Friday, April 1, 2011

Saya yang berjiwa seni dizaman muda remaja saya :D

Semalam, sedang aku gigih memunggah kotak2 barang dalam bilik tu..aku terjumpa 1 bungkusan yang agak (AGAK) cantik dibungkus. Aku pun bukak la…penat aku dok pikir..apa la yg aku bungkus beria-ria ni. Rupa-rupanya benda ni



Orang yang kenal aku sejak zaman sekolah, mesti tau aku ni agak glamer (AGAK je la) dengan karya-karya cerpen masa kat sekolah dulu. Bila aku belek satu persatu, aku sendiri pun tak pecaya semua tu aku tulis. Tapi kalo tengok dari segi tulisan memang tak syak lagi la (tulisan feeling doctor 4kali PHD tu mestilah tulisan aku)
Rasanya hobi menulis ni datang dari kakak aku – kakmiza. Beliau pun suka tulis cerpen dizaman remajanya. Hobi ini kendiannya merebak kat adik aku pulak. Beliau pernah menghasilkan cerpen yang bertajuk Ayam Yang Berkecil Hati (cerpen ni mengundang gelak tawa yang bertalu-talu dari kakak2 beliau terutamanya aku hahahahahahhahaha) rupa-rupanya abah aku pun giat menulis cerpen dan novel masa muda2 dulu (menurut beliau la- beliau hantar cerpen2 dia kat majalah2 zaman tu) mungkin time tu tahun 60an 70an kot.
Banyak rupanya cerpen2 aku…ada 32 semuanya. Start dari tahun 1996. Tingkatan 1 tu…heheehheheheh tajuk pulak memang stendet2 ahadiat akasyah…Harum Anggerik Untuk Maksu la, Airmata shasha, Biar Rindu Itu Berlagu, Andai Cinta Ini Milikku, Sepi Dibawah Purnama, Jejaka Disalji, yg tajuk omputih pun ada – When You Tell Me That You Love Me (baca tajuk je aku dah gelak kekek2) nama watak toksah cerita la..harus yang tahap tertinggi…tak main la nama Liza, Lina, Abu semua. Harus yang berbelit lidah - Fiona Arkila, Salwana Haryaty, Wan Amelia Ardila, Lisa Nor Mastura (Ya Allah Ya tuhanku…mana la aku dapat idea semua ni)



Tuuu tengok struktur bahasa tu…terkekek2 aku gelak sorang2 tengah malam buta ; malam mula melamar datang bagai menghalau senja yang kian beredar. Aku masih dirundung resah yang setia bersarang diminda. Hahahahhahahahhahahah gila la…kalo suruh aku tulis macam ni sekarang mau muntah darah aku 3 hari 3 malam.



Siap cover tu…ni muka Amy Mastura ni..aku lukis sendiri. Sungguh gigih. Tahun 1997, tingkatan 2.


Aku ingat cerpen ni. Ni masa tingkatan 1. Tp ni bukan cerpen pertama yg aku tulis. Seingat aku cerpen pertama aku siap ada peribahasa dan kata seerti bagai (terpengaruh dengan buku kanak-kanak di library sekolah) Ni cerita para hantu. Perkampungan hantu la. Cikgu Nasri mintak cerpen ni pastu beliau baca kat kelas sebelah. Hahahhaha gila riak ai tatkala itu.


Fefeeling penulis terkenal :D



Yg ni aku tulis skrip. Guna typewriter kakcaq tu…skrip ni untuk drama matapelajaran BM tgkatan 3
Aku igt lagi time tu ustaz Ibrahim kata , “Sharliana, 1 hari nanti tak mustahil kamu jadi penulis terkenal” heheheh (apa kabar la ustaz tu) tapi tekaan ustaz meleset la…saya jadi QS je…tu pun tak terkenal.
Igt kalau ada masa aku nak taip balik semua ni cantik-cantik. Tapi baca tajuk je aku dah geli geleman macamana nak taip sebijik2. Simpan saja la balik cerpen2 ni baik2. Esok tua-tua buleh aku tunjuk kat cucu aku sambil berkata – “tengok ni cu….tok sejak zaman kanak-kanak lagi dah pintar lagi berbakat besar tau..kepintaran tok ni membawak ke zaman remaja”
Mungkin cucu aku pulak akan muntah darah 3 hari 3 malam.

:D

2 comments:

~H @ N i ~ said...

Saya baca n3 kamu sambil gelak guling2 keluar air mata.. hahahaha

saya pun ada tulis cerpen siap gigih menaip mase tuh.. tang nama tu mmg la akan carik yg sambil tegeliat lidah nk menyebut nye.. but ayat kamu lagi bombastik kot & siap cover tu buat saya tak tahan.. ape kata kamu publish disini.. boleh lah saya baca..saya mmg minat cerpen2 pendek ni ;)

G-A-D-I-E-Z said...

hahaha tak tega aku cik hani. aku baca sikit dah gelak sorang2..tak mampu aku nak taip satu2. lg 1 masalah..ada yg aku sendiri pun tak paham apa aku tulis..tulisan 'cantik' sangat

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates