gabak dan tekan nipis-nipis.

Benda bulat-bulat ni namanya ragi. Orang dulu tekan dan hancurkan ragi ni. Orang sekarang macam Ahkak Siti blender je. heh heh heh janji hancur sudah. Masukkan gula barang secubit dua untuk menyedapkan rasa.

Kendian tabur di atas pulut yang ditekan nipis-nipis dalam dulang tu. Pastikan kena rata. kalo tak, ada le tapai kau yang tawar heber.

Gaul ragi dengan pulut supaya kena rata. Jangan malu-malu gaul je sepenuh perasaan.

Dah siap untuk dibungkus. Apalagi, sila berpadu tenaga bersama adik beradik anda untuk balut pulut yang 3dulang itu dalam daun getah. Ada orang balut dalam daun pisang. Ada hak lagi urban, buh dalam tapawe kecik-kecik je. Tapi mengikut tradisi keluarga Ahkak Siti, kami balut dalam daun getah.

Ini tapai hasil balutan pertama ai. heh heh heh..cumel kan. Ada orang balut tapai jenis klip-klip dengan lidi kan. Tapi belah area kami, memang teknik balutannya laksana nasik lemak. Ada anak kazen sorang tu gigih nak makan tapai dengan kuah kari sebab dia ingat itu nasik lemak. Mak dia tak bagi, menangis melalak la jawabnya.

Bila siap balut, biarkan selama 24jam. Kalo kita balut pukul 10am, tapai akan masak sepenuhnya pada pukul 10am esoknya. Kalo tak cukup waktu, takkan rasa manis.
Pastu bulehla makan. Ada orang suka makan dengan airkrim, tapi aku suka makan dengan kelapa parut. Aku akan 'paksa' mak aku parut kelapa sebab aku tak reti guna mesin parut kelapa tu. Derhaka sangat bunyinya kan..heh heh heh

Antara pantang larang ketika membuat tapai mengikut Kamus Tok Nenek yang digunakan pakai sejak zaman Mahsuri berumur 10 tahun ialah:-
i - tak boleh bagitau orang luar yang kita buat tapai, kena diam-diam je. nanti tapai merajuk tak mau manis
ii - tak boleh marah-marah ketika buat tapai, nanti tapai masam. Tapai ikut mood uols...sebab tu time balut tapai hari tu, aku gembira ria je...tengok hasilnya..manis meleting tau.. :D
iii - Pompuan uzur tak boleh buat tapai, nanti tapai rosak.
iv - Tak boleh biarkan tok bomoh atau orang yang ada ilmu tau langsung yang kita buat tapai. nanti tapai jd tawat (bukan ilmu matematik, ilmu memasak mahupun ilmu buat drawing..bukan ilmu itu ye...bukan)
v - masa peram tapai, jangan nak gigih p jenguk dia setiap setengah jam. nanti dia merajuk jugak, terus tak masak-masak sampai kesudah. Jadi pulut mentah gitu je...

Percaya tak? try la buat ekspiremen kat rumah tengok betul ke tak pantang larang ni.
hehe

Renungan Ajal

Hari pertama pegi gym lepas sebulan menternak lemak sambil beribadat. konon... hehehehe

ini hasilnya lepas sebulan berhibernasi...
melompat sekejap dah rasa pening, nak muntah segala. mengada betol.

sekarang ni aku ada masalah yakni lupa yang melampau.
Hari tu aku balik kl, aku tertinggal satu beg alat mekap bersama krim-krim muka, losyen segala. Padan muka aku.
Sib baik Nur nak datang minggu depan, kalo tak berbedak sejuk la aku hingga ke akhirnya.
>_<

Malam tadi, aku goreng pekasam (beli kat kampung...heh heh heh), lepas ikan masak, aku pun angkat masuk dalam pinggan tapi lupa nak tutup api dapur. Siap g mandi, masuk bilik telek muka berangan segala. Patutla aku tengok kelabu jeee...ingatkan mata aku yang kelabu, maklum la baru bukak contact lens. Nafas pun tersangkut-sangkut, ingatkan sebab penat senaman. rupa-rupanya asap berkepul-kepul dalam rumah. Api siap dah masuk dalam kuali. menyala-nyala kuali macam mamak goreng mee.

Patutla Adam kecoh sangat. "Makndak, tenyok..tenyok..apa ni..apa ni?? asap banyak ni"

Syukurla tak de pape yang buruk berlaku.
Taktau la nape nak telupa sangat. Mungkin faktor usia agaknya :D
(ke...faktor renungan ajal ni erk..)

Tuesday, August 21, 2012

Cerita Ceriti Aidilfitri 2012

Selamat hari raya!!!
Dah raya ketiga dah hari ni. Ada 4hari lagi nak lepak kat kampung sebelum aku balik KL. ohhhh...
Tempek sikit suasana di malam sebelum raya. bukan malam raya, tapi 2hari sebelum raya.


Main bunga api + mercun beramai-ramai..ohh momen yang indah. Yang kurangnya cuma tak de pelita. abah xbeli pelita, katanya xde sapa nak pasang. yela, abah dan mak akan kuar ke masjid lepas maghrib sepanjang bulan posa..jadi sapa nak gigih cucuh pelita segala...lampu liplap sudehhh

Tahun ni raya sunyi sikit sebabnya Kacaq beraya kat rumah dia pagi-pagi, tengahari sikit baru datang rumah mak, syukurla Bandar Laguna dengan Kg Badong sekangkang kera cuma.. setengah jam dah sampai. Aja pulak tahun ni turn raya rumah mentua dia kat Perlis. Tinggal la aku dgn Nur je. mak kata apa nak buat, esok-esok hang menikah hang pun macam tu la...raya ikut turn...ohhh >_< (ni yang rasa nak cari mat saleh ni...kuangkuangkuang)
Abah, Nur & Mak. Ni pic sebelum pegi ziarah kubur Tok, Tokwan & Paklang. memang le xde muka aku, sebab aku yang ambik gambo. huh!
Famili Kacaq. Tema emas tahun ni..dah sekaler baju dengan poster asma ul husna kat belakang tu. kehkehkehkehkeh

Tahun ni pestime ai beraya pakai kebaya. Sib baik tailor ai buat cutting tak ikut badan sangat, takde la kelihatan sangat lemak2 khennn hehehhehe

moh tayang sikit baju raya kehkehkehMenyengeh dihari raya itu memang amalan semua orang kan hehehehe

Raya tahun ni ramai betul tetamu. Tak putus-putus orang datang. sekali datang 2,3 geng. Hambik satu geng kat luar, 1 geng kat ruang tamu, 1 geng kat ruang tengah. Yang penat nya harusla bibik nan satu ni. Tapi xpela..bukan selalu kan. Nama pun hari raya. Aiols redho dan gumbira (walopun xde duit raya >_< )
Ini hidangan kami di Aidilfitri yang mulia.
Ini pulak makanan tradisi kaum puak aku di hari raya. Tapai pulut. Jiran tetangga kalo rasa nak makan tapai, mesti derang terjah rumah aku.Buat tapai ni macam-macam pantang larangnya..nanti aku cerita di N3 akan datang.
Dan tahun ni jugak buat julung kalinya aku yang balut tapai dan ketupat pulut. Rasa macam mat saleh baru datang tanah malaya pulak, bila belajar balut ketupat.
mak kata "hang kena belajaq..esok-esok p rumah mak mentua tak tau buat, malu ja.." >_<
(itu je la modal mak tiap-tiap tahun..tapi tahun ni menjadi..tahun-tahun lain aku menidakdengarkan saja...hehehheh)
Ini dia ketupat saya pada percubaan yang pertama. Hancoq! anak-anak buah aku panggil ketupat pistol dengan ketupat minangkabau. apakah???
Syukurlah balutan menjadi pada percubaan berikutnya...

Demikianlah cerita ceriti hari raya aku bersama keluarga kecikku di tahun ni. Tahun depan tak tau la jumpa lagi ke tak. Maklum le dah menjengah umur warga tua ni, bila-bila masa kena 'panggil' kan. hehe

Lagi sekali, untuk semua diucapkan Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir & batin.
*senyum*

Wednesday, August 15, 2012

Senarai Semak Hari Raya

Esok aku balik kampung. yeehhaaaa..
Hari ni terpaksala bekerja dengan AGAK tekun. Maklum la nak bercuti seminggu. Kita ni pulak pekerja penting dalam company -_-
(kehkehkehkeh ada yang montah darah baca kan...batal posa :D )

Baju raya = siap.
1 kat kampung 1 kat KL. 2 pasang je. cukup la khenn...janji berbaju. Tahun ni buat baju kebaya. Ish berdebar2 pulak rasanya. Tak penah aku raya pakai baju kebaya. Banyak lemak kekdahnya..malu iols nak berkebaya. Tapi tahun ni try la. (walopun kuantiti lemak masih sama..tapi kita cuba ikat guna Premium Beautiful kekekke) Gamak kata nampak huduh, jangan harap aku nak pakai.
Kasut raya/keronsang raya/telekung raya/bj tido raya/blablabla raya = semua ada... :D

Baju raya amak & apak & Nur = siap
Baju mak & Nur kat kampung..

Kuih raya = bereh

Stok duit raya = sudah tersedia
Servis kete = setel!

Tol = sudah topap touch n go

Kemas beg = belum >_<
Siapla malam ni, upacara mengemas beg secara besar-besaran akan diadakan. Malasnya aku...dan2 rasa macam nak ambik bibik je. Tapi nampak macam tak muat je. Gila banyak barang aku nak bawak balik. Dah serupa nak pindah rumah.

apa lagi ye...rasa macam tu je. Persiapan orang-orang bujang gojes ni memang simple gini je. Kalo ikut perhitungan mata kasar, dah buleh raya dah ni.
:D

Jadi sebelum aku menutup tirai N3...aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sesapa yang baca. Maaf Zahir Batin kalo sesapa ada terasa dengan mana-mana N3 dalam blog ni. Berhati-hati memandu masa balik kampung..ingat hadlaju dikurangkan sempena Ops Selamat. mohon memandu dengan tabah hehehe
Semoga kita semua dibawah lindungan Allah. Panjang umo kita jumpa lagi lepas raya nanti. Insyallah.
:))
*senyum sikit sebelum klik publish post*

Friday, August 10, 2012

Kuih raya didahulukan, kerepek diutamakan

Hari selasa lepas aku p borong kerepek dan kuih raya dua 3 jenis. Kat Banting nuu.. gila gigih. sapa boleh melawan kegigihan aku?

Hasrat dihati nak beli kerepek je. Katanya kerepek Banting murah dan sedap. Tapi aku tak pernah try. Jadi membuak2 la rasa nak cuba tu kan.

Perjalanan gila lama. Dua tiga kali aku tertido, bangun, tetido balik dan bangun balik. Adam siap tanya - "kita nak p tok abah ke (blk kg la maksud dia)"
Dia feeling balik kampung sebab lama kat atas highway. Ala2 nak balik kampung.

Sampai sini tepat2 pukul 10. Kuar umah pukul 8++ *menangih* Walopun dah pukul 10, tapi orang ramainya lahai. Beli pulak banyak-banyak. Orang bisnes kot. Datang dengan lori, van la. Tapi memang betul murah la. Cuma banyak kerepek yang aku suka dah abih. Sedey. apa nak buat, kena la cari kat lain.

Kat 1 bilik, ada kuih raya. Banyak pilihan. Tapi aku tak ambik gambo sebab tengah tekun menyoping gitu. Ambik la dua,3 jenis yang berkenan dihati. Yang lain pun teringin jugak, tapi mengenangkan tak de sapa nak makan nanti, terpaksala aku mengehadkan pengambilan. Mengikut pengalaman di tahun-tahun lepas, kuih raya selalu tak abih..last-last buang gitu je.
Teruknyaaa.
Tapi selalunya kerepek dan spesis-spesis yang sewaktu dengannya habis dimakan.

Jadi ini je la yang aku beli. Kuih raya sebekas dua..popia gulung, popia pedas,popia nestum (kang ada yg jd Liana Popia ni -_- )

Tuesday, August 7, 2012

Dalam Hati dan Otak

apa yang ada dalam hati dan otak sekarang?

nak raya + nak blk kg + tak blh terima kenyataan + sedih + menanam azam (semoga Allah permudahkan) + mana DO besi aku, dah bertahun, mana aku cari + kenapa kau pilih dia? + nak beli henbeg + nak g combat ke pump? + oohhh Ahmad Jeffry..nak beli tapi tak boleh lagi...bela lah Mestica Surie dulu + byk VO aku tak siap lagi ni weh...minggu depan nak cuti raya + awat aku huduh sangat :( + berdoa semoga ..... + nak bukak posa apa hari ni
=
lantakla semua, baik aku kuar g shopping sampai duit tinggal sekupang pastu kita sambung pikir lain
http://www.emocutez.com

Friday, August 3, 2012

Main Bunga Api

Semalam kami ada aktiviti baru di malam hari - main bunga api. ala2 di kampung halaman. Bezanya disini rumah kami tak de laman. Sedey :(
Main je la kan depan rumah.
(rindunya nak balik kampung...kena tunggu raya lagi 2 minggu)

Adam riang je main bunga api, tapi Anis tak berani. Banyak kali dia dok pesan kat abang dia "Abang...nyangan main api abang..."
Tapi dia sendiri main mercun >_<
mercun baling-baling tu je la. Apa ke nama ntah mercun tu. Yang bunyi kepekkk..kepekkk...

tengah baling mercun kat abang. Abang relax je...

Hak tua ni pun gigih jugak. Dengan baju kejenya...haiii apala nak jadi...

Bukan apa saja mengimbau kenangan lalu. Dulu kecik-kecik selalu dok main bunga api ni, dah tua-tua ni rasa teringin la pulak khenn. Tapi bak kata Aja, bunga api sekarang dah kurus. Zaman kami dulu bunga api gemuk sikit dan panjang sikit. Berubah mengikut peredaran zaman agaknya.

Kitarang dulu kalau nak main bunga api yang batang besi tu, abah akan cucukkan bunga api tu kat batang pokok ubi. Ala-ala tempat pemegang la. Tak pegang terus ke besinya. untuk keselamatan kekdahnya. Tak le melecur jari.

Mercun pun main mercun papan je. Disebabkan adik beradik aku semuanya pompuan, maka peratus keberanian untuk main mercun adalah sangat mengecewakan. Tapi teringin nak main. Jadi caranya, koyakkan sikit kertas suratkabar, letak mercun atas tu, cucuh kat ujung kertas pastu lari sebatu jauhnya.

Sekali meletup, bangga kemain. Macam dah berjaya letupkan bangunan. Tapi dah tua skang, dah tak main lagi dah semua tu. Tak de masa. Kalau main pun time balik kampung je. Tapi tak dela beria sangat sebab Amirul dgn Alia pun bukan berminat sangat main bunga api mercun segala. Takkan tiba-tiba makndaknya pulak nak terlebih hegeh kan..
http://www.emocutez.com

Template by:

Free Blog Templates