Wednesday, November 30, 2011

Saya yang gatal

Gatal sana..gatal sini. Apa kena ntah. Sejak malam tadi aku sedar badan aku penuh bintik-bintik. (mahu bertukar jadi katak puru kah??)
Gatal dan pedih howkey. Tak tau kenapa.

(gambar tidak boleh dipaparkan...keji sangat kekdahnya menayangkan badan berbintik disini)

Nak kata alergik salah makan, rasanya tak de apa aku makan pun semalam. Pagi makan roti, tengahari makan nasik dgn ikan keli dengan kerabu mangga. Itu je. (mungkinkah cuka dalam kerabu mangga tu - derang letak cuka tau...aku buleh rasa) Hasilnya aku dah macam kera kena belacan dan sambal belacan tu sekali. Tergaru sana tergaru sini.

Ke towel kat gym tu punya angkara. Tapi orang lain guna ok je..pehal aku sorang pulak yg gatal tak tentu pasal ni (ke memang aku sediakala gatal?)
http://www.emocutez.com

Atau kata Mei Mei, ni lah akibatnya bila aku terus mandi lepas senaman. Ok itu memang aku tak penah lakukan sebelum ni. Tapi disebabkan panas dibadan dan dihati, maka aku mandi untuk meredakan kepanasan di kedua-dua bahagian.
(apakah...?)

Risau sangat takut bintik-bintik ni merebak ke muka. Sekarang aku tengok xde lagi. kalo ada bintik, tu jerawat hehehe
Lagi sejam tak tau la macamana. Semoga tak jadi apa-apa. Aminnnn.
http://www.emocutez.com

Walopun dihati penuh kerisauan dan tanda tanya, tapi aku tetap tak de perasaan pun nak pegi klinik jumpa doktor. Harapan dijiwa semoga gatal-gatal ini berkurangan dengan sendirinya hehehhe buleh gitu?


Nota kaki yang tidak ada kena mengena langsung dengan tajuk di atas :-
Jika kamu rasa masa kamu emas, kamu kena ingat masa orang lain pun emas jugak. Jangan persendakan masa orang lain. Dia pun ada 24jam sehari macam kamu jugak. Mohon hormatlah. Bukan susah sangat pun :)

2 comments:

anie said...

jgn dibiarin..sikit2 gatal...lama2 jd banyak...ekeke

ChitiSaliana said...

jadi bapak kera la ai..asik garu je 24jam :D

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates