Tuesday, July 17, 2012

Yang dinamakan gelabah bewak...

VO punya pasal, sejak hari jumaat lepas, aku dapat tido beberapa jam je sehari. Hari ni masuk ofis mata sekali tengok macam panda ada, macam tenuk pun ada, macam burung kasawari pun ada.

Siapkan apa yang perlu dan submit. settle. yeeehaaaa aman seketika.
Bukak tenet, cite orang kena bunuh.
Bukak blog, cite orang kena rompak.
Bukak forum, mayat pompuan seluar terlondeh.
Mei Mei pulak cerita ada orang kena rompak lagi kat parking area. Kali ni kat One Utama.
Ya Allahhhh takutnya aku. Semoga Allah lindungi aku, keluarga aku, kawan2 aku dan semua orang.

12.30pm - dah mata berat semacam je. Nak balik rumah la. Keje 1/2 day la hari ni. Tak tahan sangat ni.
(feeling company bapak sendiri kannn)

Aku pun kuar. Jalan kat menuju ke kereta dengan mata melilau sana sini. Kepit beg kuat-kuat (Takut sangat rasanya... macam la ada 4juta dalam beg tu). Sampai kete dan2 rasa lega.

Teringat ada barang dapur xde, singgah Giant Batu Caves kejap la. Dah la nescafe yang tak de tu..kalo benda lain aku tolak ansur lagi, tapi nescafe tak de kalu harus ada yang rasa nak bakar 1 flat nanti.

Mungkin sebab lunch hour, parking Giant penuh. Jadi aku parking agak jauh dari pintu masuk.
Dah soping itu ini..bayar..round2 kejap..beli nasik, aku pun kuar nak balik. Dah la barang berat, dengan nescafe gold sebotol, vitagen anak-anak lagi itu lagi ini lagi, kete pulak jauh manahala. Sedang aku gigih jinjing barang jalan nak pegi kete, tiba-tiba aku perasan ada lelaki sorang belakang aku. dup dap dup dap

konon xnak bagi dia nampak, aku jalan celah2 kete, dia jalan ikut laluan aku jugak
dup dap dup dap
dan2 teringat macam-macam kes aku baca tadi
dup dap dup dap
dan2 teringat 2,3 hari lepas ada rompakan bersenjata kat Giant ni
dup dap dup dap
dan2 jugak teringat 2,3 tahun lepas ada pompuan mati kena tembak dengan perompak kat parking Giant ni. sumpah aku ingat kes tu sebabnya : 1 - Giant tu tempat kitarang beli barang dapur sebelum kewujudan Tesco Rawang. 2- arwah pompuan tu nama Shamiza (bih kurang nama Aja), kete yang perompak tu rampas pulak kancil plat KBD (masa tu Aja bawak Kancil plat KBG) Jadi mak aku kat kampung menggelabah. Telefon sana sini risau.

Lama nau aku teringat ni..pusing blakang. ada lagiii!!!! Kali ni dah xbleh pikir apa-apa lagi. Berdebar macam nak luruh jantung, hati, limpa,pankreas dan buah pinggang. Dah la muka dia macam samseng Kampung Dusun.

Apa lagi..aku pun..
kepukkk kepakk kepukkk kepakkkk
Berlari uols. Berlari bersungguh2 dengan kasut tumit tinggi 2 1/2 inci dan barang yang berat. Tak pikir apa dah....sampai kete terus gigil2 bukak pintu, masuk gear, undur dan jalan.

melalui cermin pandang belakang, aku nampak lelaki tu cekak pinggang kat tengah jalan, pandang je....pastu bukak pintu 1 kete wira dan masuk.

Ya rabbi...dia nak pegi ambik kete dia rupanya. Aku je yang perasan mcm orang tu konon2 nak culik/rompak/bunuh aku semua. ohhh malunya...semoga dia lupa no kete aku.
(rasa macam nak masuk kepala dalam plastik hitam je)
Menggelabah sangat aku ni kekdahnya...dah tahap biawak punya gelabah dah ni.
>_<

Dengan kaki tangan badan masih gigil2, aku drive balik ofis. Pastu aku terpikir "motip apakah aku drive blk opis???kan ke aku berhajat nak blk umah tadi?"

2 comments:

hanie said...

siti, kalau ai pon takut+menggelabah jugak klu jdik gitu..tp yu punyer gelabah sampai lupa nak balik umah..kekdahnyer dr opis ke opis smula..kekekeke..

ChitiSaliana said...

tahap kritikal dah ni :D

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates