Wednesday, September 26, 2012

Titik titik titik (edisi 7)


Tuesday, September 25, 2012

Senarai Harapan Keempat - Cik Sarajane


Kenalkan Cik Sarajane. (sekali baca macam Sarajevo kan..2kali baca macam Sarojini) si pengganti Cik Surie. Jangan ditanya kenapa tak warna kuning. sapa tanya aku tarik idong dia dan ikat ke telinga. 
-_-

 a'ah maibi je. tapi maibi orang lain ada stereng cegini? tak de kan
Nanti aku tepek keliling pintu pulak. Biar aura glemer tu menerawang ke setiap ruang
mehehehehhehehehhehehehhehe
*pengsan*

Monday, September 24, 2012

Babai Cik Surie..i'm gonna miss u :(

Semalam 23/9/12 -  secara rasminya berpisahlah aku dengan Cik Mestica Surie selepas 4 tahun kami bersama. 
Gi keje sama-sama. Gi soping sama-sama. Balik kampung sama-sama. Gi yoya sama-sama. Bebal dalam jammed sama-sama. Sesat jalan sama-sama (itu selalu..)
...Ketawa bersamaaa...menangiss bersamaa...ku bersumpah harap kita mati pun bersamaa...
(lirik lagu tetiba)
Menitik air mata masa tinggalkan dia kat kedai. Kalo dia boleh cakap mesti dia kata - "kakak..jangan tinggalkan aku kakakkkk"
:((((((
Memangla kita selalu gaduh-gaduh kan..tapi lepas tu kita baik balik kan...kita kawan-kawan balik. Tapi apa nak buat, takdir memaksa kita berpisah.owh..
(yang ni bukan lirik lagu)

Hari last bawak cik surie datang keje.
Cik Surie dari belakang
Cik Surie dari depan.
Barang-barang dalam ni semua aku angkut bawak p kete baru.


Semoga tuan baru dia nanti penyayang macam aku... (penyayang sangat)
Babai Cik Surie...aku akan ingatkan kamu sampai bila-bila.
*sedeh*

Thursday, September 20, 2012

Terlajak Perahu Boleh Diundur..Terlajak Berblogging Buruk Padahnya...

Salah satu benda bozo vangang (maknanya banyakla tu) yang aku dah buat ialah create blog dengan nama betul,tepek gambar ukuran passport yang jelas dan terang lagi bersuluh kendian tulis ala-ala diari di dalam tu dengan watak-watak didalam tu semuanya nama betul. Dan yang menjadikan ianya dabel vangang bila aku 100% lupa apa email dan password untuk blog berkenaan.
*pengsan*

Kena pulak aku ni takde lah celik IT sangat. Habih tak tau macamana nak delete blog tu. Nasib lagi ada 3 ketul post je dalam tu. Tapi lengkap bergambar la. 1 post vangang dan 2 post biasa. Malu nau rasanya bila baca post nan 1 itu. Menyesalnya. Owh.. *tunduk memandang lantai*
Bukanlah post gambar vogel ke hapa..cuma luahan rasa je. Tapi malu gak la.
macamana la aku buleh ada perasaan macam tu. Bozoh sangat rasa. Tapi tulah zaman muda mudi, ikut perasaan gituh... sekarang ni apa buleh buat? tengok sajalah sambil menyesal.

Sesapa kalo tau macamana cara nak delete blog (yang aku sendiri pun lupa email dan password)... bolehla menghulurkan pertulungan kepada hamba.

Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.

*gituuu....ala2 surat rasmi kann..*

Wednesday, September 12, 2012

N3 xde keje

sedang tunggu cikgu hensem di dalam kelas bodypump. Lelaki dibelakang itu hensem okey..tp tak dapat dipastikan 'kelurusan' beliau.
heh heh heh

Tuesday, September 4, 2012

Edisi sedih: Gelang Janggut Udang Jatuh

Rasa nak meratap hiba..tp apakan daya ujian dari Allah. Redho sajalah menerimanya.
Ada la tu tak kena kat mana-mana..tak byr zakat ke..ada lupa hutang orang ke..ada terpaw duit mak ke masa muda-muda dulu ke...Allah nak sucikan harta aku kot.

Masa aku angkat tangan berdoa lepas semayang zohor, aku perasan gelang janggut udang yang berada ditangan kiri aku xde! Dan2 stop berdoa, kelam kabut angkat sejadah,ketuk beg,lari ke tempat ambik air semayang.cari macam orang gila. tapi xde. Memangla bersaiz janggut udang sebab itu je aku mampu beli :p sebab tu aku sayang sangat tu.

Pagi tadi masa semayang subuh dah jatuh menda alah ni. Tapi sangkut kat telekung je. xsangka waktu zohor terus hilang. oh..itu detik terakhir kita bersama rupanya cik gelang :(

kita pegi gym sama-sama

mengusik Alia sama-sama

sambut besday sama-sama

buat tapai sama-sama

raya sama-sama...
kini semuanya dah tinggal kenangan. Babai cik gelang, aku akan sentiasa rindukan kamu.

//sabar..sabar..jangan menangih walaupun dada rasa sebu.saya kuat!saya tabah dan saya redho!

Saturday, September 1, 2012

Sambutan besday kecil-kecil bersama keluarga kecil dirumah kecil di pekan kecil...

...tapi bermakna besar...

Kek besday tajaan Aja Corporation Sdn Bhd heh heh heh..
trima kaseeehhhhhh
orang kek ni bagi lilin 3 batang..tak aci tau..ai belum 30 lagi -_-

Besday girl cuma memakai baju tido ultraman dan selendang milik adiknya
(ko tengok bawah...legging kehkehkehkeh )

Tiup lilin harus la ada assistant.
Yang ni bz makan piza sampai terlupa nak join acara tiup lilin

Kad besday buatan Adam & Anis.
sangat manis <3

Terima kasih kepada mereka semua.
Juga kepada kawan-kawan yang belanja makan-makan, yang bagi ucapan dan yang ingat besday saya.

*sengeh sebelum post*

Template by:

Free Blog Templates