Monday, February 27, 2012

Penderitaan 11 hari 10 malam

Tak tau la bapak virus apa yang menyerang sistem antibodi badan aku.
Episod ngeri bermula pada jumaat lepas hingga memaksa kami berjemaah ke Hospital Selayang pada isnin lepas. Hari selasa dah ok sikit bahagian perut. Takde gelora-gelora dalam perut. Maka aku pun sedekahkan ubat-ubat yang aku dapat dari hosp kepada Pris. Dia pun tetiba jadi macam aku gak.

Malangnya sebaik saja sembuh, terus simptom-simptom demam melanda diri. Dah badan panas-panas. Penatlah aku menelan 100++ sebab takmau makan panadol kononnya. Reda panas kepala pulak sakit. Malas aku nak layan sakit2, terus aku telan panadol gak mehehehhehehe

Dah reda sakit kepala, badan pulak panas. Lahaiiiiii...bila nak baik ni...tapi tetap gigih bersenam walopun macam-macam dugaan dan rintangan melanda. Saja malas nak layan, lantak ko la, nak sakit sangat..hah sakit.

Hari khamis lepas dah datang simptom-simptom selsema pulak. Maka menderita selsemalah aku hingga ke hari ni (isnin). Hari ni suara pun tak keluar..dah macam itik serati bercakap. jangan la sesapa hendaknya mengecall aku...menangih aku nak habihkan satu baris ayat nanti.

Secara kesimpulannya sudah 11 hari 10 malam badan aku tak sihat. Dah selama tempoh itu jugak aku tak minum collagen dan lain-lain makanan kesihatan sampingan.

http://www.emocutez.com

Semoga penderitaan ini akan berakhir secepat mungkin. Aminnn

http://www.emocutez.com

//harapan keji walopun sedang menderita : Aku harap bila aku masuk ofis esok pagi, orang akan bagitau aku pompuan tua gila sekor ni sudah mati! Harap sangat -_-

Saturday, February 25, 2012

Na Xie Nian

akibat teman seopis semuanya berbangsa cina, lalu radio rasmi ofis juga haruslah berbahasa cina. maka hasilnya aku pun dah buleh hapal lagu cina. Asal dengar sedap, tanya derang tajuk apa, pastu cari kat youtube, cari arti nya, donlot dan nyanyi di bilik air. yeeehaaaa



Lagu ni sebelum ni takde translate, baru2 ni je ada. Barulah buleh nyanyi dengan lebih yakin hehehe

Friday, February 24, 2012

Picca of the day

Siri : Kami Perasan Dan Kami Ok
Edisi : Belog saya sukati saya mehehehehhe


semua gambar ni adalah pemerasan kami (haku n anis syakirah) didepan Cik SantaLia


Dibilik hotel


Di depan TV

Kami perasan dimana2 saja tidak kira masa
http://www.emocutez.com

Thursday, February 23, 2012

Hepi Besday Abah!!!

Stetmen kemain lagi...macamlah abah aku bukak blog aku baca. Tak pela kan..esok-esok kalo aku mati dulu ke, konpem derang print semua entry aku buh dalam album kekekkeke

Ini abah aku. Nama beliau A Rahim Ahmad. Cam artis siap ada hurup kat depan. Tapi sebegitulah namanya. (tapi gaya gambar pun tak menahan, dah rupe artis 60an)

Hari ni 23 feb, Genap umor beliau 62thn. Oh abah sudah warga emas hehehehe tapi syukurrrr alhamdulillah beliau masih sihat walafiat. Masih gigih bermotor kulu kilir walopun Kacaq n Bacaq selalu marah dia naik motor. "takkan aku nak masjid nak naik reta kot.." kata beliau mempertahankan diri. Tadi dengan eksyennya dia kata orang kampung nak celeb besday dia esok. Feeling retis sangat tau

Sorilah abah, anak abah ni jauh diperantauan. Telepon je la buleh. kalo tidak buleh kita joget2 tepi pantai ye sambil menikmati ikan bakar. takkan nak tiup2 lilin kot.

Abah dengan telefonnya. Masa ni dia tengah gigih balas sms raya kawan-kawannya . Phonelist beliau lagi melampau, ada dato' ada tan sri, ada YB (motip kawan2 mengalahkan aku)

Landing kat mak sambil menonton anak-anak mandi sungai di Gua Kelam

Ni masa abah belanja kami makan besar di Kedai Gajah (sumpah aku tak ingat kedai tu nama apa, tapi budak ni panggil Kedai Gajah-motip panggilan tidak diketahui). Gumbira sangat anak2 beliau lagi-lagi yang kuat makan ni (smbl tuding jari ke diri sendiri) esok-esok belanja la lagi abah naaaaa

Gaya comel berkostum pak tani

Abah, Semoga abah panjang umo, morah rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Tak buleh bayangkan hidup tanpa abah.

yang benar,
anak abah yang nomot 3 (nomot 4 sebenarnya tp dah naik takhta jadi nomot 3)

Wednesday, February 22, 2012

saya seorang QS

cilok dari fb member


Perkara sedey bila jadi seorang QS :-
Orang : u keje apa
haku : QS
Orang : (muka pelik) QS tu apa
haku : Quantity surveyor
Orang : keje apa tu?? tak pernah dgr pun

(sedih uolssss...penat nak terangkan)

atau

Orang : u keje apa
haku : QS
Orang : (muka pelik) QS tu apa
haku : Quantity surveyor
Orang : oooo yang ukur jalan tu ye

(keje apakah mengukur jalan???)

atau

Orang : u keje apa
haku : QS
Orang : (muka pelik) QS tu apa
haku : Quantity surveyor
Orang : ooo check quality ek...

(quantity la bukan quality)

tu yg aku malas nak bagitau orang pekerjaan aku tu...penat kaw nak bagi penerangan
http://www.emocutez.com

Tuesday, February 21, 2012

sakit berjemaah

Malas aku nak mengarang hari ni tapi tetap nak conteng deri awam ni. Tepek gambo je la.

Daftar diri di Unit Kecemasan (cemasnyaaaa) Hospital Selayang pukul 8.35am akibat beberapa dihinggapi penyakit ala-ala keracunan makanan sejak hari jumaat.
Disamping aktiviti ziarah tandas secara berulang kali, makanan yang masuk ke perut jugak tidak kekal, sebaliknya meronta-ronta keluar tidak sampai 15minit kemudian. Kepala penin, perut loya dan rasa lemah sendi,tulang,urat dan daging (hambek kaww)

Selepas dicheck dengan sepenuh perasaan oleh 2 orang doktor, akhirnya tangan ai dicucuk untuk ambik darah. Lambat nau nak tunggu result dia. Dah suspen macam ada HIV positif pulak.

Selain aku, budak ni jugak kena ambik darah. Dia demam dan ada simptom macam aku. Bimbang dijangkiti rotavirus, kami pun dikejarkan ke hospital secara berjemaah.

Setelah diberikan rawatan dan pemeriksaan yang sewajarnya, syukurlah doktor kata kami baik-baik saja. Mungkin salah makan. Yang aku ingat, makanan terakhir yang masuk perut aku sebelum aku menderita begini ialah nasik lemak sedap bawah pokok. si Anis ni pulak aku tak tau la apa yang dia makan sampai demam-demam, motoh2 segala.


Ini ubat yang aku dapat. Ubat sakit perut macam biasa je. Hari ni syukurlah aku dah ok sikit. terpaksa buat2 sihat sejahtera dpn semua org. Budak kecik tu pun dah bersukaria kat rumah. harus lepas ni aku kena berhati-hati makan.xmau kena cucuk lagi









Friday, February 17, 2012

Jumaat Nan Mulia

kondisi persekitaran : sunyi sebab semua orang p lunch tinggal mr chew dengan driver dia je

kondisi mental : tenang sikit sebab ah so pun keluar jugak. kalo tidak rasa nak meninggal dunia di tempat kejadian je dengar dia membebel doploh pat jam (buleh kena kanser otak aku!)

kondisi fizikal : sakit badan. Semalam ber kickboxing dengan sepenuh perasaan. Aku tumbuk dengan sepenuh daya tapi cikgu senaman aku kata "alah lemah lembutnya...ni tumbuk ke tepuk amai2" http://www.emocutez.com Jadi aku terpaksa keluarkan aura luaran dan dalaman untuk menumbuk tp masih ala-ala tepuk amai2 (nampaknya aku lebih sesuai meneruskan aktiviti memasak dan menjahit manik baju je)

Hari tu Ivan berkata :-
Ivan : siti, mana laptop u
Aku : ada pada yiaw bos, rosak
Ivan : ooh nanti bila sudah ok, kamu pulangkan semula pada saya
Aku : (berduka didalam hati namun redho - harta org apa buleh buat khennn) ye la..baiklah
Ivan : saya mau bagi dia (sambil tuding jari ke arah driver)
Aku : (terkedu. motip driver nak berlaptop segala?) ye baiklah

Sedih. Dah la laptop aku yang baru direpair dan dibangga-banggakan diblog hari tu rosak balik. ok aku takde laptop lagi. Guna Cik Santalia je la...itu pun kena berebut dengan kanak-kanak kendos dulu.

Hari ni ivan berkata : -
Ivan : Siti, mari sini sebentar
Aku : yes!
Ivan : Nah untuk kamu. itu yiaw sudah repair kan. beri kepada saya (sambil hulur laptop baru)
Aku : (dalam hati bersorak ria - yeeeehhhaaaaaaaaaa) a'ah dah repair, nanti saya ambik
Ivan : sign ini dulu (borang ala-ala Aku Janji)

Jadi kenalkan laptop baru saya (sebut sebagai bos saya)

Nama tak de. Barang orang tak perlu dinamakan sebab esok-esok tuan dia ambik balik
hehehe

Aktiviti terkini : gigih donlot Merlin dan cite hantu cina. buleh layan kat laptop baru khennnn

Tuesday, February 14, 2012

Rememberingliana

Sedang aku tekun bekerja..(sambil bertenet) aku terjumpa satu rangkaian blog yang dibina untuk memperingati orang yang mereka sayang yang sudah meninggal dunia. Kebanyakannya ibu-ibu yang mengingati anak mereka yang sudah pergi. Ada jugak isteri yang ingatkan suaminya. Tapi tak de pun anak-anak buat untuk mak bapaknya -_-

Omputih la tapi kan. ok fine aku menangis. motip sedih?? berjiwa lembut barangkali
(dilarang muntah)
Sedih bercampur sweet tengok satu persatu kenangan tentang anak derang, derang letak kat blog tu. siap tarikh dan gambar. Dari anaknya lahir sampailah meninggal dunia.
Aku tak tau lah berapa gelen airmata yang keluar setiap kali derang post entry.

rememberingdeborah
Ini salah satu. Tapi sampai sudah aku tak jumpa kenapa Deborah mati.

Nape aku rasa best je mati muda..nak mati muda buleh???
opsss


Mak...kalo cheq mati sebelum mak, mohon mak buat blog jugak yer.. rememberingliana gitu
(ini BUKAN wasiat..usahlah mak risau jika anakmu ini benar-benar mati hehehheheheh)





Monday, February 13, 2012

13 Februari Dalam Kenangan


//gembira untuk kamu 'kawan'. Pedulikan airmata saya. saya akan ingat yang baik-baik saja tentang kamu hari ni. Semoga kamu dibawah lindungan Tuhan
http://www.emocutez.com

Thursday, February 9, 2012

Mimpi dalam Mimpi

Fobia nak tido (tapi tido tak ingat dunia jugak kan)
Asal tido je mimpi...asal tido je mimpi. Kadang-kadang di pra-pra tido tu lagi dah start mimpi. Sekarang ni lagilah..asiknya mimpikan orang yang sama.
(nasib baik muka kau hensem, jadi aku tak kisah sangat la mimpikan kau selalu mehehehhehe)

motip asik kau je lepak dalam mimpi aku?? Mohon sangat orang lain pulak datang lepak.
Nak kata aku ingatkan dia senantiasa tak la jugak. ok..mungkin kau bomohkan aku kot
(tetiba...speku macam bagus)

Tido siang ke tido malam ke (kantoi tido siang) mesti mimpi si Hamba Allah ini.
Apakah tandanya?
Mungkin itu tandanya dia sedang ingatkan aku atau itu tandanya dia sedang umpatkan aku atau itu tandanya petunjuk dari Allah supaya aku berhati-hati dengan orang ini.
Atau mungkin tandanya orang itu nak mati (tolonglah jangan)

Benda ni penah berlaku dulu. Asiknya la aku mimpi En Non. Dengan penuh keperasanan aku ingat dia sedang ingatkan aku. Last-last aku dapat tau dia dah tunang dengan orang lain.
Ingat aku la sangat kannnn http://www.emocutez.com

//sedang cuba bertenang sambil tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku. Harapnya perkara-perkara yang baik saja yang terjadi kepada aku dan si Hamba Allah itu. Amin.

Wednesday, February 8, 2012

Bila aku feeling aku gadis pengecop duit..

Fuhhhh..fuhhh.... tiup habuk. Lama aih tak balik rumah ni. Nasib baik ingat jalan balik lagi

Hari tu ikut famili Aja p bersukaria kat Genting.
(sebagai seorang insan yang tidak mempunyai keluarga sendiri mahupun bopren sendiri, haruslah aku menumpang kasih keluarga orang lain saja - uhuk uhuk tisu please...)

Kami ambik 2bilik. Mula2 kami dapat bilik di tingkat 12 tapi jauh2..disebabkan kami nak bilik dekat-dekat maka kami ditukarkan ke tingkat 13.
TINGKAT 13?????
(dulu aku penah dengar tingkat 13 ni berhantu. apakah?? Dari dalam kereta aku dah bermohon doa supaya bilik kami bukan di tingkat 13..malangnya doa aku tak dimakbulkan)
Seriau je aku tido malam sambil menjeling katil sebelah. Takut nau tiba2 celik mata ada 'orang' tumpang tido kat katil kosong sebelah tu. Syukurlahhh...tak dek apa2 yang berlaku. Dongeng semata rupanya.

Apalagi..bergambar itu harus ye kawan2...




Salah sorang dwarf Snow White yang terlepas...lalu melepak tepi bas -_-

Selesai bersukaria...membeli belah dan memakan makan, maka kami pun balik..

Turun dari Genting, tiba-tiba kami mendapat idea untuk meneruskan sessi merabih duit ke tepi pantai pulak. (macam keje cop duit kan?)
Yeeehaaaa Pengkalan Balak..kami datanggg!!!

Ini kali kedua kami lepak kat Pengkalan Balak. 1st time lepak terus jatuh cinta. Jadi kami ziarah lagi. Tenang je kat sini...tak kelam kelibut sangat.


Keadaan semasa kami sampai. Sunset. cantiknyeee... apakan daya kamera cikais..maka ini lah hasilnya

Malam lepak tepi pantai lagi. Jakun sangat rasanya..jarang jumpa pantai..
kami jugak jumpa benda ni - Patrick Starfish versi cacat. kesiannnn...



Keadaan pantai disiang hari. Cantik, bersih, nyaman dan menenangkan. Semestinya aku akan datang lagi. Melaka je lagi pun...

Conteng-conteng di pasir itu adalah amalan semua orang...hehehe

Jejari dompok -_-


Dua budak yang tak pernah dapat pelampung. Harus mereka sedikit jakun... sampai mandi kat rumah pun guna pelampung. Kau ado??
Apaknya jalan jauh nak beli 2bijik pelampung ni (begitulah kasih pak..kasih mak..pada anak2)

Dan ini apa yang berlaku semasa on the way balik KL. Sempat lagi singgah main layang-layang kat Pantai Klebang (yeke Klebang??aku tibai je sebenarnya..lupa dah)

Yang baju merah berlari2 itu aku dan di dalam bulatan itu layang-layang aku. bentuk sotong lagi.

Berkat training lari 2.4km hari-hari. Inilah hasilnya.. Layang-layang buleh naik tinggi.
hehehe

Template by:

Free Blog Templates