Wednesday, November 28, 2012

MAHA 2012


Semalam gigih aku MC semata-mata nak pegi MAHA. ceh, selamba ayam je ngaku kat sini. Mohon sangat bos aku tak baca.

Masa 2010 dulu tak sempat nak pegi, jadi tahun ni kena pegi la kan. Tengok sikit apa yang best sangat tu. Jadi semalam kitarang pegi. Saja pegi hari keje, sebab kalau hari cuti, jammed melampau-lampau dan bilangan umat manusia ramai gila. Walaupun weekday, orang tetap ramai. Mungkin derang pun MC macam aku gak hehe
Kitarang sampai Serdang pukul 10++ am. Parking takde masalah sebab awal lagi. Itupun Q panjang jugak nak masuk parking.
Sampai je ronda kat tempat haiwan. Tengok lembu, kambing segala. Buat-buat muka jakun ala-ala tak penah tengok lembu seumur hidup 
:p
Daging rusa sekilo RM50.
Pastu layan pameran jentera pulak. Kali ini memang jakun, bukan buat-buat lagi dah. Ada 2,3 jentera yang memang aku tak penah tengok. Kagum sangat rasa :p

Kendian naik tram turun kat Laman Padi. tapi tak layan sangat..maklum la..dari celik mata dah dikelilingi sawah padi. Pusing sikit-sikit je, pastu jalan sikit pegi tempat perikanan. Peminat ikan macam ai memang gemar dengan tempat-tempat sebegitu kan. Tengok rangka ikan paus yang diwar warkan tu. Ye memang besar, rasanya kalo aku baring dalam mulut dia, buleh lepas (feeling diri kecik molek) -_-
Tulang ikan paus berkenaan. Besar wooo
Pusing lagi sampai kat rumah negeri. Ini best. Banyak boleh soping. Syukurla aku sedar diri...jadi aku soping ala kadar je. Boleh jugak rasa-rasa makanan popular setiap negeri. Tapi mungkin sebab cuaca panas, aku tak de selera nak rasa apa-apa. 
Rumah kami. Rumah Kedah :D
Ini yang we all rembat kat rumah negeri.
Kain batik Sarawak kat rumah Sarawak dan rumpai laut kat rumah Sabah. 


Jeruk kat rumah Pulau Pinang. Ada 'orang tu' dah beli jeruk ni 3 bungkus RM5, pastu dia patah balik pulak, beli lagi setengah kilo RM9. Stok jeruk utk sebulan hehehe (c/c - ibu adam kehkehkehkeh)
 Penat pusing, patah balik ke stesen tram, tunggu tram lain nak pegi hall. Sebelum masuk hall, makan dulu. Ada makanan dari seluruh negara dijual. Jenuh nak pilih. Tapi aku tak makan pape sebab penat..xde selera. Asik bantai air je. Memang tak larat kalau nak pusing semua. Itupun kitarang skip kawasan nenas, kawasan pokok-pokok, beberapa rumah negeri dan agro bazar. Hall pun jalan sikit-sikit je. Tengok apa ada.
 (ai tertarik dengan sutera China dan seni khat yang ditulis atas kain sutera, tertarik je..tapi tak beli >_< )

Pukul 3.30++ naik tram balik ke pintu depan. Tapi salah tram, rupanya kitarang parking kat entrance 2, tapi naik tram dari entrance 1 ke entrance 1. jadi pusing-pusing makan angin je la :D Sampai depan pusing lagi, soping lagi.. beli buah-buahan. pukul 5.00pm baru balik gerak balik. Dah macam masuk ofis. Dari pukul 10am - 5pm. working hours gitu.
buah-buahan yang menarik jiwa kami

Siap beli durian..pastu menangis la kau dari Serdang ke Rawang dengan durian di dalam kete. Dengan hujannya,dengan jammed nya..prfffffffffffff

Memang bestla MAHA. Rasa nak pegi lagi je... kepada yang belum pegi tu, silalah merafak sembah ke sana ye hehe tapi kalo nak bawak orang tua dan budak-budak, mohon uols bertabah dan bercekal hati sebab selain cuaca panas, time nak naik tram tu, orang ramai, kena rebut-rebut. Pastu banyak kena jalan, sila pakai kasut yang selesa. Bawak payung dan duit untuk soping. Kalo pegi dengan duit sikit, memang memandang barang dengan kesedihan jela (macam aku).
Panas sampai kaki berbelang...dah rupa zebra dah..

Template by:

Free Blog Templates