Monday, November 14, 2011

Kenapa Aku Ada Blog?

Ini blog aku. Sebenarnya aku ada banyak blog. Mungkin lebih dari 5. Tapi hampun semuanya aku lupa password. Yang ini je yang aku ingat.

Kenapa aku ada blog? Ia bukanlah untuk mengikut peredaran zaman atau nak ikut-ikut orang. Aku bina blog untuk tulis apa yang ada dalam diri aku. Apa yang aku fikir. Apa yang aku rasa. Apa yang aku lihat. Apa yang aku dengar. Tentang kehidupan aku. Tentang orang-orang disekeliling aku. Apa yang ada di dalam ini,semuanya ialah 'aku'. Aku tukar 'hiasan' disini mengikut mood dan apa yang aku suka ketika itu (cthnya sekarang, aku guna pic pelangi sebab tiba-tiba rasa suka dengan pelangi, dan mahu hidup berwarna warni seperti pelangi. jadi tidak perlu bunga-bunga berguguran atau cursor berbentuk bunga hehehehehhehe )

Kamu tahu kita tak boleh bercerita 24jam, semua benda dengan bff dan kawan-kawan kita yang lain kerana ketahuilah sesungguhnya derang pun ada masalah masing-masing dan bukan 24jam nak dengar cerita kau je.

Jadi jalan penyelesaiannya, tulis di blog. Dulu-dulu tulis di diari. Tapi sekarang ni hampun tak de masa nak tulis jela-jela kat diari.

Rasanya menulis di blog adalah lebih bagus dari meroyan setiap 4saat difesbuk. Habih wall orang lain dengan status kamu sorang saja. Tapi diblog, ia lebih bersifat peribadi. Sapa masuk baca..suka..baca lagi. Tak suka buleh klik kat kotak empat segi berisi tanda pangkah di atas tu. Tidak ada halangan disitu.

Dulu aku tensen bila orang-orang tertentu baca blog aku. Tapi sekarang tidak lagi. Kalo takut dilambung ombak,jangan berumah ditepi pantai,kalo takut orang tau tentang diri kau, mohon privatekan blog kau. hambik pantun 2 kerat. /wahaha
Sekarang aku tak kisah kalo orang nak baca. bacalah. Terima kasih kerana membaca. Cumanya kamu tidak ada hak menilai aku hanya melalui tulisan-tulisan ini saja. Dan juga kamu tidak ada komen itu ini dengan 'rumah' aku ini.

Ibaratnya kamu mengunjungi rumah Hasnita Borhan (bukan nama sebenar) di hari raya. Mungkin kamu sakit mata dengan kaler langsirnya yang berwarna hijau + merah. Kamu jugak tak suka hiasan dalaman rumahnya yang berkonsepkan Flintstone itu....
>_<
Ok ketahuilah...itu rumah dia, ikut suka dia la nak buat macamana pun. Kamu tak ada hak untuk mengeji dia atau menilai dia sebagai orang yang xde taste. Lainla kalo dia p cat kaler merah hijau kat dinding rumah kamu. itu memang layak kamu lempang dia laju-laju.

Panjang pulak cerita Hasnita Borhan ni. Kesimpulannya, ini blog aku dan ini diri aku. Aku tidak pernah mengiklankan blog aku untuk dibaca. Jika kamu ter'buka' dan terbaca. bacalah :) Jika kamu sakit mata, sakit idung dan sakit mulut berada di sini..aku tak larang kamu untuk keluar. Tapi jika kamu suka, aku ucapkan terima kasih http://www.emocutez.com

Semoga Allah memberi aku kekuatan untuk aku terus menjadi diri aku sendiri.
:)




0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates