Saturday, December 31, 2011

2011 yang pahit,payau,masam dan kelat

Hari terakhir 2011.
(narik napas lepas.Tarik napas lepas)

Kejapnya. Macam baru je sambut tahun baru 2011.
Angpow Raya Cina tahun 2011 pun aku simpan lagi.
(Harap2 dapat angpow yang banyak tahun 2012 nanti. Buleh aku simpan sampai 2013 pulak)

Aku cuba cari apa yang bestnya tahun ni. Tapi setakat ni tak nampak apa pun. Yang ada cuma yang hitam,gelap,pahit,payau blablabla
Mungkin peratusan perkara buruk lebih tinggi dari perkara baik, maka perkara baik itu tenggelam begitu saja.

Jadi dengan penuh losernya dimaklumkan aku tak de azam tahun depan. Lantak la. nak jadi apa pun jadi la. Aku cuma akan hidup seperti biasa, berdoa seperti biasa dan mengikut takdir sahaja tanpa ada sebarang harapan lagi.
(kejikan sifat itu. hah lantakkan saja)

Babai 2011. Pegila kamu dengan semua kegelapan kamu tu.
Selamat datang 2012. Selamat datang jugak angka 29.
Yee aku sudah tua. Harus lebih bertabah dan berhati lebih tebal untuk menepis segala henaan, tohmahan dan soalan bentuk soalan maut.
Semoga aku berjaya menghadapinya.




Friday, December 30, 2011

Mata Kiri Saya


Tak tau kenapa hari ni mata kiri ni gatal betul nak berkedip-kedip bedenyut-denyut 24 jam. Takut weh...orang kata mata kiri bergerak-gerak tanda nak menangis.
http://www.emocutez.com

Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan
Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh.
Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis
Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira dihati
Ini hasil yang aku dapat setelah mengoogle. Selalunya betul.

Dah banyak kali aku alami mata kiri gerak-gerak lepas tu mesti menangis. Yang paling ingat masa kat Ekowood dulu. Pastu ada lagi dua tiga perkara yang tidak wajar dinyatakan disini. Mungkin kebetulan. Harap-harap kebetulan la.
Saspennya lahaiiii....
Apa pulak la yang nak jadi lepas ni. Mohon sangat takde apa-apa.
Amin
Penat sudah....
http://www.emocutez.com

Tapi yang musykilnya bila mata kanan bergerak-gerak takde pulak benda yang indah-indah berlaku...
hmmmmmmm
http://www.emocutez.com

Wednesday, December 28, 2011

Cabaran Seminggu Tanpa Nasik


Berat je nak sebut cabaran tu.
Hari tu cuti panjang, balik kampung halamanku yang permai tu. Tau je la, dah balik tu, makannnnn je kejenya. Lagi mak buat bubur asyura atau dalam bahasa Kedah disebut buboq sora gitu. Menu biasa bulan muharam. Pastu abah bermurah hati belanja makan-makan di malam hari. Tapi ai makan nasik sikit je...
-_-
Nak senaman, beskal dah xde. Jadi aku pun kumpul gelang getah, lalu sambung2 buat tali skipping.
Kretip sangatttt

Jadi dah balik KL ni kena beraktif-aktifkan diri kembali. Harus jangan malas p gym. Kalo tidak memang aku kena tukar nama kepada Cik Belon saja.

Sebaik saja menjejakkan kaki ke bumi KL terus aku lancarkan Cabaran Seminggu Tanpa Nasik. Seminggu je??? Seminggu pun kau ingat senang? Bagi pemakan nasik sejati seperti aku, seminggu bagai setahun
http://www.emocutez.com

Walaupun nama cabaran nasik...tapi makanan-makanan yang sewaktu dengannya juga wajar dielakkan. Harus aku bertabah. Takpe..seminggu je..seminggu je...seminggu je....


Kalo semuanya berjalan lancar, cabaran sebulan tanpa nasik pulak akan dilancarkan.
Gigihnya Cik Chiti lahaiii..... payah nak cari orang gigih-gigih mcm ni

kan?

http://www.emocutez.com




Tuesday, December 27, 2011

Yes!i'm the great pretender!


Oh yes I'm the great pretender
Pretending I'm doing well
My need is such
I pretend too much
I'm lonely but no-one can tell

Oh yes I'm the great pretender
Adrift in a world of my own
I play the game
But to my real shame
You've left me to dream all alone

Too real is this feeling of make believe
Too real when I feel what my heart can't conceal

Oh, yes I'm the great pretender
Just laughing and gay like a clown
I seem to be what I'm not you see
I'm wearing my heart like a clown
Pretend that you're still around

Hai 'manusia-manusia'
marilah membaca hati saya,
disitu kamu akan tahu betapa saya kecewa,
dengan sikap dan perangai kamu semua.

Jangan tengok buruk saya saja,
cuba fikir kenapa saya jadi sedemikian rupa,
kenapa saya suka memberontak tak tentu hala,
cuba letak diri kamu ditempat saya,
mungkin kamu akan dapat jawapannya.

Hai manusia mulia,
nampak macam saya tak kenang jasa,
nampak macam saya ahli neraka,
tapi kamu ingat tak perbuatan kamu dahulu kala,
kalau tak ingat tak apa, tapi saya akan kenang sampai bila-bila.

Kalau saya boleh hentikan masa,
saya mahu setakat ini saja,
sebab saya tahu tak ada sapa akan fahami saya jiwa dan raga.

sebab saya tahu tak ada sapa akan fahami saya jiwa dan raga,
maka saya berpura-pura jadi ceria,
macam tak ada masalah dalam dunia,
tak apala, biar saya simpan semua luka,
biar saya berusaha tanggung semua,
mungkin 1 hari nanti saya akan hilang semua deria,
tak tau bila, mungkin ketika saya hilang nyawa.




//Meroyan pun dwi bahasa kau
http://www.emocutez.com

Thursday, December 22, 2011

Malang tidak berbau tapi berbunyi

Pagi yang malang. Oh sedihnya. Ada je tak kena sejak semalam.

Semuanya bermula dengan benda ni...


Malam tadi sampai rumah lepas balik dari gym, aku sedar pendrive aku tak ada dalam beg. Pendrive aku ada 2, 1 aku guna untuk personal, 1 lagi untuk ofis. Yang hilang yang untuk kegunaan ofis. Memang terus jammed otak. Sebab last aku buat back up bulan april 2011.

Kalau hilang ni memang mati kejung aku. Segala dokumen2 kerja yang penting, p&c dan 2,3 gambar dan dokumen peribadi yang sangat sangat sangat lah penting dan sulit. Memang kalau orang lain buka, memang aku mati kejung kuasa dua.

Aku selongkar kereta sampai angkat karpet segala. tapi tak ada. Aku selongkar handbag dan beg gym kot2 tercicir dalam tu, tapi hampun tak ada jugak. Dada rasa sebu je..tapi airmata tak keluar. Tak tau nak pikir macamana. Perut lapar tapi takde selera langsung nak menelan. Dalam otak aku cuma pikir pendrive,pendrive,pendrive.

Yang paling aku takuti ialah tercicir kat gym. Mungkin masa tukar baju. Atau masa aku lipat dan sangkut seluar kat hanger. Mungkin aku letak dalam poket dan jatuh masa aku lipat seluar tu. Mungkin,mungkin,mungkin.

Nak patah balik cari kat ofis dah tak boleh, sebab Jaya One akan kunci pintu utama lobi lepas pukul 10pm. Masuk tak boleh, keluar kena tekan loceng. Nak masuk kena tunggu siang.
Nak patah balik ke gym, masa tu dah pukul 11.00pm. Rawang-PJ dah sejam, sampai sana pukul 12am. Orang pun dah tutup kedai.

Nak tak nak aku kena lelapkan mata sambil berharap pagi cepat datang. Tapi haram tak boleh tido langsung. Lelap 2,3 minit jaga balik. Pendrive,pendrive,pendrive. Lelap jaga balik. Dada sebu otak ketat tapi airmata tak keluar. Jadi blur tak tau nak buat apa. Aku takut gila orang dapat pendrive tu. Sebab dokumen-dokumen kat dalam dia. Mungkin aku akan tikam diri sendiri kalo org lain bukak.
(ok aku bengong.sekian terima kasih)

Jadi pagi ni aku cadang nak datang ofis awal-awal. Nak cari kat ofis. kalo tak de, nak terjah gym, cari dalam locker semalam atau mungkin dalam changing room. KALAU ada...
Jadi aku keluar rumah pukul 7, selalunya pukul 8. Kadang-kadang 8.30am. Gila selamba.
bak ofis bapak sendiri.

Cuba coolkan diri, bawak kereta dengan tenang. Semuanya berjalan lancar hinggalah sampai kat Jalan Kuching. Kat situ jammed tak bergerak. Jadi kereta jalan pun hegeh-hegeh semuanya. Dan aku berada di lane kedua, dengan jiwa yang tenang dan otak yang berpendrive.
Tiba-tiba 'tinnnnnnnnnnn!!!!!!'
Aku tak tau amenda yang motor tu hon kan. Dalam sekelip mata disebelah kanan, datang motor A banggggg langgar motor B. Motor A bedesup lari. Dan motor B bedebum jatuh atas kereta aku.

Aku tak bersalah.
http://www.emocutez.com
kenapa kereta aku???? p la jatuh kat lain. Aku dah la otak berserabut ni.

Motor B dinaiki suami isteri. Suami dia berdarah-darah. kasut tercabut sana sini. Isteri dia terhinjut-hinjut jalan.
Kereta aku jadi macam ni...


Fine!apakah??? aku tak terlibat dalam hal korang sekarang kereta aku sapa nak bayar?

Berbalik hal pendrive, akhirnya menatang tu ditemui tercacak di cpu. Aku tak ambik rupanya masa balik semalam. Kalau aku tau ada kat ofis tak de la aku susah payah haru biru macam ni.
Tak dela aku keluar awal-awal. Takde la aku terlibat secara tidak langsung dengan motor eksiden ni.
Tapi apa nak buat...inilah yang dikatakan takdir.

http://www.emocutez.com

Tuesday, December 20, 2011

Anis Syakirah dan penganiayaan terhadap Makndaknya

Bergaya dengan safety helmet makndak. Pakej dengan rantai sekali. Lalu buat muka eksyen.



Bergaya dengan stokin makndak, berjalan kulu kilir sambil fefeeling retis korea dan buat muka tak bersalah.



Porak peranda kan katil makndak yang baru dikemas dalam jangka masa tidak sampai 2saat




Punggah lemari makndak lalu cari tudung makndak yang menarik. Belit kepala... belit kaki segala. Kadang-kadang pilih tudung bermanik lalu cabut manik2 tu.



Paw getah rambut makndak lalu jadikan gelang kaki. Lepas tu buang getah rambut tu dalam tong sampah.
(sib baik getah rambut 3 rm2 je.. )

Tidak termasuk didalam gambar :

makan coklat atau lolipop di atas katil makndaknya. Tak abih makan, letak je sisa2 lolipop segala tu bawah bantal makndak. Malam makndak tido, semut masuk telinga makndak

Paw segala bebe dan anak-anak patung dalam kereta makndak.

Try segala perfume Makndak, lalu menukar tutup botol perfume sesuka hatinya. Kadang2 penutup jatuh ntah ke mana..biar je perfume tu togel xbertudung


Try segala gelang,rantai makndak lalu memutuskannya kepada beberapa bahagian


Mencuba barang-barang mekap yang makndak baru beli sambil feeling Miss World

>_<

ohh anak menakanku......

Monday, December 19, 2011

Di Hari Persandinganmu

Hari ni ramai pakat dok upload video tentang lamaran yang derang kata sweet. Tapi kenapa aku tengok tak rasa pape. Misteri ni sebab aku sentimental orangnya. (muntah ke?)
Mungkin kah hati aku dah kering? atau semua perasaan sudah hilang
Tak mungkin! tak mungkin! tak mungkin!!
http://www.emocutez.com

Semalam 18/12/11. Hari perkahwinan En Non dan pasangannya.
Syukurlah semalam aku baik-baik saja cuma malas nak update blog. Malas nak buat apa-apa kecuali makan,tido,tengok tv,tido balik,bangun makan balik dan tengok tv balik.
(mampos aku kena senaman dengan sepenuh perasaan hari ni)

Setiap jam aku pikir apa yang berlaku sekarang.
11.ooam - ooo mungkin pengantin baru akad nikah
12.oopm- ooo mungkin time ni tengah bersanding
2.oopm - mungkin time ni derang tengah makan-makan ke hapa ke
8.oopm - tengah bukak hadiah gamaknya
10.oopm - tak pikir apa-apa sebab sibuk layan Merlin heheheh
12.ooam - 3.ooam - tak buleh tido. sibuk pikir apa derang tengah buat time ni

ok...sedikit sedih disitu. Tapi seperti perjanjian tu hari, tak kan ada lagi airmata yang jatuh. Cuma rasa kosong yang paling kosong. Kadang-kadang ada jugak sebak sikit-sikit bila kenangkan benda yang lepas-lepas.

Bila fikiran mula terbang ke zaman-zaman silam, cepat-cepat aku sedarkan diri sendiri
"oi..sudahlah! itu semua kenangan je..bukannya buleh patah balik pun"

Pagi ni bangun, pandang ke depan dan teruskan jalan macam biasa. Macam biasa. Macam tak ada apa yang berlaku. Macam dalam hati ni cuma ada bunga-bunga kegembiraan. Macam dalam otak cuma ada perkataan 'oh gumbiranya...oh bahagianya...oh hepinyaaa..yeeehaaaaaa'
Pakai baju kaler terang, mekap2 sikit sambil fefeeling lawa, pakai tudung ala-ala Ezani Master Chef, buat muka manis, pandang straight ke depan dan jalan.
Mau orang pandang aku sambil berkata - cerianya cik siti hari ni.
ok..menjadi..masuk ofis orang tegur, "chaosan cik siti...waaa banyak ceria hari ni..berseri-seri saja, semalam pergi dating ka?"

Dating??
http://www.emocutez.com

Hakikatnya hanya Tuhan yang tau apa yang ada dalam aku hari ni.
Tapi tak pe sebab aku 'kuat' orangnya.

kuat sangatttt (tangan dibahu mata ke atas)

Saturday, December 17, 2011

Perjanjian Dengan Diri Sendiri

No More Tears
(no more tears for you!)

Got my damn mascara running down my face
Crying buckets in the bathroom of this place
In the mirror, asking how could this be
Suddenly the mirror started talking back at me
It said "what the hell you doing?
baby wipe your face, girl those tears are special, don't let em go to waste.
(ye betul kata kamu!)
pull yourself together cause we gonna be okay,
walk right up to him & that chick and this is what you say"

You ain't worth my tears
You ain't worth my time
There ain't no love here
And I'm gonna be just fine
You ain't worth my tears
On to something new
No more tears for you
No more tears for you
There'll be no more tears for you

And I'm alright, fix my hair make sure my makeup's reapplied
Regain my composure get back in my stride
Said to the mirror, your new start is right outside
Walk up out the bathroom
He won't see me coming, he's sitting in the corner with a girl & not a woman
When I walk up, such a scared look on his face (hey)
And I just smile & this is what I say

You ain't worth my tears
You ain't worth my time
There ain't no love here
And I'm gonna be just fine
You ain't worth my tears
On to something new
No more tears for you
No more tears for you
There'll be no more tears for you

I have the right to knock her out that chair (hey)
But I'm a lady, so I won't take it there
I can not believe that I shed tears for you
But with dry eyes I'm telling you we're through.

I wasted to many on you and now there's no more tears for you
(membazir sangat howkeyyy)
Said there's no more tears for you
Said there's no more tears for you
Said there's no more tears for you
No more tears, there'll be no more tears for you



Menyanyi sambil buat muka sombong

http://www.emocutez.com

Friday, December 16, 2011

kereta terbang diperlukan

GAMBARAJAH KEADAAN DI BASEMENT PARKING JAYA ONE PJ

kotak kuning : Parking lot
X biru : kereta aku
Dot2 : kon jalan yang derang gunakan untuk blok jalan


Tak buleh lawan arus kekdahnya. Nanti derang marah. Dah tu cemana aku nak keluar. Mau terbangkah? atau mau suruh aku tido sini saja malam ni?

Masa keluar dari parking aku tak nampak jalan keluar kena blok. Sampai kat situ dah tak boleh lalu, kereta belakang berderet. Penyelesaiannya aku ambik kon yang derang blok kat jalan keluar tu campak tepi jalan.
Kang glamerla aku jap lagi, sebab ada cctv kat situ.
Pergi meninggal dunialah! Hada haku kesah??

http://www.emocutez.com

Merlin 4 (yeahhhhh!!)

Pic cedok dari Facebook Merlin-official untuk hiasan di blog sendiri.
Mohon mereka tidak saman aku

Yeahhhh akhirnya Merlin Season 4 tiba. Lama tau ai tunggu dengan perasaan sabar dan penuh tekad. Asyik-asyik tengok ulangan Merlin Season 1-3 kat Channel 702
(pekenama ntah channel tu - Diva kot)
Sambil tengok sambil merungut - bila siri 4 nak tayang niiii....

Sekarang Merlin 4 dah tayang kat situ. Dah 2,3 kali aku tengok ulangan episod 1 Merlin 4. Tapi separuh je. Asal bukak je dah separuh,bukak je dah separuh. Takpe, tengok kat TV3 nanti ahad depan. Perasaan menonton di Diva dan TV3 amat berlainan okey...

Lagipun kat Diva tayangannya hari Isnin pukul 9, tak sempat. Selalunya aku masih dijalanan lagi waktu tu. Tak sempat sampai rumah. Berlainan dengan di TV3. TV3 hari ahad, pukul 10. Lebih tenang gitu menonton.
keburukannya 1. time balik kampung, selalunya ahad malam aku masih di highway
2. Dah clash la pulok dengan The Cave aku kat TV9 >_<

Dalam Merlin 4, musuh Merlin ialah Morgana. Tiada lagi watak puteri raja cantik jelita, Morgana sudah jadi orang jahat ganti kakak dia. (keciwa! mohon beliau segera bertaubat)
Dan kelihatan seperti tak ada watak Merlin muda yang comel lagi. Merlin sudah jadi tua.
Jadi Emrys. (keciwa lagi!)

Jadi malam ni, ada tayangan perdana katanya...special 2 hours Merlin 4 kat TV3 pukul 10. Macam kebiasaan TV3 buat untuk Merlin Siri 1,2, & 3. Sebelum episod bersiri ditayangkan mesti derang akan buat tayangan perdana 2jam hari jumaat (motip aku tau???)

Okey,pukul 10pm. Jadi tekad hari ini mesti sampai rumah, siap mandi berbedak segala sebelum pukul 10 malam. Mesti!

Putera Arthur! http://www.emocutez.com ehehehehehhe

Tuesday, December 13, 2011

Entry berfikir dari mula sampai abih

Selalu aku rasa hidup aku ni teruk tau. Rasa ada masalah je manjang. Tapi sejak aku menge add sorang Hamba Allah ni kat Facebook, aku dapati ada lagi rupanya orang yang bermasalah dari aku.

Aku ni takde twitter, aku cuma ada facebook

(blum menerima syafaat untuk register twitter buat masa ni)

Dulu hari-harilah aku update status. Tapi sekarang sejak meningkat dewasa ni (baca sebagai tua) aku dah jarang letak status dah. Segan pulak rasa.

-_-

Si Hamba Allah ni satu hari tak tau la berapa kali dia update status. Setiap setengah jam mungkin. Dalam setiap status mesti nak ada perkataan maki hamun yang tidak wajar kiranya dikormesialkan.

Hahahaha

Kalau sekali sekala ok la, paham la semua orang ada waktu gembira, waktu marah,waktu sedih,waktu down. Tapi kalo sepanjang masa nak marah je? Mencarut maki hamun sepanjang hari… Mcmana tu….

>_<

Kesian derang. (tesyian bak kata anis) Terpikir gak aku, http://www.emocutez.com tak ada waktu gembira riang ria ke derang ni. Teruk sangat ke hidup derang asik berdepan dengan orang yang tak menyenangkan hati derang je...

Takde kawan nak mengadu rasa mungkin. Syukurlah, walaupun aku tak ramai kawan,tapi aku masih ada tempat mengadu, bergosip dan berbincang. Betul la orang kata kualiti lebih penting dari kuantiti.

Hehe

Mungkin jugak sebab derang ni budak-budak lagi kot. Tapi perasan diri sudah cukup matang lalu merendah-rendahkan orang lain. Mungkin jugak sebab derang rasa derang kerja dalam bidang professional. (yela..orang lain keje tea lady je kot hehehhe)

Dalam kes yang lain (sila baca ala-ala pengacara 999)

Ada juga anak-anak dara (belum kawin kan..ai bajet anak dara la hehehehe) suka nor mencarut kat laman sosial malah di tempat awam juga. Mencarut perkataan yang berunsurkan 18sx. Ai pulak yang malu kadang-kadang. Motip malu???? Mungkin sebab ai orang kampong yang tak urban gitu. Malu tau sebut ‘ benda-benda’ sendiri di khalayak ramai.

Terpikir lagi, http://www.emocutez.com budak-budak ni tak rasa malu ke…makcik ni malu benar rasanya dengar… mohon sangat anak-anak aku nanti, anak-anak buah aku nanti tak berperangai mcm tu.

Mak tumpang malu nakkkk.

Monday, December 12, 2011

Angin yang bergerak kulu kilir dalam badan walaupun di hari cuti

Daulat Tuanku. Cuti hari ni kan sempena hari keputeraan sultan selangor.

Maklumla ai kan bekerja di Petaling Jaya, Selangor. Jadi haruslah bercuti seperti pekerja-pekerja di negeri Selangor yang lain. Nanti Hari Wilayah ai istiharlah ai keje kat site PPUM pulak. hehehhe (tapi ai baik tau..tak buat gitu)

Sib baik rumah pun dilengkapi perkhidmatan internet. takde la ketinggalan gosip sangat kan.
(ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada kakak & abg ipar kita yang sudi memasang P1 dirumah heheheheh)

Dah duduk umah saja, kenala buat kerja-kerja rumah seperti surirumah yang lain seperti cuci baju, jemur baju,lipat baju,gosok baju,cuci toilet,goreng bihun dan tengok tv.
Macam surirumah kan.....
(baru lepas tengok filem cina dari Singapore yang ngebest amat,iouls nangis tgk tau..)

Walopun demikian (hambik kau!) perut ni tak berapa nak sihat sejak dua tiga hari (minggu sebenarnya >_< )
Rasa macam angin. kejap gerak ke kiri kejap gerak ke kanan. kejap gerak ke belakang kejap gerak ke depan. sampai bongkok aku jadinya. Nak lurus badan pun tak buleh. Syukurlah tak sampai tahap mcm ni.....

atau macam ni....

Ini sajalah penyelesaian untuk sementara waktu.



Esok-esok la aku g check kat klinik
(tu pun kalo tak baik jugak..kalo sembuh aku lupakan je hal klinik tu hehe)

Friday, December 9, 2011

Kisah sedih 4.20pm

Semalam aku tak keje. Ambik cuti uols. Asalnya aku nak MC atau nak EL je. Malangnya ketika meeting dengan mr chew & encik consultant pada hari isnin, consultant aku bagi cadangan yang begitu bijak dan bernas.
"errr...banyak item lagi ni..kita sambung hari khamis je la ye"
http://www.emocutez.com
macamana aku nak tuang pada hari khamis kalo sudah bertemu janji begini. jadi nak tak nak, aku pun mengumumkan... "encik..saya cuti hari khamis" Dah umumkan begitu di depan bos, maka terpaksa la aku isi borang.

Aktiviti di hari cuti. Bawak mestica surie g servis dan berpoya-poya bersama teman sebaya.

Pagi-pagi buta aku dah bawak cik mestica surie ke kedai kete. Tunggu kedai bukak kau. Giat dan gigih kan aku. Sebab aku takut kalo lambat nanti orang ramai, lambat pulak nak siap. Dah la ada plan baik punya dengan mak buyung a.k.a Ita.

lengchai tengah servis cik surie. Pastu buat aligment tayar sikit. Aku 1st customer di pagi yang murni itu. hehehehehe
Hasilnya pemanduan yang memuaskan

Abih servis kete, terus ke ppum, jumpa Ita yang baru abih buat check up. Kami plan nak tengok Ombak Rindu togeder geder di Sunway Pyramid. (tiba - tiba beroleh syafaat untuk menonton Ombak Rindu hehe) Padahal usia kandungan si mak buyung ni dah mencapai 9bulan 14hari. Aku pulak yang risau. Kang ada yang terbesalin dalam panggung. Bak kata Ida, haruslah namakan anak itu Aaron Aziz. (hampun ita)

Enjoy dengan teman sebaya di hari semua orang bekerja memang gembira. Kami sampai di Sunway Pyramid pukul 1pm lebih kurang. Terus g check waktu tayangan Ombak Rindu.
1.45pm. Malangnya dah penuh. Tayangan seterusnya 4.20pm.

Kami pun pikir, lambat tu 4.20pm. Pusing sana pusing sini pikir..takpela makan dulu. kang kita pikir sambil makan. (Ada orang tu berkenan betul dengan stroller baby kepunyaan pelanggan meja depan kami hehehheh)
Akhirnya kami buat keputusan untuk tengok jugak yang pukul 4.20pm tu.
Dah makan & semayang, lebih kurang 2.30pm cam tu kami pun naik balik nak beli tiket.

Dah abih.
http://www.emocutez.com
Sedih taw...kecewa rasanya. Ingatkan hari keje orang tak ramai. Agaknya orang lain pun ambik cuti macam aku jugak kot. Tayangan seterusnya pukul 6.55pm. mmm tak dapat la aku nak gigih tunggu sampai begitu sekali.
Beli popcorn je la..makan kat jalan.

Terpaksala kami turun dengan perasaan yang kiciwa amat. Pusing-pusing je la tengok barang. Dah tengok tu tau je la..ada je barang aku nak beli. Apa nak buat. Memang haku spesis begitu.

Balik, terus hantar Ita sampai Shah Alam. Tengok jam 4.20pm. Sepatutnya time tu aku sedang berombak la.
>____<
tak de rezeki apa nak buat. Malas dah nak p tengok hari lain.
Tunggu keluar Astro 1st je la.

Wednesday, December 7, 2011

Mari makan coklat hitam

Sekarang ni boleh dikatakan hari-hari aku makan coklat. Dah macam ketagih gitu. Oleh itu, aku pun google la kebaikan dan keburukan coklat.
(nak tgk kebaikan je sebenarnya...takde la rasa bersalah sangat bila coklat masuk mulut)

Jadi aku jumpalah beberapa artikel yang mengatakan coklat hitam (dark chocolate) lebih bagus daripada coklat biasa dan coklat susu . Antara sebabnya ialah coklat hitam kurang kandungan gula dari coklat biasa. Jadi aku beralih arah kepada coklat hitam pulak.
Yang selalu beli jenama Tudor Gold & Cadbury. Kalo yang Cadbury siap ada cara-cara nak makan. Mula-mula kena hidu ambik bau dulu la..lepas tu kepak saiz brapa-brapa baru masuk dalam mulut. Pastu kena nikmati perlahan-lahan la. Selalunya aku lantakkan je kaedah-kaedah tu. Hambik sedebuk masuk mulut. Settle!

ni mahai sikit..tp xsedap. lebih manis berbanding Tudor Gold
Memang la pahit sikit tapi ada aku kesah..coklat masakan pun aku kepak makan.
(kepak di didalam ayat di atas bukanlah bermaksud 'wing' tapi kepak dalam bahasa kedah bermaksud patahkan)
Ingat pelajaran hari ini : kepak = patahkan
hehehhehehhe
Berikut ini adalah kebaikan coklat hitam (dark chocolate) :
  • Mengandung flavonoid yang disebut procyanidin dan epicatechin. Flavonoid merupakan sebahagian dari kelompok antioksidan yang dikenali sebagai polifenol yang turut terdapat teh, anggur merah, serta berbagai buah dan sayuran. Ia bertindak sebagai antioksidan. Antioksidan melindungi tubuh dari penuaan yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Mengurangkan risiko pembekuan darah.
  • Meningkatkan aliran darah dalam arteri.
  • Menurunkan tekanan darah yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa sepotong kecil coklat hitam setiap hari dapat mengurangi tekanan darah kepada pesakit darah tinggi.Menurunkan oksidasi LDL (kolesterol jahat). Coklat hitam dapat menurunkan LDL sampai 10%.
  • Dapat meningkatkan mood dan kesenangan dengan merembeskan kadar serotonin, yang memberikan perasaan senang. Ia jugak bertindak sebagai anti depresi.
  • Coklat mengandung banyak nutrisi. Coklat juga merupakan sumber tembaga yang baik. Coklat dengan almond atau kacang tanah akan meningkatkan nilai gizinya, terutama protein.
  • Coklat hitam dapat membantu penyembuhan cirit birit menurut laporan Children’s Hospital & Research Center Oakland tahun 2005. Dalam kajian yang dilakukan,para pengkaji telah menemui bahan kimia dalam biji koko yang dapat mengurangi perkembangan cairan yang menyebabkan cirit birit
keburukan
  • coklat itam mahai weh...tapi akibat desakan hawa nafsu yang tinggi, maka ai redhokan je kemahalan itu
Apa lagi moh la kita p beli coklat hitam sekarang
// Fakta-fakta di atas aku dapat hasil dari penggooglelan dan pembacaan di majalah. Kau ingat aku kaji sendiri ke?

Thursday, December 1, 2011

Orang pendek yang gigih

1hb kan hari ni...maka wajarlah aku busy macam bulan-bulan yang lain. Time2 begini lah macam-macam meeting pulak nak bertandang. Tak buleh ke meeting time aku bersenang lenang xbanyak keje tu?

Walopun sibuk, sempat jugak aku menjenguk ke sini. Takut bersarang labah kekdahnya. Balik rumah lambat hari ni sebab p ambik Nur baru balik dari Pahang. Terus susun baju kat dalam almari (dah ada orang lipat, ai tinggal susun dalam almari je ...oh senangnya hidupku hehehehhehe)

Tapi orang tu tak nak lipat kain2 yang susah dilipat, maka kenala aku lipat sendiri
(padan muka aku!)

Contohnya skirt-skirt labuh. Semenjak beberapa ketika ni suka nor aku pakai skirt labuh. Nak kata fefeeling Hana Tajima tak jugak. Skirt beliau mcm lain. Saja je suka dan selesa. Banyak jugak la koleksi skirt labuh, separa labuh dan tidak labuh dalam simpanan aku.
Gigih pakai skirt labuh macam tinggi lampai je kan bunyinye padahal dukacita dimaklumkan tinggi aku 5kaki SAHAJA (sedih!)


Dah buleh register masuk geng ni ------->










Tayang la sikit dua tiga lai skirt labuh hehehhehehe

Skirt berkonsep Deepavali hehe


Bunga-bunga bajet comei la tu...skirt begini memang besar. Bila pakai jerut pastu bawahnya mengembang. Bila berjalan ditiup angin, rasa mcm bersiar-siar di taman gitu. santai je... mcm princess pun ada gak (kononnn)

skirt skema

Ni je yang ada depan mata kena lipat. Alang-alang sebelum dilipat tu, bentang la satu-satu ambik gambo. Yang lain-lain akudah susun kat bawah-bawah..malas aku cekau semua.

Orang kata skirt labuh ni sesuai dengan orang tinggi dan kurus je. Tapi hade aku kesah. Selamba je aku yang tidak tinggi dan tidak kurus ni pakai kulu kilir. Setiap kali aku pakai, orang-orang kat ofis tu selalu belek-belek je skirt aku. Derang kata cantik. Apalagi, berlakulah pengembangan tahap maksima.

tuan tanah : ok tak saya pakai skirt? buruk tak?nampak macam kon jalan tak?

(kon jalan) -_-

kawan-kawan di opis tuan tanah : eh takde la..mana ada, ok je u pakai. mana ada buruk, cantik je
(ketika itu tuan tanah pun mengembang dengan sempurna)

Mungkin jugak derang saja nak ambik hati aku
http://www.emocutez.com

Nota kaki yang tidak ada kena mengena dengan tajuk (kena sikit kat perkataan GIGIH :
apa akan berlaku sebaik saja aku selesai menconteng blog? jawapannya sambung buat kerja sampai pukul brapa tak tau. Semoga bonus tahun ni paling cikai 3 bulan.
Amin.
kehkehkeh

Template by:

Free Blog Templates