Wednesday, August 24, 2011

Semoga Allah memberi hidayah kepada hambaNya yang sorang ini

Tadi salah sorang kawan sekerja aku (mau sebut sebagai kawan baik saja) bercerita tentang kepayahannya mengharungi hidup sendiri. Bila jumpa aku dia akan bercerita. Dia akan duduk lama-lama bercerita itu dan ini. Macamana dia menempuh sakit demam seorang diri.Macamana dia sedih tengok orang ada anak-anak dan famili. Macamana dia sedih tengok orang lain balik rumah ada orang hidang makanan tapi dia kena cari kat kedai. Umo dia dah 43. Tahun lepas dia kawin tapi tiba-tiba tak sefahaman plak, jadi bercerai 2minggu kemudian (kawan saya itu bukan Roslin Hashim-harap maklum)

Sedih aku tengok muka dia masa dia bercerita. Rasa nak nangis tapi aku tahan. Tak mau tunjuk pada dia yang aku sangat sedih dengan jalan dia. Kesian. Sejak kebelakangan ni tekanan darah tinggi dia meningkat. Dia cerita macamana dia turun dan drive sendiri ke klinik dalam keadaan sakit. Nak makan ubat pun malas katanya, tak de semangat nak hidup. "susah-susah sangat aku naik je tingkat 10 terjun" (terkedu aku seketika)

"yela siti..dah jalan hidup aku macam ni..apa nak buat" sambung beliau lagi. Aku suruh dia cari pengganti, dia taknak. katanya dia dah tua. Hidup sendiri saja hepi. Bila aku tanya-hepi ke macam ni? Dia diam sambil tunduk pandang lantai. Lama dia diam pastu dia cakap "sejujurnya tak hepi. Tak hepi langsung"

Ok. kawan, aku sangat sedih dengan ayat itu. Aku cuba meletakkan diri aku di tempat dia. Pada umo aku 43 tahun, aku akan rasa apa yang dia rasa. (rasa nak hentikan masa sampai sini saja)

Kawan, aku tak tunjuk aku sedih depan kamu. Aku tak tunjuk aku ambil tau tentang kamu. Aku tak tunjuk aku ambil berat tentang kamu.Aku tak tunjuk aku sentiasa doakan kamu. Tapi kawan, sebenarnya aku sentiasa bermohon agar kamu diberi taufik dan hidayah ke arah agama ISLAM. Sebab aku sayangkan kamu (bukan chenta -_- ) dan nak jumpa kamu lagi di alam sana nanti. Kalo kita berbeza agama, kita buleh jmpa lagi ke kat sana nanti? >_<

2 comments:

anie said...

hurmmmmmmm....

G-A-D-I-E-Z said...

apakah motip anie hurmmmm?
:D

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates