Tuesday, January 22, 2013

Fobia..fobia..fobia

Dan dan teringat lagu KRU..fobiaku dianiaya...uooo uoooo....

Pagi tadi dengar radio Suria.fm, topik pagi ni mengenai fobia. Fobia ialah perasaan yang amat takut pada sesuatu benda, orang atau situasi. Melampau-lampau takutnya sampai rasa nak pengsan 3hari. Ada sorang tu fobia pada mancis. Boleh demam seminggu katanya kalau pegang mancis.Ada jugak yang fobia pada semut. Pelik tapi benar. Paling ramai orang fobia pada labah-labah. Tapi aku tak, aku ok je dengan labah-labah, boleh kawan baik.
Lalu aku pun gugel jenis fobia yang lain. Kelakar pun ada, macam-macam jenis fobia ada kat dalam dunia ni. Antara yang pelik bagi aku ialah :-
  • Chorophobia - takut menari
  • Hexakosioihexekontahexaphobia - takut angka 666 (serius aku tak tau kenapa 666, kalau 777 bagaimana pulak)
  • Koumpounophobia - takut jahit butang (hah sudah, pakai baju sarung je la ye)
  • Porphyrophobia - takut warna ungu
  • Leukophobia - takut pada warna putih
  • Melanophobia - takut pada warna hitam
  • Xanthophobia - takut pada warna kuning (putih & hitam aku boleh terima, kalau kuning dengan pepel tu macam pelik sikit)
  • Spectrophobia - takut cermin dan refleksi sendiri (kalau tengok orang berserabai, mohon jangan dihina, mungkin dia ada fobia jenis ni)
  • Technophobia - takut teknologi (motif tidak diketahui)
  • Telephone phobia - ketakutan atau keengganan membuat atau menerima panggilan telefon
  • Alektorophobia - Fobia pada ayam (aku ada kawan macam ni..jadi kitarang selaku kawan yang kejam selalu usik dia dengan ayam hehehhehe) Alliumphobia - Fobia pada bawang putih
  • Bancophobia - Fobia pada bank (mesti duit semua simpan bawah bantal).
  • Chrometophobia/Chrematophobia - Fobia pada wang atau duit (harap sangat aku kenal orang jenis ni "siti, kau ambik la semua duit aku ni, aku fobia sangat dengan duit tau.." hehe
  • Hamartophobia - Fobia membuat dosa (baguih ni....)
    Metrophobia - Fobia atau benci pada puisi (kalau kau berjiwang dengan dia, mesti kena hempuk dengan lesung batu)
  • Pediophobia -  Fobia pada anak patung (pengaruh filem Chucky mungkin)
  • Pentheraphobia - Fobia pada mak mertua (ramai ada fobia ni, tu yang tak nak balik raya rumah mertua tu hehe)
  • Phonophobia - Fobia pada suara sendiri ataupun apada telefon
  • Siderophobia -  Fobia pada bulan (tak dapat la nak talking to the moon)
  • Sophophobia - Fobia untuk belajar (silap la aku tak tau ada fobia ni. kalau tak boleh aku macam ni kat mak dulu - "cek ada sophophobia, sebab tu exam dapat no 8" )
Fobia aku lebih kepada haiwan.
  • Ailurophobia - takut pada suka kucing (cuba mengatasi fobia ni dengan cara selalu tengok gambar kucing comel, setakat ni tak berjaya pun)
  • Ophidiophobia - takut pada ular (Lagi-lagi ular sawa batik. Ini panjang ceritanya..)
  •  Scoleciphobia - takut pada cacing (lebih kepada geli)
Tu baru sikit. Ada banyak lagi fobia-fobia lain kat dalam dunia ni. salah 1 darinya mesti ada dalam diri uols. Mesti punyalah.

Ada lagi satu. Aku jugak fobia pada orang mati. Kalau aku tengok orang mati atau tau ada berlaku kematian mesti aku rasa takut yang amat. (walaupun orang yang mati tu tinggal di kampung sebelah). Takut sampai keluar airmata. Tak boleh tidur.Tidur bukak lampu. Itupun tak nyenyak, asik terjaga tengah malam. Bila terjaga aku pandang sekeliling, tengok tingkap, tengok pintu, tengok bawah katil, kot-kot orang mati tu datang kat aku. Memalukan.  

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates