Monday, February 27, 2012

Penderitaan 11 hari 10 malam

Tak tau la bapak virus apa yang menyerang sistem antibodi badan aku.
Episod ngeri bermula pada jumaat lepas hingga memaksa kami berjemaah ke Hospital Selayang pada isnin lepas. Hari selasa dah ok sikit bahagian perut. Takde gelora-gelora dalam perut. Maka aku pun sedekahkan ubat-ubat yang aku dapat dari hosp kepada Pris. Dia pun tetiba jadi macam aku gak.

Malangnya sebaik saja sembuh, terus simptom-simptom demam melanda diri. Dah badan panas-panas. Penatlah aku menelan 100++ sebab takmau makan panadol kononnya. Reda panas kepala pulak sakit. Malas aku nak layan sakit2, terus aku telan panadol gak mehehehhehehe

Dah reda sakit kepala, badan pulak panas. Lahaiiiiii...bila nak baik ni...tapi tetap gigih bersenam walopun macam-macam dugaan dan rintangan melanda. Saja malas nak layan, lantak ko la, nak sakit sangat..hah sakit.

Hari khamis lepas dah datang simptom-simptom selsema pulak. Maka menderita selsemalah aku hingga ke hari ni (isnin). Hari ni suara pun tak keluar..dah macam itik serati bercakap. jangan la sesapa hendaknya mengecall aku...menangih aku nak habihkan satu baris ayat nanti.

Secara kesimpulannya sudah 11 hari 10 malam badan aku tak sihat. Dah selama tempoh itu jugak aku tak minum collagen dan lain-lain makanan kesihatan sampingan.

http://www.emocutez.com

Semoga penderitaan ini akan berakhir secepat mungkin. Aminnn

http://www.emocutez.com

//harapan keji walopun sedang menderita : Aku harap bila aku masuk ofis esok pagi, orang akan bagitau aku pompuan tua gila sekor ni sudah mati! Harap sangat -_-

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates