Tuesday, November 15, 2011

Cepatnya masa berlalu...

Hari ni malas nak keje tau. Tak tau la nape. Fefeeling bos agaknya.
Buat keje sikit,makan je lebih.

Boring main tenet, bukak segala fail-fail lama belek. Tengok pic anak-anak buah aku masa kecik. Tetiba sedar,lahaiii cepatnya masa berlalu. Sekarang semua dah besar. Dah pandai mintak mainan, dah pandai mintak jam G-shock. Dah pandai lawan taekwondo dengan aku. Dulu kecik je..buleh aku penyek je rasanya.

Ni Amirul. Anak Kacaq & Bacaq. Dia lahir masa aku tingkatan 5. Masa hari pertama dia balik dari hospital, letak atas kusyen (kusyen 4 segi kerusi rotan yang glamer satu ketika dulu) beganda2 kusyen tu besar dari dia.Ni muka dia ketika kecik. Sangat gila glamer howkey...pantang org angkat kamera,dia posing...

Ni masa raya. umo dia mungkin 3,4 thn masa ni. Aku tak pasti nape gambar ni blur. Mungkin aku snap dari pic. Bukan scan. (lupa sudey...maklumla orang tua >_< )

Kau tengok sekarang

Sikit lagi nak sama tinggi dengan aku. (atau aku yang pendek?) Dah darjah 5. Asal aku balik kampung je, dia ajak aku lawan taekwondo dengan dia. Ayat pertama sebaik aku menjejakkan kaki ke dalam rumah - "makndak,tengok jam G-shock baru abang, hebat kan?"
/blur

Adik si Amirul ni namanya Alia.

Muka budak ni semasa kecik (yang betul punya kecik) saling tak tumpah macam aku. Bezanya cumaa rambut dia kerinting tahap semut sesat. Dia lahir masa aku belajar kat uitm lagi. Aku buat perjanjian dengan dia sejak dia dalam perut lagi. "kalo nak keluar tunggu makndak dulu tau" Hambek kau betul-betul dia berpegang janji. Lama Kacaq dalam hospital tu dia xmau keluar, sampai la aku balik dari kampus dan tunggu Kacaq bersalin kat hospital bersama mak & Bacaq

Ni muka dah besar. Dah darjah 1. Muka dah xmenyerupai muka aku lagi hehehehe Dah jadi muka mak dia. Sejibik!

Anak buah aku yang no 3 ialah anak sulung Aja kakak aku yg nomot 2. Namanya Adam. Itulah budak yang banyak menghiasi rumah ni sebab dia kan depan mata aku hari-hari.

Ni muka ketika kecik. Somey sangat. Mata dia bulat. Badan dia tembam. Tengok lah ibu bapa dia menganiaya dia >_<

Ni muka sekarang. Dah tak tembam lagi. Cargas sangat kot. Dah pandai mintak mainan. Kemain nak mainan besar2. Aku tunjuk yang kecik tak nak. Budak-budak punya katanya (ye la kamu dah dewasa kan...sebab tu terjerit telolong masa aku pegi ubah kereta kat tempat basuh kete - takut aku balik rumah tinggalkan dia kekdahnya /nobigdeal malu ai taww )

Ni adik dia. Anis.

Wajah ketika baru lahir. Kecik jeee. Dah besar sekarang. Hobinya mengecheck bilik aku. Habih segala bedak,blusher, eye shadow aku dia try. Keluar bilik je, muka biru hijau kuning semua ada.
>_<

Ni muka sekarang. Dah pandai cakap. potpetpopet (ada yang hampeh aku tak paham mende)

Kejap je rasa. Tak sedar pun masa mana budak-budak ni membesar. Tak sedar pun masa tu berlalu. Kang nanti sedar-sedar orang baca talkin je. (oh dah mati rupanya aku...)
hehehhehehe

Bila aku tengok derang ni dah besar maka sedarlah aku..oh aku dah semakin tuo rupanya (nangeh)

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates