Wednesday, November 30, 2011

Saya yang gatal

Gatal sana..gatal sini. Apa kena ntah. Sejak malam tadi aku sedar badan aku penuh bintik-bintik. (mahu bertukar jadi katak puru kah??)
Gatal dan pedih howkey. Tak tau kenapa.

(gambar tidak boleh dipaparkan...keji sangat kekdahnya menayangkan badan berbintik disini)

Nak kata alergik salah makan, rasanya tak de apa aku makan pun semalam. Pagi makan roti, tengahari makan nasik dgn ikan keli dengan kerabu mangga. Itu je. (mungkinkah cuka dalam kerabu mangga tu - derang letak cuka tau...aku buleh rasa) Hasilnya aku dah macam kera kena belacan dan sambal belacan tu sekali. Tergaru sana tergaru sini.

Ke towel kat gym tu punya angkara. Tapi orang lain guna ok je..pehal aku sorang pulak yg gatal tak tentu pasal ni (ke memang aku sediakala gatal?)
http://www.emocutez.com

Atau kata Mei Mei, ni lah akibatnya bila aku terus mandi lepas senaman. Ok itu memang aku tak penah lakukan sebelum ni. Tapi disebabkan panas dibadan dan dihati, maka aku mandi untuk meredakan kepanasan di kedua-dua bahagian.
(apakah...?)

Risau sangat takut bintik-bintik ni merebak ke muka. Sekarang aku tengok xde lagi. kalo ada bintik, tu jerawat hehehe
Lagi sejam tak tau la macamana. Semoga tak jadi apa-apa. Aminnnn.
http://www.emocutez.com

Walopun dihati penuh kerisauan dan tanda tanya, tapi aku tetap tak de perasaan pun nak pegi klinik jumpa doktor. Harapan dijiwa semoga gatal-gatal ini berkurangan dengan sendirinya hehehhe buleh gitu?


Nota kaki yang tidak ada kena mengena langsung dengan tajuk di atas :-
Jika kamu rasa masa kamu emas, kamu kena ingat masa orang lain pun emas jugak. Jangan persendakan masa orang lain. Dia pun ada 24jam sehari macam kamu jugak. Mohon hormatlah. Bukan susah sangat pun :)

Tuesday, November 29, 2011

Jangan dicabar orang yang sabar

nota kepala : aku sedang menaip dalam keadaan yang tenang, sambil bergelak ketawa dengan rakan-rakan seopis
http://www.emocutez.com

Ada orang kan sangatlah penyabar. Apa orang buat kat dia pun, dia senyum je. Orang kata apa pun kat dia, dia diam je. Apa-apa pun, dia ok-ok kan je.

Bagusnya berdepan dengan orang macam tu. Tapi ada orang suka betul ambik kesempatan dengan orang macam tu. Bagi derang orang tu vodo,vengong, vendul.

"takpe..dia ok..dia takde hal punya...dia tak kisah"
yela..takpe ye...takde hal ye...tak kisah ye... memanglah dia takpe,dia tak kisah,dia takde hal sebab dia masih bersabar lagi dengan sikap kau tu. Tapi toksah la kau cabar-cabar kesabaran dia lagi.

Dia pun ada hati perasaan jugak. Tau sakit hati dan tau marah. Cuma dia punya kelebihan mengawal rasa marah dia.Tapi kalo tiba-tiba dia marah hah hambik macam gunung berapi meletup. Kang tiba-tiba masuk muka depan harian metro je ada orang mati kena bunuh.

Apa nak buat, mungkin itu yang orang nak tengok dia buat.

Apa pun yang pasti orang tu bukan aku.Hampun sangat aku bukan orang yang sabar. Sedey mengenangkan sikap panas baran ni ha. Macam-macam aku buat nak mengurangkan panas baran ni. kasik cool sikit. Ada kalanya berjaya, adakalanya harom.

Jadi kalo kamu tak kenal aku dan rasa aku orang yang sabar, boleh ditolak ke kiri ke kanan, ke depan ke belakang, kamu sangat bertuah kerana itu maknanya aku masih bersabar dengan kamu (ia jarang-jarang berlaku howkey), jadi mohon sangat kamu hargai kesabaran aku sebab kamu tak tau apa yang aku akan buat bila aku marah.

Semoga tuan tanah dapat mengawal marah kpd beberapa orang hamba Allah itu sebelum perkara seperti ini....
http://www.emocutez.com
berlaku. Amin.

Saturday, November 26, 2011

Mimpi Kartun yang benar2 Kartun

Nak kata tak basuh kaki, basuh. Nak kata tak baca doa,baca. Tapi semalam tido mimpi anewak sungguh.
Formula hari ini : Anewak = Aneh + lawak

Kisahnya dalam mimpi tu, aku & geng Detektif Conan nak pegi latihan untuk jadi ninja di Beijing.
Siap merentasi salji segala. Motip aku jadi geng Detektif Conan??
(Kenapa Beijing???kenapa salji??kenapa Conan??kenapa semua semua orang kartun aku sorang manusia?? )
http://www.emocutez.com

Geng ini...kecuali Ran. sedey!

Hibara pun ada sekali

Dalam mimpi tu aku siap dah pakai cenggini...
Cenggini la lebih kurang. tapi semua hitam. Usung pedang segala.
Kononnya kami kena hadapi 4 ujian sebelum layak bergelar ninja. Ujian tu pulak disediakan oleh Giant & Sunio!!!! Menangih tau dapat mimpi bangang camni.


Giant & Sunio sangat-sangatlah jahat. Bukan tahap nakal, tapi tahap jahat. Geng Conan pulak asyik nak bergelak ketawa 24jam. Aku, Conan & Hibara je sangat serius menentang.

Cabaran pertama kononnya tiba-tiba kami diserang oleh sekumpulan ninja dalam 1 pondok buluh. Asal jalan je, lantai buluh tu berbunyi. Giant & Sunio tengok dari atas. Ala-ala pentas gitu. Memang giat sungguh aku melawan. Kalo org tengok sumpah kagum la hehehehe

Ntah cemana, scene melawan dalam pondok buluh tu tamat cam tu je. Sedar-sedar ada dalam gua. Menurut mimpi tu, itu Gua Niah. Tapi di Beijing kau....
http://www.emocutez.com
itu ujian ke2 katanya.

Dalam gua pun kena serang gak. Sepenuh perasaan aku angkat pedang tu libas kulu kilir. Berat. Masa mana ntah semua orang kena culik pulak. Tinggal aku sorang je dok berlawan
(kata mimpi aku, harusla aku hero aku jugak heroin :D )

Nak selamatkan budak-budak tu kena naik tangga yang nala punya tinggi. Dah macam Batu Caves. Sedang berlari naik tangga, tiba-tiba ada orang jerit kat belakang. Tapi aku tak kenal siapa. Lelaki.
"Chintia...Chintia kita kena cepat, nanti gua ni roboh"
(Watak aku dalam mimpi ni Chintia ropenye... Chintia???awat aku macam kenal je nama tu? )

Orang tu cakap, tak payah selamatkan Geng Conan tu, kita selamatkan diri kita je katanya. Tu nampak tu ada orang pasang bom, kejap lagi meletup.
(ada la satu kotak bunyi titt tittttt titttt-bom gaknya)

Tak sempat nak berlari turun terus dia kaboooommmmmmmm berasap-asap. Lepas tu terus keluar bunyi lagu Demi Lovato.

Ceh telefon aku bunyi. Blur je aku bukak mata jawab.
"oi hang p tengok abg sharin hang ada dak??" nyaring je suara je tetiba. Aja telefon. Aku tengok jam 2.27am. Kawan tu dok ofis lagi. Siapkan tender kekdahnya.

Sibuk je menelepon pagi-pagi buta ni, hancur mimpi hebat aku. cess!! Tak sempat nak buat ujian ke3 & ke4. Kalo tak buleh jadi ninja.

Terus aku bangun sandar kat katil ingatkan balik mimpi kartun tu. tapi time tu rasa kaki dan tangan ni sangatlah sakit dan lenguh. Motip sakit tidaklah diketahui sehingga kini.
:D

Wednesday, November 23, 2011

Hari Ini Saja

Pic hari ini...


kau tau mana aku dapat belon-belon ni?si mei mei ni ha ambik kat tempat parking ada orang buang. Dia kata cantik kaler belon2 ni. Terpaksala aku jalan memandang lantai untuk sampai ke ofis.
Sedih.

Sampai ofis, aku yang mula2 gedik begambo.
Jakun sangat rasa tau. Tapi biarlah..aku ado belon kau ado?
http://www.emocutez.com

Lagu tema hari ini....



Jampi serapah hari ini...

Love...love please go away
Leave me alone,come another day

ai tak mau ambik risiko lagi. Harus halau ia pergi sebelum melarat.
http://www.emocutez.com

Tuesday, November 22, 2011

Sebab Saya Cuma Ada 1 Mak


Hari ni 22/11/11. Genap umur mak 56thn.Happy birthday mak. Semoga panjang umur mak. Semoga mak dilindungi dan dirahmati Allah selalu. Semoga mak diberikan kesihatan yang baik. Semoga mak bahagia dunia dan akhirat. Semoga tercapai impian mak yang satu itu. Semoga Allah murahkan rezeki kita.
(kalau tak kerana mak,anak mak ni tak akan berada 'disini')

Tak boleh nak celebrate besday mak hari ni sebab kami kat KL. Tapi kalo kat kedah pun sama je..mak bukannya makan kek. Last2 anak mak ni jugak yg habihkan kek.
(anak mak ni jugak yg sihat walafiat :D )

Anak mak ni masih ingat masa anak mak ni sakit kat hospital. Mak jaga anak mak ni. Mak tido kat lantai. Tido-tido ayam. Kejap2 anak mak ni bising sejuk, mak bangun off kipas. Pastu anak mak ni bising panas pulak, anak mak ni bangun lagi on pulak kipas tu.
(kesian mak dapat anak mengada-ngada macam anak mak ni)

Tapi bila mak sakit anak mak ni dok ujung kaki picit-picit kaki je.
(ampunkan anak mak ni)

Kesian mak dapat anak macam anak mak ni. Rasanya dalam semua anak mak, anak mak yg ni yg paling tak boleh pakai. Anak mak ni tak sealiran dengan mak. Jadi kita selalu bertelagah. Mak tak suka apa yang anak mak ni suka dan anak mak ni tak suka apa yang mak suka.
Tapi dalam hati, jantung,otak, pembuluh darah,pankreas, buah pinggang dan segala organ lagi, semuanya ada nama mak. mak,mak,mak,mak sini,mak sana. Sakit panggil mak, tekejut panggil mak,takut panggil mak. Pendek kata mak di mana2.

Wahai mak, anak mak ni selalu sangat melawan mak kan. (mak kata satu hari nanti bila saya dah jadi mak, saya akan insaf) Tapi jauuuuuhhhh dalam hati anak mak ni, penuh dengan rasa sayang kat mak. Bila ingat mak, airmata anak mak ni jatuh. menitik-nitik. Bila pegi mana-mana anak mak ni cuma cari barang apa nak beli untuk mak.
Dalam hati ni cuma ada rasa nak tunaikan impian mak. Walaupun susah sebenarnya. Anak mak ni pun tak tau macamana nak tunaikan. Tapi anak mak ni terus mencuba dan mencuba sebab anak mak ni cuma nak tengok mak hepi. cuma nak mak bahagia sebelum mak atau anak mak ni menutup mata. Sebab...
saya cuma ada 1 mak sahaja dalam dunia ni dan itulah emak saya hidup dan mati.
Dunia dan akhirat.

Semoga Allah memudahkan jalan untuk anak mak ni dan anak-anak mak yang lain.
Amin.


Kalau boleh chek nak p dulu sebelum mak. Betul. chek nak p dulu sebelum mak.

Monday, November 21, 2011

Lupa Renew Lesen Lagi...

Hari ni pagi-pagi buta lagi dah pegi JPJ Wangsa Maju. nak renew lesen. Senang buat kat JPJ cepat. 5minit pun tak sampai. Wangsa Maju pun bukannya jauh benor. Tak payah guna map.

Lesen aku dah mati. Lama dah rupanya. Bulan 9. Tapi seperti tahun-tahun sebelum ni, aku lupa nak renew lesen lagi. Mati bertahun pun aku masih gigih drive kulu kilir. Relax je mengabahsendirikan jalanraya. Syukur polis tak tahan.

Tahun 2010 lesen aku sepatutnya tamat 3/5/10 tapi aku lupa. Aku sedar lesen aku mati masa aku kat kg. Balik bercuti kekdahnya. Lepas tu gelabah konon2 lesen baru aku hilang. Padahal tak renew. Renew ke tak pun aku tak buleh ingat. sedey. Tapi aku diam-diam je tak berani bagitau mak abah. Kalo bagitau memang kita akan kena kuliah subuh,zohor,asar,maghrib dan isyak.

4/5/2009 - 3/5/10
20/9/10 baru aku gigih p renew dengan harapan semoga pada 19/9/2011 aku tak lupa lagi.
Tapi hampeh. sama je. Sumpah aku tak ingat dia mati. Sedar-sedar je dah bulan Nov hehehhe

Jadi ini lesen baru..
Taraaaa....21/11/2011 - 30/8/13. Asalnya aku nak buat 2thn, tapi tengok-tengok dalam purse aku cuma ada RM60. sedey lagi. Mana aku nak cari mesin ATM kat JPJ ni. Jadi aku buat setahun je. Tapi kali ni kena RM45. Caj pelarasan kekdahnya. Sebab sekarang ni tarikh tamat lesen dah ikut tarikh lahir. Jadi lesen kali ni akan meninggal dunia pada 30/8/13 . Semoga aku aku tak lupa lagi dah. Amin.

Sunday, November 20, 2011

Cabaran Ke Sunway Giza

Tarikh : 19/11/11
Tempat Dituju : Sunway Giza Mall
Tujuan : Training
Waktu Ketibaan : Harus sebelum pukul 4pm

Aku ni tidak lah pernah sampai ke sini. Aku tau la kewujudan shopping complex ni tapi aku tak pernah pegi dan tak tau pegi.
Sedih. nak pegi Sunway Giza pun tengok map kau..malu ai.. tp hari tu aku gelak kat sorang ni - dia hon2 aku kat traffic light Kg Dato Abu Bakar, tanya camana nak pegi Uni.Malaya. Kihkihkih (aku gelak) um pun xtau pegi ke? Hari ni hambik orang gelak kat aku pulak, Giza pun xtau pegi ke woi..hahahha karma gitu.
Maklum saja la makcik ni orang kampung nakkk. Celik-celik mata kat Kedah nun. Central Square, Sg Petani aku tau la pegi. Tapi jangan pulak kau ajak aku ke Alor Setar Mall, sumpah aku tak tau pegi sana. Shahab Perdana pun aku tak tau p
http://www.emocutez.com

Berbalik pada cerita cabaran. Bukan saja-saja aku nak g ke sana. Tak de kejenya aku nak bershopping ke sana.
Aku nak g training tau (dah serupe atlet negara gayanya,training tak abih2)
PT aku dah tukar ke sana. Alang-alang sangat je nak tukar PT baru. Tinggal beberapa je lagi. Jadi tegalah aku buat training kat Giza ni je. Tak jauh sangat sebenarnya. Saja je mengada.
(sib baik kamu tak tukar ke Kenanga Building tu ..kalo tak menangih pulak aku nak cari jalan ke sana, itu memang sumpah aku tak tau)

Abih keje terus aku gerak ke sana lebih kurang pukul 2.45pm dengan target untuk sampai sebelum pukul 4pm. (mcm jauh nor je bunyinya) Smp awal tak pe. Biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita (prinsip gitu) Tapi macam biasa la asal aku nak keluar je mr chew panggil, asal nak keluar je dia panggil, bertahun aku dok kat opis tak nak pulak panggil. Jadi terpaksa mengadap beliau lebih kurang 10minit.
Baru gerak. Katanya dekat Ikea..terus lagi depan. Ikea aku tau la. Selalu aku ke sana.

Lampu bunga ni pun ai beli kat Ikea tau.


Tidak ketinggalan kuali yang kat dapur tu. tapi tak kuasa aku nak ambik gambo kuali berkenaan.

Depan pada Ikea lagi hampeh tidaklah ku tau. Tapi jangan risau, tak tau blh belajar.
Lama-lama tau le.
ye idak?

Bak kata PT, "kan slalu nak p ikea, belok kanan, ini trusssssssss jeeeeeee"
Aku assume penggunaan 'S' dan 'E' yang banyak melambangkan kita kena jalan terus dalam jarak yang agak jauh. Mei mei pulak kata u terus,terus,terus,terus nanti nampak kat sebelah kanan. Banyak penggunaan 'terus' disitu. Hah betul la lama kena terus ni.

Terus punya terus punya terus....
Dan akhirnya...taraaaa sudah nampak. Nampak traffic light, hah kau belok kanan pastu kau belok kiri. yeeehaaaaaa. G trafic light depan buat U-turn pun buleh bak kata mamameow.
http://www.emocutez.com
Wahhh gemilang sangat rasa bila dapat sampai ke sini dengan penuh yakinnya. Cabaran seterusnya nak cari kat mana True Fitness pulak >_< Asal kecik nor signboard True Fitness nih?

Ini memang sumpah mencabar. Penat la aku pusing Giza yg tak dela besar mana tu semata-mata nak cari True Fitness. Kejap ke atas kejap ke bawah. Dah aku call PT tak berangkat (time tu mmg aku rasa nak korek je bijik mata beliau)
Tanya orang pun tak tau.
Orang pertama : sori, i first time datang sini, tak sure pulak True fitness kat mana
Orang kedua : eh ada true fitness ye kat sini? mana ada..tak ada la..tak penah nmpk pun
http://www.emocutez.com mana buleh tak ada...ada la... aku tak tau kat mana je

Akhirnya aku nampakla kelibat orang berlari-lari di dalam satu tempat berlampu biru. Hah tudia..rasa nak heret je budak yg ckp xde true fitness tu.
abih tu ni apa dik? ko ingat true fitness tu nama restoran ke??

Masuk je aku nampak PT tengah berdiskusi dgn client gaknya...ohooo patut la xdpt menjawab call.. kat sini kecik sikit kekdahnya. Aku cari mesin kesayangan aku yakni stepper pun tak jumpa (atau mungkin aku yg buta) Takpe guna mesin lain je. Banyak lagi yg lain dok ada tu


Changing room dia pun kecik skit. Bersaiz liang lahad je... :D



Tapi ok la...dah tempatnya pun kecik. Tak dapat la beguling-guling macam kat Jaya 33. Tapi Mei mei kata kat Hartamas lagi besar. Takpe nanti ai try g sana pulak ye moi.

Abih training, apalagi jalan-jalan pusing tengok apa ada. Kot-kot ada kedai-kedai menarik buleh abihkan duit (tak sedar diri miskin lagi gigih nak bersoping) Tapi tak de apa yang menarik pun.
Pusing-pusing sudah.
At least nanti kalo orang tanya tak dela jakun sangat macam sebelum ni kan.

Balik pulak? sama je aku tak tau jalan gak. Tapi selalunya nak balik tak penah menjadi masalah pada aku. Aku pusing je sampai aku jumpa signboard jalan yang aku familiar. Jalan Kuching ke.. Kepong ke..Ipoh ke..Kuala Lumpur ke...ikut je sampai jumpa tempat yang aku kenal. Last-last sampai la rumah. Cepat dengan lambat je la bezanya.
hehehe

Saturday, November 19, 2011

Hari Sengeh Sedunia

Perasaan semalam membawak ke hari ni ialah begini :-

http://www.emocutez.com

http://www.emocutez.com

http://www.emocutez.com

alahaiii gatai merela nya aku

Friday, November 18, 2011

Jiran-Jiran aku yang happy go lucky

tau apa mende yang aku menci?
dengar orang ketawa kuat-kuat.
http://www.emocutez.com
Rasa macam nak sumbat mulut orang tu buah durian atau tengok orang tu mati time dia tengah ketawa kuat2 tu
(komunis sangat aku kan?)

Kat umah aku ada sorang. Pakcik ni. Sebenarnya aku tak penah tengok muka dia. Tapi suara dia ketawa ya ampun buleh dengar sampai ke rumah aku (baca sebagai rumah kakak aku) yang berada di tingkat lapan.

Tak tau la apa benda yang kelakar sangat sampai nak ketawa terbahak-bahak dengan begitu kuat sekali. Aku pasti mulut dia ternganga luas time dia ketawa tu. Bukan sekali dua tapi hampir tiap-tiap malam (kadang-kadang siang). Kira setiap kali geng tu melepak la. Selalu aku pikir, senang betul hidup derang. Tak de masalah ke derang ni? happy go lucky sentiasa. Ayah kawan aku dulu (sekarang ayah dia dah meninggal..alfatihah) selalu kata "amboi seronok aih depa..." setiap kali dengar orang ketawa kuat2.

Bukan tak boleh ketawa, tapi kau tak buleh ke ketawa dengan lebih berhemah. ini huahuahuahuakahkahkahkah dengan suara terjerit-jerit.
(Bunyi ketawa itu amatlah mengjengkelkan - annoying dalam bahasa melayu ertinya mengjengkelkan hehehehe)
Harus tangan tepuk-tepuk kerusi meja segala. Apa kenanya kau? Sangat lawak ke cerita kawan kau tu. Buleh la suruh dia pegi ujibakat Raja Lawak musim depan. Kot2 menang buleh glamer macam Nabil. Kau buleh tumpang.
http://www.emocutez.com

Kat opis pun sama nak...aku tak tau apa yang derang ni gumbira ria sangat. Ketawa 24jam. Riang betul hati derang. Rasa nak belajar je dari derang tips menjadi gumbira sepanjang 24jam. Terganggu sangat hokey. Terganggu sangat dengan bunyi ketawa sentiasa. Orang kata ketawa itu menceriakan, tapi kalo 24jam dok dengar bunyi ketawa, dah rasa semak kepala otak.

Kenyataan ini bukanlah bermakna aku tidak suka ketawa. Aku pun suka. Aku pun suka merapu. Tapi takde la 24jam nak huhahuhahuhakuhkahkuhkahkuhkah sentiasa. Ada masanya nak jugak rasa sepi dan senyap seketika supaya otak aku boleh memproses data dengan lebih sempurna. Time begini memang aku betul-betul menyokong kata-kata sepi itu indah (sebelum ni aku tak sokong kata-kata itu hehe)

Jika kamu sedang ketawa sekarang, kasik control sikit. Mungkin jiran kamu sedang berduka (kucing dia mati ke...lesen dia mati ke...atau dia yang nak mati ke...) Kamu tak tau. Jangan ingat dia akan turut ceria bila dengar ketawa kamu, kang ada yg kena parang kang aku tak tau.
http://www.emocutez.com
Akhir kata - Memang ketawa itu hak kamu tapi hormatilah orang-orang di sekeliling kamu juga. Tak susah sangat kot.

//aku ni baru tau guna emotion ni...haruslah aku praktikkan penggunaannya sebaik mungkin hehehehhehehe
http://www.emocutez.com

Thursday, November 17, 2011

Gadis romantik menulis......

Tanda-tanda orang tu seorang yang romantik - dia suka baca novel dan tengok cite hindustan. Mana ntah aku baca fakta ni.
Jadi,
aku pun romantik ooo aku baca novel jugak. Ombak Rindu.
(tapi 1 novel ni je la aku baca... -_-) dan tengok cite hindustan (satu jugak apa cupki cupki ntah tajuknya)

Ombak Rindu ni nak kuar filem tak lama lagi. Tapi hampun sangat, aku tak ada perasaan nak tengok. Tak tau kenapa. (walopun Aaron Aziz berlakon-ai peminat beliau tau) Mungkin tak terbuka pintu hati lagi kot. Buat masa ni OST filem ni je yang berjaya melekat dijiwa.
Menggaru hati gitu.


Tuhan aku tahu banyak dosaku, hanya ingat Kamu kala duka ku
http://www.emocutez.com


//aku suka baca buku tapi bukan novel. sebab novel selalunya menipu bukan realiti kehidupan sebenar (peminat novel mohon jangan hempuk aku dengan baldi)

Wednesday, November 16, 2011

I'm Not That Cinderella



I'm not that Cinderella, ,
I’m not right all the time,
And I’m not gonna sit in a cold, dusty old attic,
Just Waiting and waiting for that someone to come and find me.
And then one day I realized,
The fairytale life just isnt the life for me.
I'm not that Cinderella.

I know that one day will be the day I'll find someone who loves me,
who needs me,
Who wants me for my heart and soul,
and not just a pretty face,
and he’s isn’t scared to show that he loves me.
A one who will see
that I’m pleased who I am,
I’m not that Cinderella.

I can chase my own Monsters,
Out of my room.
I Can dream my own dreams,
But maybe not accomplish them.
And my knight in shining armour,
Is upto me.
I'm not that Cinderella.

I don't wanna be like anyone else,
I wanna be an individual,
Not like the pretty girls you see in the story books,
JUST ME (:
I'm not that Cinderella.

Mikaiila.S, Saturday,6/9/08



//sakit perut makan lala /XD


Tuesday, November 15, 2011

Cepatnya masa berlalu...

Hari ni malas nak keje tau. Tak tau la nape. Fefeeling bos agaknya.
Buat keje sikit,makan je lebih.

Boring main tenet, bukak segala fail-fail lama belek. Tengok pic anak-anak buah aku masa kecik. Tetiba sedar,lahaiii cepatnya masa berlalu. Sekarang semua dah besar. Dah pandai mintak mainan, dah pandai mintak jam G-shock. Dah pandai lawan taekwondo dengan aku. Dulu kecik je..buleh aku penyek je rasanya.

Ni Amirul. Anak Kacaq & Bacaq. Dia lahir masa aku tingkatan 5. Masa hari pertama dia balik dari hospital, letak atas kusyen (kusyen 4 segi kerusi rotan yang glamer satu ketika dulu) beganda2 kusyen tu besar dari dia.Ni muka dia ketika kecik. Sangat gila glamer howkey...pantang org angkat kamera,dia posing...

Ni masa raya. umo dia mungkin 3,4 thn masa ni. Aku tak pasti nape gambar ni blur. Mungkin aku snap dari pic. Bukan scan. (lupa sudey...maklumla orang tua >_< )

Kau tengok sekarang

Sikit lagi nak sama tinggi dengan aku. (atau aku yang pendek?) Dah darjah 5. Asal aku balik kampung je, dia ajak aku lawan taekwondo dengan dia. Ayat pertama sebaik aku menjejakkan kaki ke dalam rumah - "makndak,tengok jam G-shock baru abang, hebat kan?"
/blur

Adik si Amirul ni namanya Alia.

Muka budak ni semasa kecik (yang betul punya kecik) saling tak tumpah macam aku. Bezanya cumaa rambut dia kerinting tahap semut sesat. Dia lahir masa aku belajar kat uitm lagi. Aku buat perjanjian dengan dia sejak dia dalam perut lagi. "kalo nak keluar tunggu makndak dulu tau" Hambek kau betul-betul dia berpegang janji. Lama Kacaq dalam hospital tu dia xmau keluar, sampai la aku balik dari kampus dan tunggu Kacaq bersalin kat hospital bersama mak & Bacaq

Ni muka dah besar. Dah darjah 1. Muka dah xmenyerupai muka aku lagi hehehehe Dah jadi muka mak dia. Sejibik!

Anak buah aku yang no 3 ialah anak sulung Aja kakak aku yg nomot 2. Namanya Adam. Itulah budak yang banyak menghiasi rumah ni sebab dia kan depan mata aku hari-hari.

Ni muka ketika kecik. Somey sangat. Mata dia bulat. Badan dia tembam. Tengok lah ibu bapa dia menganiaya dia >_<

Ni muka sekarang. Dah tak tembam lagi. Cargas sangat kot. Dah pandai mintak mainan. Kemain nak mainan besar2. Aku tunjuk yang kecik tak nak. Budak-budak punya katanya (ye la kamu dah dewasa kan...sebab tu terjerit telolong masa aku pegi ubah kereta kat tempat basuh kete - takut aku balik rumah tinggalkan dia kekdahnya /nobigdeal malu ai taww )

Ni adik dia. Anis.

Wajah ketika baru lahir. Kecik jeee. Dah besar sekarang. Hobinya mengecheck bilik aku. Habih segala bedak,blusher, eye shadow aku dia try. Keluar bilik je, muka biru hijau kuning semua ada.
>_<

Ni muka sekarang. Dah pandai cakap. potpetpopet (ada yang hampeh aku tak paham mende)

Kejap je rasa. Tak sedar pun masa mana budak-budak ni membesar. Tak sedar pun masa tu berlalu. Kang nanti sedar-sedar orang baca talkin je. (oh dah mati rupanya aku...)
hehehhehehe

Bila aku tengok derang ni dah besar maka sedarlah aku..oh aku dah semakin tuo rupanya (nangeh)

Monday, November 14, 2011

Kenapa Aku Ada Blog?

Ini blog aku. Sebenarnya aku ada banyak blog. Mungkin lebih dari 5. Tapi hampun semuanya aku lupa password. Yang ini je yang aku ingat.

Kenapa aku ada blog? Ia bukanlah untuk mengikut peredaran zaman atau nak ikut-ikut orang. Aku bina blog untuk tulis apa yang ada dalam diri aku. Apa yang aku fikir. Apa yang aku rasa. Apa yang aku lihat. Apa yang aku dengar. Tentang kehidupan aku. Tentang orang-orang disekeliling aku. Apa yang ada di dalam ini,semuanya ialah 'aku'. Aku tukar 'hiasan' disini mengikut mood dan apa yang aku suka ketika itu (cthnya sekarang, aku guna pic pelangi sebab tiba-tiba rasa suka dengan pelangi, dan mahu hidup berwarna warni seperti pelangi. jadi tidak perlu bunga-bunga berguguran atau cursor berbentuk bunga hehehehehhehe )

Kamu tahu kita tak boleh bercerita 24jam, semua benda dengan bff dan kawan-kawan kita yang lain kerana ketahuilah sesungguhnya derang pun ada masalah masing-masing dan bukan 24jam nak dengar cerita kau je.

Jadi jalan penyelesaiannya, tulis di blog. Dulu-dulu tulis di diari. Tapi sekarang ni hampun tak de masa nak tulis jela-jela kat diari.

Rasanya menulis di blog adalah lebih bagus dari meroyan setiap 4saat difesbuk. Habih wall orang lain dengan status kamu sorang saja. Tapi diblog, ia lebih bersifat peribadi. Sapa masuk baca..suka..baca lagi. Tak suka buleh klik kat kotak empat segi berisi tanda pangkah di atas tu. Tidak ada halangan disitu.

Dulu aku tensen bila orang-orang tertentu baca blog aku. Tapi sekarang tidak lagi. Kalo takut dilambung ombak,jangan berumah ditepi pantai,kalo takut orang tau tentang diri kau, mohon privatekan blog kau. hambik pantun 2 kerat. /wahaha
Sekarang aku tak kisah kalo orang nak baca. bacalah. Terima kasih kerana membaca. Cumanya kamu tidak ada hak menilai aku hanya melalui tulisan-tulisan ini saja. Dan juga kamu tidak ada komen itu ini dengan 'rumah' aku ini.

Ibaratnya kamu mengunjungi rumah Hasnita Borhan (bukan nama sebenar) di hari raya. Mungkin kamu sakit mata dengan kaler langsirnya yang berwarna hijau + merah. Kamu jugak tak suka hiasan dalaman rumahnya yang berkonsepkan Flintstone itu....
>_<
Ok ketahuilah...itu rumah dia, ikut suka dia la nak buat macamana pun. Kamu tak ada hak untuk mengeji dia atau menilai dia sebagai orang yang xde taste. Lainla kalo dia p cat kaler merah hijau kat dinding rumah kamu. itu memang layak kamu lempang dia laju-laju.

Panjang pulak cerita Hasnita Borhan ni. Kesimpulannya, ini blog aku dan ini diri aku. Aku tidak pernah mengiklankan blog aku untuk dibaca. Jika kamu ter'buka' dan terbaca. bacalah :) Jika kamu sakit mata, sakit idung dan sakit mulut berada di sini..aku tak larang kamu untuk keluar. Tapi jika kamu suka, aku ucapkan terima kasih http://www.emocutez.com

Semoga Allah memberi aku kekuatan untuk aku terus menjadi diri aku sendiri.
:)




Friday, November 11, 2011

Cerita pasal 'tunggu'

Lama tak meroyan disini

Hari ni ramai update status 11.11.11
Ramai tunggu tarikh ni dengarnya. atas macam-macam sebab penungguan mereka
mmmm xdek yang best untuk aku dengan tarikh ni. Sama je dengan hari-hari lain. Bak kata Mary (kawan keje aku) 'everyday is a special day'. Betul gak kata beliau. sebab 6.9.11 tak akan berulang lagi walopun tarikh tu xcantik. Begitu jugak dengan 4.2.99. Sekali saja ada tarikh tu dalam hidup kita.

Lagipun tarikh yang aku tunggu dengan penuh harapan DULU dah lama berlalu. 080808 atau paling cikais 20082008. Dah lama berlalu dah. Berlalu begitu saja.
:(

Tapi sekarang ni pun tengah tunggu jugak. Tunggu dengan kesabaran sambil berharap semoga masa berlalu dengan cepat. Kena bersabar untuk tempoh paling lama 2 bulan. Mengikut kiraan tolak,darab,bahagi,tambah dan punca kuasa 2, insyallah aku cuma akan melalui masa-masa sukar ni sehingga hujung December saja. Lepas tu yeeeehhhaaaa
Sumpah aku benci bersama orang kerek,gerek dan cerek.

tapi...December? oh sedihnya mengenangkan bulan itu akan datang tak lama lagi sebab ada 'orang' akan kawin di bulan tu. Tarikh aku tak tau, tapi aku tau bulan December. Sedihnya sedihnya sedihnya....cepatla masa berlalu. Benci berada dalam masa-masa macam ni. Tapi mesti orang tu xsabar tunggu
:(




Thursday, November 3, 2011

Minggu Tekanan

2 minggu lepas membawak ke minggu ni dinamakan sebagai minggu tekanan. Minggu stress. Mungkin tekanan keje yg melampau disamping orang2 sekeliling yang menyakitkan hati. Tak payah cite panjang-panjang. Buat menyakitkan hati je. Kesimpulannya aku gigih cari keje lain. Pris dapat tau, terus dia menyelowtalkkan diri dengan aku.(hambik perosak bahasa bersuara)

Tapi aku ada pengalaman termakan pujuk rayu pihak pengurusan bila aku hantar surat resign tapi akhirnya aku ditendang tanpa rasa bersalah oleh mereka dengan notis seminggu SAHAJA. Ok, semoga Tuhan merahmati mereka (sedang berfikir buleh ke aku mendoakan non muslim, maklum la..makcik siti xbijak orangnya)
Kali ni aku lebih berhati2. Insyallah. Pengalaman mendewasakan kekdahnya. Insyallah aku tak mau terkena lagi. Mohon Allah memberi petunjuk. Amin. (sila aminkan secara berjemaah pls)

Pris pesan hidup kita ada pasang surutnya. Adalah normal bila kadang-kadang kita berasa stress dengan keadaan sekeliling. Jangan buat keputusan terburu2. (dia cakap omputih la kan... )
Iyolah tuu....

Tak tau la aku ni oversensitip ke apa. Selalunya tak delah aku sampai mengadu kat bos. Mcm bagus la pulak. Sindrom penghujung usia kah?
/no

Tapi orang-orang kat ofis membuat kesimpulan aku baru putus cinta. sebab tu stress sangat kata mereka. Lagi pulak aku suka sangat dengar lagu Unbreak My Heart.. mesti ada sesapa dah hancurkan hati aku ni. Pandai je speku derang ni. motip sangat putus cinta tu.. tak sesuai tau /hmm

Hari ni aku stabil sikit. Buleh bercakap, makan semeja sambil bergurau senda dengan hincik yang menekan otak aku tu. Kira ok la tu.
(cik chiti ini sedang cuba bersikap profesional okey..mohon beri kerjasama)

Mood sekarang - tak sabar nak balik kg sambut raya haji..walopun sebenarnya hingga ke saat ini 3/11/10 3.15pm cuti aku belum approve lagi..tapi aku nak selamba je cuti bermula sabtu ni hingga rabu depan. Aku nak raya sakan disamping ibu bapa terchenta. Aku bertekad sesuatu (tak buleh habaq kat sini) Mohon Allah beri kekuatan. Amin lagi.
/please

Template by:

Free Blog Templates