Tuesday, October 1, 2013

Siri Propa : I bz sangat-sangat tau

Salah 1 cara untuk menjauhkan diri kita dari orang yang kita tak suka/boring/menyampah dan sebagainya ialah dengan buat-buat sibuk. Kononnya dalam ofis tu hanya ada kau sorang yang bekerja. Kau lah bos, kau la macai..jadi sibuk bebenor sampai tak sempat bernapas.
*gituw..*

trett..treettt...wasap masuk
"hi u..salam"
Sila jawab 4jam kemudian
"wsalam..sori i bz sikit"

tittt... mesej FB masuk
"nape xonline?"
Sila jawab 3hari kemudian
"sorila..i bz sikit sekarang ni..fb pun jarang bukak sekarang..nanti bila i free, kita chat ye"
(macamla org tu xtau kau online hari-hari, asyik like sana like sini..tapi sila buat-buat macam orang tu tak tau apa-apa..)

tutt..tuuuttt...sms masuk
"u, jom g lunch..lama xjumpa"
Sila jangan jawab langsung. Atau paling cepat jawab 12jam kemudian
"eh..sorila u...i baru perasan sms u..sori sori sangat2... bz sikit sekarang ni"

tenengggg..tenengggg..call masuk
Pedulikan!

Amalkan selama 3minggu berturut-turut..lama-lama orang tu akan boring dengan kau sebab asyik sibuk memanjang. Kalau dia bijak, dia akan faham kau tak mahu kawan dengan dia lagi lalu dia menjauhkan diri dengan sendirinya.

Jadi Liana, ini karma kamu! 
*sonyum yo la*

Friday, August 30, 2013

besday saya

30/8/2013

Happy birthday to me!
Syukur masih bernafas. Nampaknya mimpi-mimpi semua tu mainan tidur je..
lega makcik.. mehehehe

wajah wanita berusia 30tahun >_<


Wednesday, August 21, 2013

Senarai Harapan Terbaru!

Lamanya tak de senarai harapan. Ada sebenarnya tapi tak boleh kat sini. Maluuuu.... tu yang tak tercapai tu :P 
Sebab mengikut pengalaman, kalau nak apa-apa tulis kat sini, Insyallah lama-lama pastu mesti dapat. Gitu...
ala-ala buku Imzan What If. 

Ok, ini senarai harapan yang paling terbaharu. Gelang Pandora. 
Mesti dapatkan yang macam ni..

atau macam ni..
atau nak susun sendiri charm mengikut kehendak hati. Pilih charm mengikut apa yang berkaitan dengan diri kita atau memori kita... harusla aku gantung macam-macam.. banyak memori katanya.

Dear Kakak, tengok saya dah tulis. Tak lama lagi mesti dapat. Mohon anda jangan jeles dengan gelang Pandora saya. yeeeehaaaaa 

Tuesday, August 13, 2013

Selamat Hari Raya!
oi dah bertahun tak meroyan disini. sempena syawal yang mulia ni, nak meroyan kejap la.. (sambil meroyan sambil tempek gambar)

Hari ni dah 13/8/2013. Ada lagi 17 hari sebelum menjelang birthday aku yang ke30. ok, sesungguhnya beberapa langkah ke umur 30 tahun amatlah mendebarkan. Bukan sebab risau jadi andartur. Bukan. Itu...ahkak dah ready..adik2 jangan risau ye.. Ada sorang kenalan lelaki aku berumur 25tahun selalulah ejek aku sebab umo aku yang hampir menjelang 30tahun..aku tak tau apa dosa menjadi wanita bujang berusia 30thn sehingga perlu disindir kulu kilir. Tapi aku dah tak kawan dengan dia lagi sekarang sebab bagi aku dia cuma bagi aku impak negatif Aku cuma kawan dengan orang2 yang memberi impak positif sahaja.. ia baik untuk kesihatan.
hehe

Berbalik pada cerita tadi. Sejak kecik..sekolah rendah macam tu.. aku selalu mimpi ada orang datang bagitau aku akan mati sebelum berumur 30tahun. Bukan sekali dua bermimpi. Tapi berkali-kali..sehingga tidak terkira kalinya. Ketika aku terlantar sakit di hospital masa tingkatan 2.. aku mimpi benda yang sama. Tak tau siapa (perempuan- kadang-kadang perempuan tua kadang-kadang perempuan muda) datang bagitau "jangan risau, hang takkan mati lagi sekarang..nanti dekat umur 30 baru hang mati" katanya.
Dulu aku rasa benda ni sangat kelakar. Setiap kali terjaga dari mimpi, aku gelak-gelak...sebab aku rasa takpe..jauh lagi nak ke umo 30 tu..
Tapi sekarang semua tu sangat menakutkan kamu tahu.
Harap-harap ia cumalah mainan tidur.

Entah kenapa beberapa orang sekeliling aku sekarang seolah-olah mengharapkan aku cepat mati. Rasanya tak de pulak aku buat salah kat depa. ok, mungkin itu gurauan bagi mereka. Tapi disaat-saat macam ni...jadi sensitif hokey! Mungkin aku yang terlebih sensitif kot.
orang 1 - oi lama tak nampak kau, ingatkan dah meninggal
orang 2 - semoga kamu tenang disana.. alhamdulillah dah smp KL..tak payah sedekahkan alfatihah
orang 3 - hidup lagi kau ye

orang 4 - eh,bukan hari tu orang cakap dah meninggal ke..hahahaha ok, saya gurau je (gurau palotak hang!)
seolah-olah dalam hati mereka setiap saat berkata -"matilah kau liana!matilah kau liana!"
>_<
Takpe..nanti bila aku betul-betul mati korang semua boleh melompat setinggi awan sambil bersorak keriangan.Jangan lupa letupkan bunga api 4hari 4malam bagi meraikan kematian aku. Dah itu yang ditunggu-tunggu kan.

Setiap pagi, bangun tido aku buka tingkap dan pandang langit. Nak pegi keje, dalam kereta, pandang langit lagi..Dalam hati berkata..mungkin ini langit pagi terakhir aku.

Tuesday, June 11, 2013

Monday, April 15, 2013

Marilah mari...pergi mengundi

ish tak sabar pulak nak balik mengundi.. 1st time ni..
cewah bunyi macam muda remaja je kan..padahal..? 
=)

*undi saya rahsia hehe

Monday, April 1, 2013

Drama Minggu Ini : icity












Monday, March 18, 2013

Kelas Menjahit Pertama Kami

Semalam aku dengan kawan aku si Ita tu pegi kelas menjahit. Rasa macam wanita sangat taww gi belajar menjahit. Kami cuma belajar buat baju kurung tradisional..senang la lepas ni, buleh jahit baju kurung sendiri. Baju kurung tradisional je la..baju lain..harooommm tak reti.

Kelas bertempat di Meru,Klang. Sebenarnya kita boleh pilih nak belajar kat mana, sama ada kat rumah cikgu kat PD, Negeri Sembilan, rumah mak cikgu kat Meru, rumah mak mertua cikgu kat Tampin ataupun di rumah kita. Untuk baju kurung tradisional, yuran RM150. Bawak kain dengan benang je. Lain semua cikgu sediakan. Cikgu kami nama Puan Yanti. 

Start pukul 10am. Pastu kau buat la baju kurung tu sampai siap. Rehat satu jam, si Ita balik tengok anak dia. Akhirnya baju kami siap pukul 8.00pm. Tu pun xsiap sepenuhnya sebab dah letih yang amat. Kami belajar ambik ukuran, buat pola baju, belajar guna mesin, belajar jahit silang pangkah dan mata lalat. (ke mata ikan ye...apa ntah nama jahitan tu)
Harusla tekun...katanya tak nak jadi QS lagi dah mehehehehhehe
Ita bersama baju yang dia jahit
Aku dengan baju. Tak siap lagi masa ni, tapi dah gigih nak ambik gambo. Senyum sampai idung berkerut tu tandanya teruja yang hamat.
Lepas ni kami cadang nak belajar lagi. Aku nak ambik kelas buat kebaya, Ita nak belajar buat jubah. Apa-apapun, harapan dan impian sekarang ialah nak beli mesin jahit. 
nak beli mesin jahit...nak beli mesin jahit..... (sambil menadah tangan berdoa) :D

Tuesday, March 12, 2013

Bot Berkuasa Wap

Aku bukan nak cerita pasal bot pancung sulu ke apa...aku nak cerita pasal steamboat je...mehehehhehehe
Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Ketiga menafsirkan steamboat sebagai bot berkuasa wap.

Hari tu masa pegi Cameron Highland sempat la makan steamboat. Kitarang makan kat Glory78 Steamboat & Snack Corner. RM23/pax. Jadi kami ambik 3pax. Sebab ambik 3 pax kami dapat 2 kuah. Sup biasa & tomyam. Memang itupun matlamat kami. Untuk mendapatkan 2 kuah. Gituw...tekak boya masing-masing.

Terletak di Tanah Rata. Sebelah Hotel Fern. Tempatnya cantik...kira ok la. Makan sampai jadi macam ular sawa..harusla cakap ok kan..
Muka lapar...senyum dibibir...perut menangis siapa yang tahu :p
ini aku punya mocha panas
haaa tudiaaa dah sampai dah...
Makan la sampai kembung pun..
Nasib baik kami bawak tukang masak...mehehehehe
Ini je yang aku makan..(untuk pusingan pertama...)
 Semua sekali termasuk air segala = RM80++

Dah balik KL, tiba-tiba ada orang tu tak puas lagi.. katanya "syok nooo kalo kita makan steamboat lagi..kita cari yang buffet pulak..hari tu hidang"

Jadi kami pun cari la restoran steamboat di kawasan kejiranan kami ni...maka jumpalah Asapanas Bistro Barbaque Steamboat Buffet. Depan Stadium Selayang je.. dewasa RM19.90 Kanak-kanak Rm9.90
Ini bahan-bahan yang disediakan...pilih-pilih, makan sampai habih. Tak habih kena denda. Pic cilok dari FB mereka



Ini wajah riang kanak-kanak tak cukup umur
Hidangan kami..kali ni ambik kuah tomyam saja.
Kesimpulannya = sedap. Kuah tomyam tu sedap. Daging bbq tu pun sedap.Lepas ni nak try kat D' Kayangan pulak. Lepas tu badan aku meningkat naik dengan jayanya
*pengsan*

Monday, March 4, 2013

Doa Untuk Sabah

Ya Allah lindungilah anggota keselamatan kami disana. Lindungilah semua rakyat Sabah dan semua rakyat Malaysia. Ya Allah semoga semua ni berakhir dengan cepat.Tak sanggup lagi nak tengok seorang demi seorang dibunuh. Tak sanggup lagi nak tengok anak-anak kecil melambai bapa mereka yang akan turun berjuang. Tak sanggup nak tengok muka isteri-isteri yang tersenyum melihat suami mereka berangkat, tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
*teringat Gwen melepaskan Arthur pegi perang*
Sedihnya, tak dapat bayangkan. Melepaskan orang tersayang pergi tapi belum tentu akan kembali. Kalau kembali pun tak tau macamana keadaannya.
*ok..airmata menitik-nitik jatuh*

Hajat dihati nak tepek gambar kami sekeluarga bergembira, tapi terus jadi hilang mood lepas tengok keluarga orang lain tengah bersedih. Siapa tak sedih kalau anggota keluarga sendiri dibunuh dengan kejam. Tengok mayat keluarga sendiri dalam keadaan menggerikan. 

Cukuplah..aku harap lepas ni tak ada lagi cerita sedih itu. Cuma mampu berdoa dari jauh.

:(  :(  :(

Thursday, February 28, 2013

Kopi Putih Di Hari Dingin - Episod 2 (Siri 1)

Tahun lepas rasa tak lengkap je hidup..sebab tak pegi panjat tempat kegemaran hamba Cameron Highland. 
Jadi minggu lepas kami pun pergi melepaskan rindu dendam disana.  
hehe
Disebabkan aku sangat menyukai Cameron Highland, maka aku pun memanjatkan tiga doa :
1- Ya Allah..murahkanlah rezeki aku supaya aku dapat beli rumah kat sini, jadi aku buleh datang sini seminggu sekali
2 - Ya Allah, semoga aku dapat keja kat sini
3 - Ya Allah, semoga bos aku dapat projek kat sini, jadi aku buleh keje kat sini
aaamiiinnn
hehe
   Kami sampai lebih kurang pukul 1pm. Tapi tak boleh masuk pekan Brinchang sebab ada Le Tour de Langkawi. Hambik tersangkut dijalanan sampai pukul 4.
*mood sedikit terganggu ketika itu
 
Beberapa hari sebelum pegi, kami booking hotel kat Booking.com. 
Famili Studio di Country Lodge Resort, Brinchang 2malam = Rm496 tunaiiiiiii
Pandangan didepan hotel sewaktu siang. Kiri kanannya penuh dengan bunga. sesuai dengan manusia pencinta alam macam aku -_-
Pandangan ketika malam
Penampakkan 'makhluk' yang melintas dengan laju.. ya, makhluk yang bernama Adam, berumur 6tahun.
Family Studio ni ada 2bilik dengan 2 katil queen dan 2 katil single lengkap dengan balkoni...jadi kau buleh keluar lepak kat balkoni malam-malam tengok keindahan alam sebab terletak di atas bukit.
(kalo tiba-tiba ada yang terbang melintas, mohon jangan salahkan aku..hehe)  

Kisahnya sebelum kami pergi, aku sempat search mengenai hotel ni. Ada yang kata hotel ni keras. Ada Cik Pon katanya. Maka takutlah mengenangkan aku kena tido sorang kat bilik nanti. Tapi peserta rombongan lain semua tak mau tukar hotel, jadi aku bertabah saja sambil memanjatkan doa Cik Pon tak memunculkan diri depan aku.

Jadi sebaik saja kami dapat kunci, aku terus baca ayat kursi banyak-banyak. Dari tangga ke pintu bilik hinggalah masuk ke dalam bilik macam-macam ayat aku baca...orang penakut memang sebegitulah pe'elnya.
Abaikan keadaan yang bersepah tu. Yang pink tepi katil tu beg mek anis. Masuk je bilik terus campak. Atas kerusi tu pulak sweater kami semua.*ketika gambar ini diambil, aku sedang baca ayat kursi lagi* :p
2 katil queen
Ada kerusi rotan diletakkan dibawah tv.. jadi kalau nak tengok tv kena melangut ye :p
Ini pulak pandangan didalam bilik
Abaikan segala mak nenek yang bersepah tu. Katil ni sebenarnya dijarakkan. Ada meja kecik kat tengah-tengah..tapi aku tolak bagi rapat. feeling ala-ala rumah sendiri
Ini pun diletakkan di dalam bilik...ala-ala dapur. tepi tu bilik air. Jadi, aku kena duduk di dalam bilik yang lebih kurang bilik bibik. siap rak dapur kat tepi katil  >_<
Balkoni
Pandangan dari balkoni..
siap ada bunga api uols...hehe.. ini sempena chap goh mei je kot.. jangan nanti kau duduk sana 4 malam tunggu bunga api..memang tak dela
mek anis sempat bergedik di tepi tingkap bilik
Dua malam kami kat sana, alhamdulillah tak de apa-apa gangguan. Tiap kali aku terjaga tengah malam, mesti aku pandang sekeliling, kot-kot tetiba nampak rambut panjang dok tido sebelah ke. Pengsan. Tapi syukur tak de apa-apa. Mungkin derang malas nak kacau kami sebab kami bawak 2 manusia kecik yang bising nak mampos kat dalam hotel. 
siap main masak-masak, pasir kaler segala kat balkoni rumah. Tu belum lagi berlari terjerit-jerit lompat katil.  Hantu tengok pun boring.
atau mungkin cerita tentang makhluk-makhluk halus ni cuma kabar angin. Mungkin juga pihak hotel dah usir mereka sebab duduk free kan..banyak cantik muka kau nak duduk free kat hotel. Boleh jadi geng Cik Pon sudah berpindah ke hotel lain atau sudah bergabung dengan Cik Ta dan jadi artis terkenal.

Aku Bukan Hantu

Sekadar bercerita...
Di satu malam yang permai, aku dengan hati yang tenang dan lapang telah ke satu tempat kesukaan orang ramai. Di celah-celah orang ramai, tiba-tiba aku terpandang seorang hamba Allah yang aku kenal.
“eh nak tegur la…” kata hati aku sambil tersenyum lalu aku berjalan terkedek-kedek ke  arah hamba  Allah berkenaan. Di depan hamba Allah itu ada cermin, dan aku dapat lihat dengan jelas dia nampak aku. Aku lambai-lambai. Lambaian yang bersopan, bukan yang angkat tangan tinggi-tinggi.
Tiba-tiba..zasss dia memaling ke  arah lain dan cepat-cepat berjalan. Sangat ketara beliau cuba lari dari aku. Aku berhenti berjalan, biarkan dia berlalu pergi dengan 1014 (seribu empat belas sahaja) persoalan. Kenapa macam tu? Aku nak tegur je, bukan nak kutip hutang… seingat aku, aku tak de buat salah kat dia..mungkin ada..dan aku terlupa..mungkin..mungkin jugak dia memang tak suka aku pun..mungkin.  mungkin dia tak perasan langsung aku kat belakang dia, aku je sentap terlebih. Mungkin dia ingat aku nak mengorat dia...atau mungkin ada makhluk lain kat belakang aku, makanya dia takut (pengaruh filem hantu tempatan)…mungkin.

Di satu hari yang lain pula, aku berjalan di sebuah pusat membeli belah yang takde la terkemuka sangat di pinggir ibu kota. Di setiap saat dan ketika aku perasan orang pandang-pandang aku. Tua muda jantan betina. hokey, sekarang kau cakap aku perasan gila kan? Tapi ini serius. Aku masuk toilet, tengok cermin, pelik sangat ke aku. Entahla. Aku boleh terima kalau ketika masa kejadian aku pakai baju dan tudung 4 lapis warna warni. Tapi bila aku cuma pakai baju kurung kaler pink dengan tudung bawal warna putih, tindakan mereka memandang aku atas bawah adalah amat menjengkelkan. Extra jengkel, bila aku pandang balik, mereka tak nak pandang ke arah lain. Cover la sikit kan.. 
Dan bila aku senyum ke arah mereka, zass mereka segera memandang ke arah lain. ok, itu extravaganza jengkel.
Apa salah aku? muka aku macam hantu sangatkah? atau ada hantu atas bahu aku?.. (pengaruh filem hantu korea..

Pada satu tengahari pula, aku berjalan sendirian di kawasan parking pejabat. Aku terdengar suara lelaki berbisik-bisik. 
"blablabla..kereta putih ni, no kedah.." (macam bercakap tentang kereta aku je..)
"blablabla tingkat 2..blabla.." (ok..ofis aku tingkat 2)
zass!!!sepantas kilat aku memandang ke belakang. Aku terpandang kelibat 2 manusia sepantas kilat juga menyembunyikan diri di sebalik tiang. Aku dilanda kekeliruan. 
Aku pusing balik dan teruskan perjalanan ke kereta.
 "dia nampak kita ke.."
"xtau la..tp pelik kan..aku blablabla"
"ah..tula pasal..blablabla"
*blablabla mewakili butir bicara mereka yang aku tak dengar
"sapo ni..." hati aku berkata begitu..
Suasana sepi. Aku pusing dan cuba mendapatkan kedua-dua lelaki berkenaan. Berjalan laju ke arah tiang yang melindungi 2 manusia misteri itu.
"dia datang..dia datang..blah blah blah"
kepuk kepak kepuk kepak..2 lelaki berlari sambil tersengih memandang aku.
Langkah aku terhenti. Aku pandang kedua-duanya dengan 1026 (satu ribu dua puluh enam sahaja) persoalan. Pelik, marah dan takut.Aku pandang pula sekeliling.
kepuk kepak kepuk kepak..aku pulak berlari ke kereta. Sehingga ke hari ini, aku masih belum tau siapa mereka. Kalau mereka tak cakap pasal aku, kenapa lari?
Mungkinkah ada pocong dibelakang aku? (pengaruh filem hantu Indonesia)

Sesungguhnya ketiga-tiga situasi di atas sedikit sebanyak memberi aura negatif dalam diri aku.
ok..beri ruang untuk aku sentap sebentar.
>_<

Wednesday, February 13, 2013

PA Baru Saya

Gong Xi Fa Cai & Selamat Bercuti.
Aku tak cuti, aku keje macam biasa. disebabkan derang kat ofis ni semua Cina , maka aku yang berbangsa Melayu ni kena kerja. Tolak ansur khennnn..nanti raya posa, aku cuti 2 minggu pulak. Tak de sapa nak larang.

 Dah ofis kosong, jadi kita datang kerja bawak anak la kan buat teman.Ada PA la kita hari ni ye..
PA sedang tekun bekerja...takut kena potong gaji la tuwww... kena potong gaji kalu..tak dapat la nak beli lori,ketapi,bas, askar segala
PA & Bos yang dah boring. Bila dah tak de keje + malas bekerja..maka ini la jadinya
//aku baru nak mengular dah ada meeting pulak. motip meeting dihari semua orang bercuti?
 *tepuk dahi*

Thursday, February 7, 2013

Misi Merawat Tumit Kaki = Berjaya

Hari tu jalan atas karpet kat rumah, tiba-tiba rasa kaki melekat-lekat.
"ish budak-budak ni, makan atas karpet la ni, habih tumpah melekat kat kaki aku " kata aku sendirian lalu membelek kaki.
Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!! rupa-rupanya tumit kaki aku pecah. Bukan sikit. Dua-dua belah pulak tu. 
Tudiaa...huduh kan. Mohon jangan montah disini
Tak buleh jadi ni, kena rawat segera. Pikir punya pikir, mungkin masa balik kampung hari tu, kaki aku tak tahan dengan tiles kat rumah. Pastu selamba je aku jalan kaki ayam atas tar sambil cuci kete. (mak pak kami turap tar habih kat laman rumah, alasan mereka tak nampak kotor bila hujan
Tu la buruk sangat perangai...kan dah dapat hasilnya >_<

Langkah pertama, p farmasi beli krim untuk tumit pecah. Disamping tu beli batu pumis sekali, buat tenyeh kaki.  
Beli brand ni.. 3 hari katanya... Rm23.90
Seketul je la aku beli. Bape hinggit ntah..tak ingat. Tapi bawah rm10 la..

Kendian, sediakan air suam campur air rumpai laut dan air mawar. Campur sekali hirisan lemon..cewah..lemon tu..tak pakai limau purut. Sebabnya rumah aku ada lemon je.
 Lalu rendam kaki sambil tengok tv. Feeling ala-ala princess.
Sekejap je buleh rendam kaki sendirian. 10 minit kemudian, datang dayang dan pengawal a.k.a adam & anis nak join. Kena la tuan puteri gilir-gilir dengan dayang dan pengawal
Sambil-sambil rendam, aku tenyeh kaki dengan batu pumis dan hirisan lemon tu. Pastu cuci kaki bersih-bersih. Siap scrub sekali. Sapu krim, pakai stokin dan zzzzzzzzzzzzz
Nak ambik gambar, kena la pakai stokin hak comei sikit kan :p
Hasil selepas 4 hari bersusah payah...taraaaaaa
Sudah kembali licin.. weeeeeeeeeeeeeeee suka!suka!suka!
 Dalam 4 hari tu sempat la aku rendam kaki 2 kali. Sekarang rekahan dah hilang, dah malas nak rendam. Cuma masih gigih sapu losyen. Takut pisang berbuah 2,3,4 kali.
Dear kaki, lepas ni aku janji tak berkaki ayam lagi ye >_<

Template by:

Free Blog Templates