Tuesday, September 27, 2011

Kecantikan adalah hak milik setiap insan -Siri 1

Semalam pusing-pusing sana sini cari petua nak hilangkan jeragat dan bintik-bintik hitam. Ngeri pulak rasa tengok petua suruh tumbuk halia,serai segala tepek kat muka. Kang tak pasal-pasal muka aku jadi mak lampir.

Jadi aku pun hambik la 1 petua ni. Bahan-bahannya cuma susu tepung, putih telor dan limau nipis. Maka dengan gigihnya aku turun ke Cold Storage beli susu tepung. Kat rumah pun aku ada susu tepung tapi susu omega kurangkan kolestrol tu. Gila kau nak tepek susu tu kat muka...nangis ai tawww. Aku pun beli la pek kecik susu tepung Dutch Lady. Dah macam susu adam la pulak. patut la bawak balik rumah, Adam tanya - "makndak beli syusyu ke? syusyu adam ke" (Lupa..selalunya aku minum Everyday..tapi disebabkan lama tak beli, maka lupa lah jenama apa yang aku selalu minum)



Turut aku beli ialah buah limau nipis. Cuak gak nak perah limau nipis tepek kat muka. cam pedih je.




Telur tak payah beli. Kita paww je telur dalam peti sejuk tu. Kalo kakmiza bising kita beli ganti. Apa susah.(selalunya dia bising sebab aku guna bkn utk makan tp untuk melawa. Dan menurut dia..lawanya tak jugak >_____< ) Campur semua bahan jadilah macam ni.....

Dan mak pun tepek di muka dan letak tisu. Tunggu sampai kering nanti cabut tisu tu dan cuci dengan air suam.

Kena buat 3 kali seminggu. Takpe nanti rabu aku buat lagi. Ulang sampai cantik.

//hari ni gigih cari produk apa yg bagus pulak. Dan dapat banyak info dari kawan2 gegel. yeahhhhhh! (stail Nas Ahmad)

4 comments:

~~Ap Hasnida~~ said...

hurm...tahniah kerana anda mencuba...ai nk share 1...mak andam ai dulu kata..hati2 ngn putih telur..kalu da pakai..jgn tersenyum lebih nnt rekahan tu akan tinggal kat kulit...

ChitiSaliana said...

oooo ai akan cuba jadi serius lepas tepek putih telor :D

anie said...

tahniah..!!
ai penah wat masker camnih..
tp ai xthn ler...cam berbau gitu...
ai wat buat skali jer....hehe

ChitiSaliana said...

jangan bertahniah lagi gegel..belum menghasilkan kejayaan lagi ni :D

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates