Tuesday, September 13, 2011

Bila Saya Dihinggapi Simptom2 Negatif Ini

Tanda-tanda Anda kena berhenti kerja (Aku cedok dari web apa ntah)

# Anda mula malas bangun pagi.

# Masa anda di opis banyak di habiskan dengan berchatting, berfacebook, mengeteh, main karom, main dat, hisap rokok tepi tangga dan sebagainya.

# Wujud bibit-bibit pertelingkahan dengan bos, supervisor atau rakan sekerja anda.

# Anda mula mempersoalkan semua dasar, peraturan dan sistem yang telah digunapakai selama ini dengan nada yang keras.

# Anda tidak nampak bagaimana kerjaya anda sekarang dapat membantu anda untuk 5 atau 10 tahun akan datang.

# Anda asyik melihat jam untuk sampai pukul 5

ok....dukacita dimaklumkan, aku ada semua simptom di atas. hurmmmm...maka afdallah kiranya jika aku start cari keje lain skang ni. Ish...TAPI....

Aku nak cari keje luar dari Malaysia - TAPI konpem2 ia akan mendapat tentangan hebat dari pihak Ibu Bapa dan Guru >_<

Aku nak cari keje luar dari KL - TAPI kontrak gym aku 3 thn taw...mana ada true pitness kat negeri lain >_<

Aku nak cari keje yg gajinya lebih dari skang - TAPI ada ke company yg bijaksana nak bagi aku gaji byk2...blajar pun tak tinggi mana..pengalaman pulak..alahai cukup2 makan je. >_<

Aku nak cari keje diluar bidang aku - TAPI ada ke MAS ke nak ambik aku jd pramugari derang >_<

Banyaknya halangan dan cabaran. Tapi ada 1 alasan yang tak buleh diterima akal tapi ianya memang datang dari hati nurani (puyoooooo) aku

Aku nak cari keje lain TAPI AKU KESIAN KAT BOS AKU...NANTI SAPA NAK BUAT FINAL ACCT DERANG

2 comments:

~~Ap Hasnida~~ said...

series..ai pun macam ade simptom2 ni...

G-A-D-I-E-Z said...

kena la kita cari keje berjemaah :D

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates